13 Syawal hari ini...
Saya harap taklah terlewat sangat nak ucapkan selamat hari raya kepada semua pembaca MAIA. Memang hari raya Aidilfitri menurut Islam adalah pada 1 Syawal sahaja, tapi adat dan budaya di Malaysia ni sambutannya terasa sampai sebulankan?
Jadi apa khabar raya anda tahun ini? Semoga meriah dan penuh pengertian. Untuk saya, alhamdulillah Ramadhan tahun ni sangat tenang, tetapi terasa sangat pantas berlalu. Raya pulak, sederhana tapi sangat berpuas hati. Alhamdulillah, semuanya lancar dan kami sekeluarga gembira. Syukur juga sebab anak-anak pun sihat (ada batuk dan selesema sikit sahaja) dan cepat sembuh selepas saya beri #madumint dan #maduabiotik. Suami pun sama, ada running nose yang agak teruk sehari sebelum raya tu, kena pulak penat kemas rumah dan drive balik kampung...saya bagi minyak zaitun Tursina dan madu abiotik. Alhamdulillah dengan izin Allah tak melarat demamnya. Saya sendiri, walaupun dah terasa 'buyongnya' tapi boleh ke dapur, takde muntah-muntah, lalu makan. hehe.
Kami balik kampung di Taiping Perak pada petang 29 Ramadhan, mula-mula jalan lancar je sampaila ke Bidor, dah mula jem bila 3 lane lebuh raya dah jadi 2 lane. Kemudian hujan turun selebat-lebatnya sampai tak nampak jalan. Allah..memang debar jugaklah..siap angin kuat lagi. Masa tu pulak kebetulan waktu berbuka. Mestilah nak makan juga alas perut, kesian suami la, mana nak drive mana nak minum + makan. Syukur ada RnR tak jauh di depan. Memang kena berhenti rehat sementara tunggu hujan reda. Dah berhenti pun, kami tak dapat keluar dari kereta sebab hujan lebat sangat. Dah minum dan sejuk-sejuk tu, nak terkucil pulak masing-masing. Anak saya Farhan takpela masih pakai diaper, Sofiy pun sama nak terkucil kenala jugak redah ke tandas. hehe.
Selepas semua dah selesai qadha' hajat, suami kata nak teruskan perjalanan tak nak makan malam lagi, sebab nak sampai awal sebolehnya. Sekali tengok....jem sangat-sangat. Mengengsot. Minyak kereta pun patut dah kena isi. Jauh jugaklah jem tu...rupa-rupanya ada dahan pokok tumbang dan menghalang jalan. Nampak gaya ada kenderaan yang kena. Semoga takdelah kecederaan teruk. Dipendekkan cerita, sekitar Terowong Menora pun jem juga. Kami singgah RnR Sungai Perak sebab minyak dah E, dan suami kata tak larat dah nak tunggu balik rumah baru makan sebab dah pukul 11 lebih. Jadi kami pun makan malam sekadarnya di situ. Sampai di rumah mak sekitar 11.45 malam. Syukur, sampai juga dengan selamat.
Gambar raya masih dalam kamera..hehe..Nanti saya up la dalam ni ye.
Sekali lagi saya ucapkan selamat hari raya buat semua, jaga diri, jaga hubungan silaturrahim, sama-sama kita kekalkan atau tingkatkan semula amalan seperti momentum di bulan Ramadhan.
0 comments:
Post a Comment