Hidup di dunia ini sememangnya bukan untuk bersenang-senang, kerana kesenangan abadi yang didamba dialah kesenangan di syurga Allah..in sha Allah.
Walau susah, walau penat, hidup ini mesti diteruskan. Tak boleh pula kita mematung diri dan berserah sahaja tanpa berbuat apa-apa. Dalam apa-apa aspek kehidupan pun, begitulah. Sama sahaja.
Pernah tak rasa down berkali-kali? Dah cuba macam-macam pun tetap down juga. Kadang-kadang semangat kita sendiri dah ok, tapi ada-ada je rintangan dari luar atau dari orang lain yang buat kita kembali lemah semangat. Macam zaman sekarang ni, biasanya isu kewanganlah yang paling mudah buat kita down. Tak kurang juga isu cinta dan kasih sayang, isu cita-cita dan lain-lain. Rasa-rasa macam lepas satu, satu masalah datang.
Saya juga tak terlepas daripada menghadapi perasaan ini. Mungkin hampir semua orang pun rasa. Apa yang saya boleh kongsikan, usah berasa penat memotivasikan diri sendiri. Usah rasa khuatir untuk mencuba sesuatu yang boleh memotivasikan kita, usah rasa jemu nak membaca / mendengar sebarang bentuk perkongsian ilmu. Kerana jiwa dan minda kita ini dahagakan pengisian. Sebab tu lah kita juga disarankan mendengar tazkirah atau ke majlis ilmu kalau boleh setiap hari. Macam saya sendiri, saya gunakan pelbagai method, contohnya membaca buku motivasi, baca buku agama, mendengar talk, bercerita atau sharing dengan kawan-kawan, solat, doa dan zikir itu sudah tentu. Sebab kita taktahu bilakah minda kita bersedia untuk 'terima' dan move on serta pecut dengan laju!
Selamat pagi Isnin.
Allah Ya Ba'ith, berikanlah kami semangat yang tidak kunjung padam!
0 comments:
Post a Comment