Persidangan Linguistik ASEAN V 21& 22 Disember 2011

Esok dan lusa...bertempat di DBP akan diadakan Persidangan Linguistik ASEAN V...Sesiapa yang berminat silalah datang dan meriahkan majlis ilmu ni. Bayaran untuk pelajar dalam Malaysia RM150, bukan pelajar RM30...

Merlin Season 4 Makin Suspen

Akhirnyaaaa...Merlin Season 4 ditayangkan di Malaysia. Setelah promo dalam beberapa minggu, episod 1 ditayangkan di Astro Diva Universal 702 pada Isnin 12 Disember lepas. Keluarga kecil kami tak terkecuali si kecik yang sangat minat kat Merlin tu lepak dah macam tengok wayang pulak. Sofiy kemain lagi excited sampai tak...

Kembalinya penyelia merangkap bos saya ke tanah air menunjukkan bahawa saya bakal tiadk cukup tanah untuk dijejak. hehe. Takdelah sampai macam tu melampau la tu kan. Tapi memang sibuk, 360% berbanding masa beliau tak ada di tanah air. Kami berdua (GRA walaupun saya GRA bersara yang masih tak pencen..macam mana tu). Segala urusan yang mana mampu kami berdua akan uruskan. Meh saya senaraikan sikit kerja-kerja yang biasa kami buat. 

Ala-ala secretary: menulis dan mengarang surat, filing segala surat-menyurat, melakar kertas kerja, mendaftar bahan penerbitan, mengemaskini CV, menghantar memo dan emel, mengambil maklum balas emel, membuat minit mesyuarat, membuat tempahan hotel, membuat tempahan jamuan, membuat tuntutan pembayaran, membuat tempahan bilik mesyuarat, mendepositkan cek, menjadi wakil untuk mengeluarkan cop tandatangan dan tandatangan digital sekiranya penyelia tidak ada, menyediakan slaid pembentangan, fotokopi segala bahan yang berkaitan, menjadi wakil penyelia sekiranya ada tetamu ingin berjumpa sewaktu ketiadaan penyelia, membuat log pinjaman bahan bacaan (nanti ingat tambah lagi)

Ala-ala despatch: menuntut cek dari jabatan bendahari, menghantar surat dan tuntutan ke jabatan bendahari dan pendaftar, mengedarkan surat bagi penerima sekitar fakulti, memeriksa pigeon hole, mengambil surat-surat berdaftar di pejabat pos, 

Ala-ala technician: install perisian, membawa dan memasang projector LCD jika ada mesyuarat, memastikan toner dan printer sedia digunakan jika ada bengkel,  menyediakan salinan lembut untuk diburn dalam cd, menyediakan perisian yang perlu digunakan

Ala-ala cleaner: memastikan bilik sentiasa kemas, tong sampah dikosongkan, memanggil cleaner untuk bersihkan bilik, mengemas dan menyusun atur bilik untuk memanfaatkan ruang, siram pokok bunga, membuang bahan-bahan terpakai ke tapak pelupusan

Ala-ala researcher: mencari bahan-bahan rujukan dan bahan penyelidikan secara online dan juga di perpustakaan, menganalisis data dengan SPSS, Wordsmith dan teori, membuat resensi, mengeluarkan data daripada teks, mencari data dari pangkalan data online, membuat rujukan dalam buku atau kamus apabila diperlukan, menghasilkan kertas kerja dan jurnal.

Ala-ala anak: sentiasa ada buah tangan, selalu dibelanja makan, selalu dipelawa ke rumah, jadi rakan untuk mendengar, teman sewaktu ambil ubat, teman shopping, baju tak muat bagi kat kami.

Bila disenaraikan macam banyak je kerja kena buatkan, serba-serbi pulak tu. Apapun saya bersyukur kerana dengan adanya dana untuk melantik saya sebagai GRA ni la saya berjaya menanggung yuran dan perbelanjaan saya selama buat masters dulu. Saya dapat peluang sambung PhD pun dengan dana ni juga. Dengan tugas-tugas GRA ni la juga saya banyak belajar, walaupun bukan secara formal tetapi pengalaman buat tugas-tugas ni semua mengajar saya bagaimana untuk deal dengan orang, macam mana nak bahagikan masa antara tugas dan belajar, bagaimana bekerja secara berkumpulan, bagaimana untuk menjaga perhubungan antara penyelia-pelajar-majikan dan macam-macam lagi.

Tamat je tahun 2011 ni bermakna saya pun bersara. Sekarang ni saya masih membantu penyelia dan rakan seorang lagi tu sehingga akhir tahun ini memandangkan lambakan kerja yang terlalu banyak di akhir-akhir tahun begini. Masa ni la ada persidangan peringkat antarabangsa, masa ni juga la peruntukan kewangan kena dihabiskan, masa ni juga la nak buat bengkel untuk projek dan masa ni juga nak buat segala laporan perjalanan projek. Segala kenangan sepanjang 4 tahun bergelar GRA (2 tahun 1/2 dengan penyelia terdahulu dan seterusnya dengan penyelia sekarang ) akan terus dalam kenangan. Saya akan rindu suasana di sini, sebab sayalah antara orang yang paling setia, jarang cuti kecuali sakit, datang seawal 7.30 pagi dan balik sekitar 6.30 malam. 
ASSALAMUALAIKUM, di pagi Jumaat yang berkat semoga kalian semua sihat walafiat. Hakikatnya tuan punya blog yang belum sihat-sihat. Itulah juga sebabnya keputusan giveaway kesyukuran blog MAIA ni tertangguh. Minta maaf ye semua para peserta. 

Ok, awalnya ingat nak minta anak teruna saya yang handsome tu yang tolong pilihkan sape yang bertuah, tapi last-last tak jadi juga. Bila malam je dah tak larat, selsema batuk sakit mata ni malam-malam memang power, campur sibuk memasak. Jadinya, last-last guna random.org je la. Dan keputusannya.....

Tiga orang yang bertuah ialah:

                                                                        ZAIKULIM
                                                                    FAUZIAH (OGY)
                                                                 SHAKILA ZAINUN

Tahniah buat nama-nama yang bertuah di atas, saya akan contact melalui emel untuk minta alamat ye. Harap dapat balas secepat mungkin untuk tujuan pengiriman hadiah:-) Buat nama yang tidak tersenarai, jangan putus asa, insyaAllah tuah akan menyebelahi anda di masa akan datang.
TAHNIAH PASUKAN HARIMAU MUDA DAN TAHNIAH JUGA BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG MEMBERI SOKONGAN!

Setelah bermacam-macam kontroversi yang berlaku sepanjang Sukan Sea ke-26 di Indonesia tahun ini, martabat dan maruah negara kita dapat dijulang semula dengan kemenangan pasukan bola sepak bawah 23 tahun, Skuad Harimau Muda yang mempamerkan aksi membanggakan. Saya sebenarnya bukanlah peminat tegar bola sepak, tapi perlawanan kali ni menarik minat saya selepas tragedi tragis lagu Negaraku tidak dihormati oleh hampir 100 000 penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada hari Rabu lepas.


Masa ni memang meluap-luap rasa nak marah. Bukannya susah sangat nak diam dan hormatkan lagu kebangsaan negara orang lain, jiran dan serumpun pulak tu. Pengulas perlawanan masa tu pun macam dah taktau nak cakap apa, hot tapi kena control pertuturan demi kesejahteraan bersama. Masa perlawan separuh akhir, memang harap sangat Malaysia menang walaupun jenuh menunggu. Akhirnya gol kemenangan daripada Fakri menghantar Malaysia ke perlawanan akhir. Sebelah malamnya saya tengok juga Indonesia lwn Vietnam. Sangat kesian dengan penjaga gol Vietnam yang berhempas pulas sampai macam nak patah tengkuk cuba menyelamatkan gawang dari dibolosi Indonesia. Tapi dah ditakdirkan Malaysia akan berentap lagi sekali dengan Indonesia di perlawanan akhir, Vietnam macam hilang taring pulak malam tu, kalah 2-0 kepada Indonesia.

Perlawanan malam tadi saya tengok sampai separuh masa pertama saja, lepas tu kena ajak Sofiy masuk tido. Si kecik tu terlebih excited pulak sebab ayahnya dok bertempik ayah pekik GOL! dia pun GOL! ayah kata ALAAMAKKK! dia pun ALAMAAKKK! Pastu sibuk tendang bola dia ke sana ke mari, siap suruh umi main sama. Umi dah la sakit mata, batuk selsema tak elok lagi...tak larat nak oii. Tapi yang bestnya bila nampak je bendera mesti dia jerit 1 MALAYSIA!. Wah, patriotik anak ayah sorang ni! Masa Indonesia dapat gol pertama awal-awal tu haiii...kecewa la jugak awal sangat. Lepas tu percubaan-demi percubaan dan peluang demi peluang terlepas, ayah dah mula main game kat handphone dah. hehe. Akhirnya dalam separuh masa pertama juga dapat gol penyamaan, baru lega sikit. Kat sekeliling rumah tu dengar orang bersorak je, yang kuatnya suara anak-anak dara, agaknya anak-anak teruna yang kat rumah atas ni dah lepak kat kedai mamak kot. Macam video kat bawah ni haaa..semanagt betol depa kan...


Akhirnya...dengan rembatan kencang Baddrol, malaysia menang gol penalti 4-3 mengalahkan Indonesia. Walaupun Fakri sedikit lemah masa tendang bola tu sehingga dapat dibaca pergerakannya oleh penjaga gol indonesia, tapi Fakri juga telah berjasa membawa Malaysia ke final Sukan SEA 2011. Apapun, kecekapan penjaga gol kita Khairul Fahmi Che Mat memang wajar dipuji. Bola tendangan Srinaga dapat ditampan dengan baik (saya kurang berkenan dengan pemain Indonesia yang ni, main kasaq ja selalu). Meh kita ulang tengok sepakan penalti yang membawa kemenangan buat Malaysia. Walaupun saya lebih suka ulasan daripada Zainal Abidin Rawop di Astro Arena dan Hj Hasbullah Awang di TV1, tapi video TV3 ni je yang ada penuh, bolehlah kan?


dan akhirnya...lagu Negaraku berkumandang bendera Malaysia dikibarkan dengan megah walaupun stadium dah kosong.


Semoga prestasi Harimau Muda dan Harimau Malaya akan terus maju, harap-harap perlawanan dengan Syria esok 23 November 2011 (Kelayakan Olimpik London 2012)akan membuahkan hasil yang lebih manis walaupun ramai pemain yang cedera dan masih keletihan setelah bermain selama 120 minit malam tadi. Pasukan Malaysia diiringi Menteri Belia dan Sukan tiba di LCCT pagi tadi dan hanya ada 41 jam sebelum perlawanan esok. Rakyat Malaysia jom banjiri Stadium Bukit Jalil tanpa meninggalkan solat. Maghrib masuk awalkan sekarang, perlawanan mula 8.45.

Walau apapun, ketidakpuasan hati rakyat Malaysia (termasuk saya) bukanlah terhadap semua warga Indonesia tetapi kepada penyokong fanatik Indonesia yang tidak menghormati malah menghina Malaysia dengan pelbagai penghinaan. Saya harap hubungan Malaysia - Indonesia ini dapat dipulihkan, kerana kita serumpun malah sebahagian besarnya adalah seagama. Bukan bola sepak sahaja yang menjadi kontroversi tetapi banyak isu berbangkit sebelum ini harap dapat dijernihkan.



GA Kesyukuran Blog MAIA dengan ini ditutup.

Di petang Jumaat yang mulia ini diumumkan bahawa GA Kesyukuran Blog MAIA ditutup. Senarai peserta sehingga penyertaan ditutup akan diumumkan kemudian, begitu juga dengan senarai pemenang dan pengiriman hadiah. Ini kerana hari ini tuan punye blog tidak lapang seperti biasa disebabkan anak ikut ke pejabat daaa..hehe....

Giveaway Kesyukuran Blog MAIA

Alhamdulillah, di kesempatan ni saya sebagai empunya blog Min Aina Ila Aina  (MAIA) ni nak adakan GA buat pertama kali. Giveaway ni sebagai tanda kesyukuran saya direzekikan dengan biasiswa dalam pengajian kali ni dan juga untuk menghargai pembaca blog ni yang saya sendiri taktau berapa kerat gamaknya. Kalau dah...

Sesiapa yang berminat nak join masih sempat lagi ni...Dipersilakan:-)

Senarai nama yang turut serta setakat ni:

Mas Ibrahim
Zaikulim
Shakila Zainun
Taufid
Fauziah (Ogy)
Inahasan
Siti Sarah
Assyiera



Hari ni dah hari Jumaat, tanggal 11.11.11 yang dipilih oleh ramai orang untuk diabadikan sebagai tarikh penting. Saya? Tak ada apa-apa pun yang relevan untuk diingati pada tarikh ni, berlalu saja seperti biasa. 

Cuma...nak menyeru pada kawan-kawan di luar sana, hari yang sama minggu depan GA Kesyukuran Blog MAIA ni akan ditutup. Jadi kepada sesiapa yang pernah jengah blog ni dipersilakan untuk tinggalkan komen di entri INI. Belum nampak lagi kenalan-kenalan lama yang singgah ni.

Giveaway 2nd Anniversary Sweet Lizahanum

Klik sini untuk turut serta Tahniah buat Sweet Lizahanum yang meraikan ulangtahun ke-2 dan terima kasih kerana menganjurkan GA untuk yang pembaca bertuah...buku-buku sebagaimana dalam gambar di atas. Buat yang berminat, boleh sertai dengan klik link di atas. Tarikh tutup 5 Nov 2011.  Sama-sama kita doakan semoga...

Spec baru...dari Ikhwan Optometrist

Alhamdulillah, dapat juga mengenakan spec baru hari ni, setelah 3 tahun lebih dengan bingkai yang lama dan 2 tahun lebih dengan kanta yang lama. Bingkai yang lama tu saya buat di Taiping, kemudian tukar kanta lepas bersalinkan Sofiy sebab power naik terlalu banyak. Banyak urat putus akibat bersalin agaknya. Kemudian dalam...

Review Drama Thriller Korea: IRIS

Saya tertarik dengan drama ni bila tengok review penonton-penonton yang lain. Lepas dah tengok, ya betul drama ni memang masuk kategori thriller, tembak menembak, bunuh-bunuh, suspen semua ada dalam drama ni. Tambah lagi dengan kecanggihan teknologi yang ditonjolkan, memang patutlah drama ni meletup dan kaut award masa...

Bermula Oktober, azam baru (yang juga azam Januari 2011 yang lalu) nak mula senaman walaupun jadual macam tak de masa terluang. Kena bersusah-susah dan berenyah-renyah la sikit. Saya mula jogging di universiti. Pagi-pagi siap macam biasa, cuma kena angkut bekal baju untuk jogging. Saya tak pakai t-shirt dan tracksuit siap-siap sebab taknak baju kurung dan tudung saya kedut. Nak sangkut-sangkut ni renyah la sebab bukannya saya drive sendiri, husband hantar dan jemput. Dengan beg lagi.

Sampai je terus tukar baju dan bukak langkah. Hari pertama jogging haritu...peluh keluar mencurah-curah. Nampak sangat yang badan saya ni ketagih exercise. Dulu masa degree saya memang jogging hampir setiap hari, jadi bila dah tinggal lama ni badan jadi lemau. Sekali dapat jogging Allah je tau perasaannya..macam release tension gitu. Walaupun persekitaran tak berapa kondusif dengan kenderaan sibuk masing-masing nak masuk kerja dan nak pergi kelas, saya buat tak tau je mata-mata yang memandang. Ada yang senyum senget, ada yang senyum sengih...macam-macam la. Kemudian saya round tasik dan jalan pelan-pelan balik. Siap dalam 1 jam.

Bestnyaaa....Jom pakat-pakat jogging.

Review Drama Thriller Korea: Time Between Dog and Wolf

Selepas The Sweet Spy, saya Cuma layan drama-drama korea yang bukan bercorak aksi dan thriller. Saya lebih layan melodrama, komedi dan lain-lain. Tapi sampai satu tahap saya punya berkenan dekat Nam Sang Mi, saya order cerita lama yang dia berlakon dan drama tu dapat review yang bagus juga merangkul banyak award. Drama...

Review Drama Thriller + Komedi Korea: The Sweet Spy

Drama pertama bercorak aksi dan thriller + komedi yang saya tengok, ialah The Sweet Spy yang ditayangkan sekitar 2005 dan dapat ke tangan saya sekitar 2006. Saya pernah ceritakan di sini yang saya sangat jatuh hati dengan drama ni. Daripada review penonton yang lain pun, majoriti suka dengan drama ni dan mengharapkan...

Al- Qur'an Digital Giveaway Sempena Ulangtahun MIO (Edisi Terlambat Hantar Penyertaan)

Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.Memang dari awal pengumuman GA lagi berniat nak mencuba, tapi sibuk dengan macam-macam urusan. Sampaila jumpa sang puterinya sendiri semalam, maka melonjaklah rasa nak mencuba tu.hihi. Tapi masih memikirkan apalah sebab utama dan yang terutama sehinggakan Qur'an Digital...

14 SEPTEMBER 2011
Alhamdulillah,dah lepas satu tangga dalam pengajian PhD ni. Saya dah selesai membentangkan cadangan kajian di peringkat pusat pengajian. Sehari sebelum bentang, dapat respon yang agak kurang memberangsangkan berkenaan teori yang saya pilih. Saya maklum teori yang salah pilih memang teori baru, tiada pengikut lagi dan tiada literature review. Jadi memilih teori ini memang mencari kerja berat. Cuma, apa yang saya kesalkan adalah cara orang sekeliling memberi respon. Saya memang suka orang yang telah lebih dulu makan garam memberi pandangan dan buah fikiran. Tetapi bukan menidakkan atau menjatuhkan motivasi saya.

Malam sebelum pembentangan, saya kurang sihat. Entah sebab nervous nak bentang proposal atau terlebih makan masa jamuan raya sebelah petangnya. hehe. Perut rasa sebu, meragam, cirit-birit, badan sengal-sengal semuanya ada. Malamnya saya tak lena tidur. Tengah-tengah malam bangun bancuh teh serai. Mulanya saya ingat taknak buat skrip untuk pembentangan, tapi sebab dah tak boleh tidur baiklah saya prepare skrip apa yang patut.

Pembentangan patutnya pukul 2.30 petang, tapi sebab sebelah petang ada mesyuarat fakulti maka diawalkan ke sebelah pagi. Lagi cepat habis lagi bagus. Selesai pembentangan, 2 orang penilai memberikan komen dan pandangan. Wooo..saya rasa kepala saya pusing..pusing..pusing..jangan salah sangka..bukan sebab komen tu keras, tapi sebab apa yang dikomen tu sangat tinggi, berat dan rasa jauhnya lagi daripada apa yang saya mampu capai. Komen semuanya bagus-bagus, berguna dan sangat membantu. Walaupun macam tu, yang bestnya tajuk tesis saya semua orang puji dan kata sangat menarik dan tertarik. Lagi satu, semua ucapkan tahniah sebab saya dah berjaya bentang walaupun baru je habis sem yang pertama. Masa ditanya sem berapa, saya cakap baru habis satu sem, ni nak masuk sem ke2..pakat-pakat terkejut. Orang lain terkejut saya tak kisah...tapi penyelia saya pun sama terkejut. "Bukan awak dah sem3 ke?" Laa..patutla Prof suruh sangat-sangat saya bentang sem lepas. hehe. Apapun, bagus juga bentang awal, boleh dapat respon dan pandangan awal, boleh kita mulakan langkah lebih awal. Kalau kita dok syok sendiri sampai 2-3 sem kemudian kena tukar banyak benda kan lagi tak best?

Apapun, syukur dah lepas satu tangga. Lepas ni nak kena pulun untuk siapkan full paper persidangan.

Siaran TV yang Sofiy layan

Sesaje di petang hari ni nak merakam kenangan dengan minat anak teruna. Siaran TV yang diminati masa umur sekitar 2 tahun lebih. Pertama sekali, tentulah AZAN. Disebabkan balik rumah dah nak maghrib, maka azan maghrib di astro oasis yang Amy Search alunkan tu menjadi minat dia. Bolah dah la ikut sikit-sikit terutama tang...

Alhamdulillah, ditawarkan biasiswa MyPhD

Syukur, alhamdulillah. Rezeki yang dikhabarkan di penghujung Ramadhan. 2 hari terakhir sebelum cuti raya, kami yang masih kena datang kerja punyalah takde mood. Masing-masing dok melayan drama, takde semangat dah nak buat kerja ke, nak study ke. Macam biasa, sekali sekala saya jenguk emel. Tiba-tiba rasa darah berderau...

Tahniah buat Dr. RO, Dr. AS dan Dr. JK

TAHNIAH! Buat ketiga-tiga mereka, senior saya yang dah selamat menjalani ujian lisan (viva) bagi ijazah doktor falsafah linguistik pada 18 Ogos dan 22 Ogos 2011. Ketiga-tiga mereka lulus, baik, pembetulan kecil. Tahniah juga buat penyelia kami, Prof. NHJ. Tentu Prof rasa gembira dan lega tiga sekaligus anak didik beliau...


Alhamdulillah, setelah berhempas pulas dan terlajak tarikh sikit (Prof mintak bulan 7 sebenarnya), akhirnya tadi proposal dah siap dihantar ke tangan Prof untuk disemak. Punyalah pening nak memahamkan teori, tapi last-last macam faham la juga walaupun agak kabur. Saya buat juga contoh analisis dengan rajah, boleh Prof semak dan mudah-mudahan apa yang saya faham tu tak melencong jauh.

Takde mood nak update blog, taktaula kenapa.

Tak sengaja terjumpa klip video ni semalam. Suka pulak tengok lakonan Siti dalam ni. Comel pulak dia dengan saya pelakon filem klasik. Boleh challenge YM Sharifah Hanim watak asal dalam filem Masam-masam Manis tu. Lepas tu terfikir, kalaula sempat P.Ramlee dan Siti Nurhaliza berjumpa di alam nyata, mesti best dengar diorang berduet berpadu suara. 

Saya bukanlah peminat setia Siti, minat gitu-gitu je mana-mana lagu yang sesuai dengan minat saya. Tapi memang suara dia sedap, tu semua orang tau. Yang tak suka dia pun tau. hehe. Penampilan dan perwatakan dia ada yang saya suka dan ada yang saya tak suka. Siti manis dan comel, saya sangat setuju.

P.Ramlee pulak, lakonan dia saya tunggu-tunggu sejak dari zaman budak-budak lagi. Minat sungguh cerita P.Ramlee. Antara slot yang saya ingat, Bintang Legenda. Waktu siarannya bertukar-tukar kadang-kadang Rabu malam Khamis lepas tu dah Khamis malam Jumaat, kemudian dah malam minggu pulak. kejap TV1 kejap kat TV2. Sebelum mula cerita P.Ramlee siap-siap masak maggi, makan depan TV baru feeling tengok wayang. Ala-ala Astro First gitukan. hahaha. Sekarang ni nak tengok cerita lama-lama ni tengok kat Astro Prima pukul 10 pagi kalau tak silap saya.

Ada satu lagu yang saya suka, tapi pernah juga gaduh kecil dengan suami sebab dia feeling sangat tengok filem ni. Bila saya tegur (dengan niat nak bergurau) dia ingat saya jeles dia dengan Zaiton tu. heeee...


Souvenir dari Australia..yippee!

Entri ni khusus sebagai penghargaan buat TTM di http://topsyturvymum.blogspot.com/ atas kiriman di awan biru di angin lalu. Hadiah berupa 2 helai t-shirt, satu untuk si umi dan satu untuk si anak. Ayahnya tanya, untuk dia takde ke.hehehehe. Mintak maaf ye ayah, sebab ayah tak pernah muncul dalam blog umi maka...

Rasulullah SAW telah menggalakkan kita agar beramal pada malam Nisfu Syaaban dengan sabdanya:

"Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah SWT turun (merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman, 'Adakah daripada kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Kuamounkannya. Adakah daripada kalangan mereka yang memohon rezeki untuknya. Adakah daripada kalangan mereka yang ditimpa bala, maka akan Kusejahterakannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini sehinggalah terbit fajar."
Entah kenapa hari ni saya diserang kebuntuan. Otak tepukah? Kalau otak kosong tu logik, tepu tu macam jauh lagi. Macam mana nak describe perasaan saya kala ini ye? Adakah sebab hujan pagi tadi? Hujan rahmat Allah pulak nak disalahkan.Ataupun sebab tak cukup tidur, Sofiy meragam malam tadi dia protes sebab umi paksa dia tidur walaupun dia masih nak tengok nursery rhymes dan alif ba ta di laptop. Sudahnya pukul 1.30 masih berperang dengan dia sampailah umi hilang sabar dan ayah masuh campur dengan pedang zoro. Ke sebab cik P (bukan lesen memandu percubaan) datang hari ni. Tapi biasanya bila cik P datang saya happy, mood saya akan jadi mood gembira.

Ok, saya menulis untuk cuba mencari semula punca segala perasaan yang bersimpang siur dan bersimpul-simpul ni, harap bukan simpul mati la ye. Apa yang saya selalu fikirkan semenjak dua menjak ni? PERKEMBANGAN TESIS!. Ok, dah ada tanda seru tu menandakan ada sesuatu yang TIDAK KENA di situ. Apa masalah dengan tesis, buat je la kan, macam orang lain buat tesis jugak. Mana ada tesis yang senang tahap telan air liur. Telan air liur pun susah kalau sakit tekak. Kenapa tesis saya tak jalan-jalan? Sebab saya blur tak habis-habis. Kenapa masih blur? Sebab saya.....okayyy..semuanya sebab SAYA.

Kalau pasal tesis saja, rasanya takkan sampai kebuntuan dan kekakuan begini. Saya juga menghadapi masalah KETIDAKTENTUAN EKONOMI. Ekonomi orang rumah saya agak kecut sekarang sejak-sejak kilang Jepun-Cina-beli-kerugian-sebab-tsunami di Jepun-ura-ura-nak-tutup-tapi-tengah-survive-untuk-tidak-tutup. Maka saya sebagai pelajar yang tidak berpendapatan tetap pening juga memikirkan hari-hari yang bakal dilalui walaupun tau Allah itu Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki yang tidak pernah lupa terhadap setiap hambaNya. Saya berusaha memohon biasiswa, masih dalam proses permohonan dan saya sangat berharap keputusannya nanti adalah TAHNIAH dan bukan TAKZIAH..hehe. Takdelah tulis takziah, mungkin HARAP MAAF....Kalau boleh taknak tengok yang mengecewakan tu lagi (ye 'lagi', sebab saya dah pernah mohon dan gagal disebabkan bidang pengajian bukan bidang keutamaan. Baru ni tengok bidang saya dah masuk senarai jadi saya memohon semula). Saya tak dapat menipu diri sendiri bahawa saya sangat mengharap walaupun berkali-kali pujuk hati supaya jangan berharap sangat nanti kalau tak dapat kecewanya ke kerak bumi. Saya sentiasa berdoa, tapi masih rasa doa saya tidak cukup, perlu berdoa lagi, lagi dan lagi, solat hajat 12 rakaat (kalau dah 12 rakaat tu fahamlah kan harapannya setinggi mana) tapi hati saya masih belum tenang untuk menyerahkan semuanya kepada Allah S.W.T sedangkan saya tau itu yang dinamakan tawakkal.

Badan saya asyik TAK SIHAT saja. Rasanya dalam sebulan paling koman 2 kali kena telan antibiotik. Sakit tekak, selsema, demam, baru je habis antibiotik selsema datang balik. Frust la. Tapi syukurlah sakit-sakit yang sejak akhir-akhir ni tak seteruk bulan-bulan awal 2011. Walaupun sakit tekak, badan saya dapat bertahan daripada demam. Dulu..ooo, ngeri nak bayangkan macam mana rasa sakitnya DEMAM itu. Ala-ala contraction pun ada. Imuniti badan saya dah merosot, saya perlu akui itu. Badan tak boleh langsung kekurangan air walaupun untuk separuh hari. Jaga Sofiy di wad sehari pun saya dah naik demam sebab kurang minum air dan kurang beri perhatian pada diri sendiri. Kadang-kadang ralit buat kerja lupa minum air sampai 2 liter sehari, dah mula rasa sakit tekak.

Ya Allah kuatkanlah imanku, utuhkan kesabaranku, pinjamkanlah aku KekuatanMu, bukakanlah pintu hatiku, terangkanlah mata hatiku, permudahkanlah segala urusanku, murahkanlah rezeki yang halal untukku dan berikanlah keberkatan dalam kehidupanku.