Assalamualaikum wbt.
Haiii preggy mommies! Haa..saya tau tentu yang search entri ni ialah ibu-ibu bertuah yang sedang gembira kerana ada denyut dalam rahim mereka, tetapi dalam masa yang sama lelah dan letihnya menanggung loya dan alahan mengandung. Betul tak?
Saya sekarang mengandung anak yang ketiga, in sha Allah. Dah 4 kali mengandung tapi yang kedua dulu gugur. Alhamdulillah sekarang ni dah 22 minggu. Baby pun dah semakin aktif di dalam :)
Sebelum saya dapat bertenang begini, saya juga dah lalui fasa morning sickness yang agak teruk kali ni. Berbeza betul dengan abang-abangnya sebelum ini. Nampak pattern macam lagi ke bawah lagi kuat alahan. Masa anak sulung, 3 bulan saja dan mild saja. Masa anak kedua, 7 bulan dan loya alahan lebih teruk, tapi paling teruk sebab diserang batuk berpanjangan. Kali ni, Allah...sampai down saya dibuatnya. 3 bulan saya menyepikan diri daripada orang luar dan media sosial. Takda perasaan hatta
nak skrol fb pun tak larat.
ALAHAN YANG SAYA HADAPI DALAM SETIAP KELAHIRAN
Anak pertama:
- Rasa pedih ulu hati dan akhirnya muntah. Elok pulak mula pada awal puasa alahan tu. Jadi hadap je la. Alhamdulillah dapat puasa penuh.
- Tak tahan bau minyak wangi suami (dunhill tapi tak tau dunhill apa). Saya sorok minyak wangi tu. hehe. Sampai lepas bersalin pun kalau bau tu saya pening.
- Tekanan darah tinggi di minggu-minggu akhir kehamilan, tapi tak sampai kena makan ubat.
Rasanya itu je alahan saya masa anak sulung. Best je mengandung time tu. Aktif dan sihat takde demam takde sakit badan keterlaluan.
Anak kedua:
- Pening dan loya tapi tak muntah kerap sangat. Loya kalau duduk terkurung dalam rumah, kalau keluar relax je. Asyik jalan je la masa tu.
- Tak boleh hadap laptop. Ni memang pening.
- Batuk teruk yang berpanjangan. Sampai doc ingat TB, tapi negatif. Sesak nafas. Sudahnya dapat inhaler, doktor kata asthma during pregnancy.
- Gastrik yang agak teruk. Pedih ulu hati mula trimester ke-2. Kena ambil ubat.
- Mula diserang sciatica (sejenis sakit saraf). Sakitnya Allah je yang tau. Bila dah baring atau duduk, nak bangun tu memang sampai kerabat dinding dan merangkak dulu baru boleh bangun. Tak boleh baring menelentang atau baring atas tempat yang keras. Duduk pun tak boleh atas lantai. Syukur boleh jalan.
Anak ketiga:
- Loya setiap masa (asal celik mata je loya)
- Muntah juga bila-bila masa dan di mana-mana, hatta tengah solat atau tengah cakap telefon.
- Tak tahan dengan macam-macam bau. Bau wangi pun tak tahan apatah lagi bau busuk. Antara bau yang saya paling tak tahan ialah bau najis anak (setiap kali basuhkan anak berak, saya akan muntah kat situ juga), bau minyak wangi suami (bukan semua tapi hampir semua), bau pewangi rumah / kereta, bau peluh, bau pasar raya yang ada jual barang mentah macam ikan ayam dll, bau bawang, bau nasi ditanak, bau masam contohnya bau sejadah / karpet, bau makanan yang kuat macam bau ikan goreng ke...huhu. Bukan takat loya je kalau terbau, muntah terus on the spot!
- Tak boleh gegaran, contohnya naik kereta suami kena slow, kalau suami corner ke saya pening dan muntah, tengok benda yang berpusing dan yang seangkatan.
- Tak boleh lapar, tapi tak boleh kenyang. Ha, susah tu kan? Syukurnya masa tu saya boleh makan, walaupun tak selera, tapi kalau suap mulut dan tekak boleh terima. Tak terus muntah waktu tu. Tapi dah siap makan jap lagi jaga-jaga...jangan sampai ada bau-bau yang tak menyenangkan atau apa-apa je yang boleh pancing saya muntah. Habis keluar semua yang dimakan tadi.
- Tak boleh stres. Adoii..bila stres nampak sangat loya muntah tu menjadi-jadi. Kadang bukan semua stres boleh dielak. Muntah loya ni pun buat stres juga. Tak dapat nak produktif sebab alahan pun boleh menyebabkan stres.
- Sciatica ada juga sebab dah pernah alami, jadi bila mengandung akan jadi lagi. Tapi, masih terkawal. Saya pun dah belajar senaman untuk masalah saraf ni, dan elak angkat benda-benda berat. Cuma bila bangun daripada baring tu memaaaaang sakit.
- Alahan loya muntah mula kurang masa akhir Ramadhan hari tu, dalam minggu ke-18 kandungan. Lepas raya ada muntah sekali-sekala tapi dah tak teruk sangat la.
- Kena buasir sikit, kalau tak jaga aktiviti contohnya masa raya banyak berdiri buat kerja rumah, atau banyak berjalan, ataupun kena sembelit memang mudah kena buasir.
- Ada masalah Hb masa awal-awal hari tu...lama jugakla sampai 18 minggu kot. Lepasa raya, mungkin kebetulan mula ambil Vita-lea Shaklee (multivitamin dengan iron), baru la Hb naik 11.4. Alhamdulillah.
Alhamdulillah, ini semua nikmat yang Allah bagi buat ibu-ibu. Hanya ibu-ibu je dapat anugerah inikan? Saya harap hari-hari yang mendatang dalam kehamilan ni akan lancar dan sihat sejahtera sebab saya ada misi penting untuk diselesaikan. Amiin. Saya juga doakan anda semua kuat semangat, dan diberi kesihatan segera.
0 comments:
Post a Comment