BUASIR: Apa Yang Perlu Anda Lakukan?
Buasir adalah sangta biasa dan jarang yang berbahaya, tetapi ia perlu dirawat. Serangan buasir selalunya sangat menyakitkan. Apakah Buasir? Buasir atau hemoroid berpunca daripada pembesaran 'segugus' vena yang terletak di bahagian atas saluran dubur. Apakah Gejala Buasir? Buasir kadangkala menyebabkan pendarahan sewaktu...
Maklumatnya seperti berikut:
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011
Tarikh: 22 April - 1 Mei 2011
Masa: 10 pagi - 8 malam (Isnin-Khamis), 10 pagi - 9 malam (Jumaat-Ahad)
Tempat: Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, KL
No. Booth: C01 - C12
Cara untuk mendapatkan kupon tersebut mudah saja, isi borang di sini.
Syarat-syarat kupon pula adalah seperti di bawah:
1. Kupon Diskaun Bonanza PTS ini hanya sah digunakan bagi membeli buku PTS di booth PTS sahaja semasa PBAKL 2011 dari 22 Mac - 1 Mei 2011.
2. Kupon diskaun ini tidak boleh digunakan bersama-sama dengan tawaran diskaun/kupon rebat lain.
3. Kadar diskaun yang diberikan berdasarkan belian dalam satu resit sahaja.
4. Nilai kupon diskaun tidak boleh ditukar dengan wang tunai.
Kadar diskaun yang ditawarkan kepada pengunjung booth PTS:
* 15% - bagi pembelian RM150 ke bawah (jumlah harga buku sebelum diskaun)
* 20% - bagi pembelian RM150 ke atas (jumlah harga buku sebelum diskaun)
* 25% - bagi pembelian RM300 ke atas (jumlah harga buku sebelum diskaun)
* 30% - bagi pembelian RM600 ke atas (jumlah harga buku sebelum diskaun)
Buat semua warga Malaysia, marilah sama-sama kita jadikan membaca sebagai amalan dan juga mencintai buku dalam usaha mendalami dan mengumpul ilmu.
ASTRO TVIQ saluran 610 ye?
Dah lama sebenarnya saya tertanya-tanya ke mana hilangnya TVIQ di astro? Secara tiba-tiba bila saya tekan saluran biasa TVQI (tak silap 552) dah takde, channel not found. Rasa macam kehilangan, sebab itu la channel kegemaran Sofiy. Sebenarnya umi dia yang memang buka saluran tu untu dia sebab rasa macam saluran lain...
Dilema Bercerai Susu
Hari ni kepala weng sikit...sebabnya malam tadi Sofiy tak lena tido. Tido lepas Maghrib, nak sampai ke Isya' tu 2-3 kali dia terjaga dan meragam. Mulanya umi ingat Sofiy panas, ayah sejukkan lagi suhu aircond. Tapi macam tu jugaklah, baru je umi menaip 2-3 patah perkataan kat proposal, dah hek..hek..hek. Umi pun bagi...
Solat Hajat dan Baca Yaasin untuk Tragedi di Jepun
Sepanjang berlakunya tragedi gempa bumi, tsunami dan radiasi di Jepun sejal seminggu lalu, saya cuma melihat, mendengar tetapi tidak menulis. Ini kerana saya rasa tidak layak untuk menulis tentang kesedihan orang lain, sedangkan saya tidak merasainya, dan tidak ada keluarga yang terlibat secara langsung. Walau bagaimana...
Sebuah Taska baru yang akan dibuka di Kajang, mengalu-alukan warga kerja yang dinamik untuk memulakan operasi.
Syarat am bagi kesemua jawatan ialah sihat tubuh badan, bertenaga dari segi fizikal dan berperwatakan ceria untuk bekerja dalam persekitaran kanak-kanak yang aktif bermula dari Isnin hingga Jumaat seawal jam 7 pagi hingga 7 malam.
Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:
Penyelia Taska (1 kekosongan)
Syarat-syarat permohonan:
*berumur 21 tahun ke atas
*telah menghadiri dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak
*berpengalaman bekerja di Taska sekurang-kurangnya 2 tahun
*pemegang Diploma dalam apa jua bidang digalakkan memohon
*bersedia untuk menghadiri latihan dan kursus peningkatan kerjaya dari semasa ke semasa
*gaji permulaan RM1000
Pengasuh Taska (4 kekosongan)
Syarat-syarat permohonan:
*lulus SPM, atau pernah mengikuti aliran vokasional dengan pengkhususan Perkembangan dan Perkhidmatan Kanak-Kanak
*keutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak, namun kepada yang tidak memilikinya akan dihantar menyertai KAAK atas tanggungan Pengusaha Taska
*pengalaman bekerja di Taska adalah satu kelebihan
*bersedia untuk menghadiri latihan dan kursus peningkatan kerjaya dari semasa ke semasa
*gaji permulaan RM600
Semua jawatan bertaraf tetap, bersifat jangkamasa panjang dan calon-calon yang berjaya dikehendaki mengikat kontrak kerja selama 2 tahun. Pekerja sambilan tidak akan dilayan demi memastikan kebajikan kanak-kanak berada pada tahap optimum.
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar butiran peribadi lengkap dengan gambar berukuran passport, nombor telefon dan gaji terdahulu menerusi emel kepada nazufa_zen@yahoo.com.Calon-calon yang berpotensi akan dihubungi serta-merta dan diminta untuk mengemukakan sijil-sijil dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan untuk temuduga segera.
Ada apa-apa rancangan tak malam Ahad ni? Kalau tak kemana dan memang berdekatan sekitar Universiti Malaya saya nak jemput ke Forum Santai Bertajuk Mendidik Anak Cemerlang
Tarikh : 20 Mac 2010
Masa : 8 Malam
Moderator : Mohd Dzulkhairi Mohd Noor (Ketua Syubban PUM)
Panel : Dr Kamil Abdul Majid (Pensyarah UM) dan saya sendiri
Anjuran : Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan Dengan Kerjasama Persatuan Ulama Malaysia
Permulaan Majlis :
Bacaan Adik Darwish Adrian , 3 Tahun - Surah Yassin (Ayat 1-12)
Bacaan Adik Darwisya Adrianna, 4 tahun - Surah Al Waqiah (1-96)
Ia adalah Forum Santai dengan Sesi Soal Jawab berkenaan topik tersebut dibukakan pada akhir sesi.
Ikhlas,
Lina Karim
Marilah kita sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini, belajar daripada mereka yang arif dan lebih berpengalaman.
Bagi yang belum kenal siapa Darwisya dan Puan Lina, boleh layari blog http://darwishndarwisya.blogspot.comhttp://darwishndarwisya.blogspot.com/
Niat Baik Tak Semestinya Dibalas Baik
Saya sedang menahan rasa terkilan dan sedikit rasa macam nak marah ketika entri ini ditaip. Perkara ini berbangkit lewat petang semalam. Saya akan cuba untuk mempertahankan sabar demi mengelakkan kekeruhan menjadi semakin likat. Disebabkan hal ini berkaitan dengan 5,6 orang maka saya rasa biarlah tidak berterus terang...
Doa Makan Bukan Untuk Anak-anak Saja
Dah lama sebenarnya teringat nak tulis tentang ni. Asalnya, masa makan kat cafe ternampaklah seorang budak lelaki keturunan Cina beli makanan. Lepas bayar diapun bawak makanan dalam pinggan ke meja, yang dah menunggu 3 orang kawannya. Kemudian budak ni tadah tangan (tak macam kita tadah tangan, macam genggam tangan la)...