Dari Noriday ke Mercilon

Saya berkira-kira nak bertukar pil perancang dari Noriday ke Mercilon memandangkan usia penyusuan anak teruna saya tu dah mencecah 2 tahun April nanti. Sekarang ni saya dah isytiharkan bersara daripada aktiviti mengepam walaupun breastpump masih lagi ready kat pejabat untuk digunakan bila-bila masa saja. Setakat ni ok la, takde rasa berat, sakit atau penuh.

Tadi saya pergi farmasi tanya macam mana cara nak ubah cara pemakanan pil tersebut. Kata ahli farmasi tu, kena tunggu kitaran haid yang seterusnya. Masalahnya haid saya tak teratur walaupun sejak kebelakangan ni dah datang tiap-tiap bulan.

Hmmm...sebenarnya bukan masalah pasal tukar tu je, tapi...lebih kepada bersediakah saya nak bercerai susu dengan si kecik ni? Bagi pihak si kecik, rasanya dia memang belum bersedia walaupun kami dah pesan setiap hari yang 2 tahun umurnya nanti dia akan berhenti nenen. Sekarang ni memang makin kuat dia menyusu, siap bertukar-tukar lagi kiri-kanan-kiri-kanan sampailah dia puas hati. Sesekali rasa macam kesian pulak nak hentikan penyusuan ni. Kalau saya dah makan mercilon, tentu kesannya susu akan mula kering. Adakah susu saya akan kering sebelum genap umur Sofiy 2 tahun? Kesiannya kalau tak sempat 2 tahun. Dan adakah kekeringan air susu ini akan membantu proses cerai susu? Ada jugak rasa macam nak teruskan satu pek lagi Noriday sebelum tukar Mercilon tapi kebelakangan ni rasa agak seriau juga kot kot terlekat sebab Noriday tu pil mini je. Saya ni baru sem 1 belajar..alahaila kalau terlekat lagi.

10 comments:

Aida Alias said...

akak serasi dgn mercilon.. tiap bln period lancar. bulan dpn rasanya nak try ambik injection kt klinik kerajaan. nak berhenti mkn pil.

Min Aina Ila Aina said...

Dah lama ke akak makan mercilon ni. Masa ambik ada anak yang menyusu badan ke.

Saya dulu sebelum bercadang nak preggy memang ambik mercilon sebab masih belajar, Alhamdulillah ok, dan lepas je stop terus lekat baby.

Injection depo provera ke akak nak ambik. Saya dah cuba masa lepas pantang hari tu. Sempat 2kali cucuk (6 bulan) tapi berenti sebab tak sesuai dengan badan, jadi sakit pinggang, stres dan emosional je memanjang. Last-last makan Noriday je.

zurman said...

Sy mkn mercilon jg.susu x kering dgn syarat amek pil tambh susu tradisional atau dr klinik dan amalkn ape sj pemakanan yg blh membykkan susu bdn. Alhamdulillah anak sy dpt menyusu sampai 2thn lbh

Anonymous said...

hi..just want to asking, mercilon ni blh effect pada penambahan berat badan x?? risau sangat2 coz ramai yg cakap if consume pill ni blh gain weight..

before ni saya consume depo, 2bln sekali..tapi truk coz langsung x period..then tepaksa mkn sonulate utk pecah darah..hmm

tqsm

Min Aina Ila Aina said...

Saya makan tak da masalah naik berat. Yang naik berat Marvelon rasanya.

Anonymous said...

Betul ke
Sya tgh cuba jga ni...try mercilon hrp2 susu x kurang mcm akak...mkn oat byk2...ambik mercilon je positif...

Unknown said...

Bole saya tau tak sis, sis penah ambik depo ke, macam mane proses penukaran depo ke pil perancang ye sis, ade sape² yg tau

Min Aina Ila Aina said...

setakat pengetahuan saya, pil dan injection depo provera ni dua-dua jenis hormon. Tentang proses nak tukar tu, sebaiknya tanya dengan nurse lebih detail supaya takde gap yang menyebabkan wanita tersebut subur. Saya pernah tukar tapi dari depo ke Noriday. Dah lama sangat, 10 tahun yang lepas jadi dah tak ingat. hehe. Maaf ye.

liyana i said...

Terima kasih min aina atas info anda. Sy pn dok pikir nk brtukar dr depo kpd pil. Sbb haid betul2 jarang nak dtg.

Unknown said...

Mcm mana nak mula makan pil Noridah dari mervilon