Tayangan Ulangan Dokumentari Hikayat Merong Mahawangsa

Semalam sibuk dok cari di mana nak tengok tayangan dokumentari HMM yang saya terlepas tukan, cari punya cari punya cari..akhirnya saya emel KRU di http://www.krustudios.com/. Hari ni dapat jawapan, dokumentari tersebut akan diulang tayang di Astro Prima pada 7 Mac 2011: 12.00 p.m dan 13 Mac 2011: 7.30 p.m. Ok, lega dah. Sekurang-kurangnya dapat dengar intipatinya nanti, insyaAllah. Kemudian saya balaslah ucap terima kasih atas informasi tu. KRU balas semula, katanya dokumentari tu boleh juga ditonton di http://www.tonton.com/. Dah register pun, tapi belum buka sebab internet lembap pulak hari ni + badan tak sihat takde mood.

6 comments:

transformed housewife said...

tak sabar nak tengok filem ni kat wayang. dah janji dgn kwn nak pergi tengok sama2.

Min Aina Ila Aina said...

Betul, betul. Saya yang bukan kaki wayang ni pun rasa nak pergi tengok. Tengok hari biasalah best, murah, tak ramai orang dan takde si kecik. Tapi..bos bagi ke cuti semata-mata nak tengok filem ni? haha.

Harap filem ni berjaya dan membuka mata ramai pihak tentang betapa berharganya manuskrip Melayu dan intelektual Melayu yang tersimpan dan dilarikan oleh penjajah ke negara mereka cthnya di Leiden.

m-i-o said...

MAIA,
sungguh mak kagum dgn kesungguhanmu. siap pi contact KRU tu yang tak bleh blah tu. kalau mak ni cikgu sekolah, memang mak bagi A+ utk kategori daya usaha.

hehe.

mak pun nak pi tengok kat wayang (tak sedar diri ada anak kecik). hahaha.

Min Aina Ila Aina said...

Haha..m-i-o, yang minat tu memangla berdaya usaha, cuba kalau yang tak minat, ada depan mata pun tak pandang.cewah.

Sebenarnya isu yang dibincangkan ada kaitan dengan tesis, tu yang gigih tu. Sekarang ni apa-apa yang mitos dah jadi sebahagian hidup I. Pelikkan, mitos yang dikaji.hehe.

Anak kecik tu takpe, tido je keje dia, nangis sumbat je. Anak yang tak berapa kecik tulah yang payahnya nanti.hehe.

hashimi said...

da tgk film.. dokumentari blum.. nak tgk tp xde astro

Min Aina Ila Aina said...

Hashimi: Boleh tengok kat tonton, cuma kena register dulu. Emel verification dia agak lambat, dalam 2 hari baru dapat.