Selama ni saya cuma baca status teman sekelas saya ni di FB. Tau dia menceburkan diri dalam bidang makanan dan masakan tapi sungguh saya ingat dia kendalikan restoran biasa saja. Rupa-rupanya kawan dah berjaya menubuhkan syarikat catering. Saya rasa bangga dan tumpang gembira dengan kejayaannya.
Rentetan perjalanan hidup teman saya ni tidaklah mudah, sedari kecil hanya dijaga ibu, dengan suasana keluarga yang tidak sesenang orang lain. Tapi pekertinya memang disenangi baik oleh kawan-kawan, senior malah guru-guru. Perwatakannya lemah lembut penuh kemelayuan, saya rasa kalau dia jadi pelakon tentu bersaing dengan Vanida.Kalau masuk Gadis Melayu pun ada chance menang. Dengan tahi lalat di atas hidung, memang manis dipandang, bila berkata-kata juga lembut dan pandai menjaga hati. Tapi kalau di padang, lincah berbola jaring. Di pentas, berbalas pantun sehingga ke peringkat kebangsaan.
Jodohnya sampai awal, masa masih di tahun 1 Universiti. Saya kagum dengan semangatnya, walaupun menghadapi pandangan serong orang sekeliling terhadap perempuan yang kawin terlalu muda, tapi dia tetap teruskan perjuangan. Kemudian lahir pula putera yang menuntut kesabaran dan kekuatan emosi yang tinggi. Maklum sajalah nak tinggalkan anak kecil di kampung. Tapi akhirnya dia berjaya mengharungi segalanya. Ijazah Sarjana Muda dalam undang-undang akhirnya digenggam.
Kemudian, bila tidak jadi lawyer, banyak pulak orang berkata-kata. Apapun, hari ini teman saya itu telah berjaya menunjukkan bahawa jalan yang dipilihnya adalah yang terbaik yang Allah tentukan buatnya. Go Dayang Go!
Oh ya..sesiapa yang berada di sekitar Ipoh dan berhajat mengadakan majlis tak kira majlis apa-apapun, silalah berkunjung ke blog http://suarasaarif.blogspot.com/, atau terus ke alamat No.26,Psrn Industri Bercham 10,Kwsn Perindustrian Ringan Bercham,31400 Ipoh,Perak Darul Ridzuan. Boleh juga hubungi
Tel:017-5942831/013-3081563(DAYANG) Email:suarasaarif@gmail.com
0 comments:
Post a Comment