Niat Baik Tak Semestinya Dibalas Baik

Saya sedang menahan rasa terkilan dan sedikit rasa macam nak marah ketika entri ini ditaip. Perkara ini berbangkit lewat petang semalam. Saya akan cuba untuk mempertahankan sabar demi mengelakkan kekeruhan menjadi semakin likat.


Disebabkan hal ini berkaitan dengan 5,6 orang maka saya rasa biarlah tidak berterus terang akan jalan ceritanya. Saya nak tulis di sini supaya tak terluah pada orang lain yang saya rasa nak marah itu. Saya cuba membantu dia (kawan) agar tesis dia jadi lebih baik, apa yang saya sampaikan pada dia adalah hasil perbincangan di dalam kelas bersama-sama pensyarah. Masa saya sampaikan pada dia tu, memang niat saya hanyalah nak menolong dia agar proposal itu boleh diperbaiki seterusnya tesis dia akan lebih mantap. Kalau dia bukan kawan saya, memang saya tak akan sampaikan, atau senang cerita tak masuk campur. Lantak ngko la nak salah ke, nak terjun gaung ke, nak tenggelam dalam laut ke. Tapi memandangkan dia kawan, maka saya rasa ada baiknya dia tau mana-mana yang salah untuk dibetulkan, sebab kesalahan itu adalah kesalahan besar yang memungkinkan dia melencong ntah ke mana-mana. Itupun kalau dia rasa perlu dibetulkan, kalau dia rasa dia dah cukup betul, abaikan sajalah. Dan saya dah pesan banyak kali, hal ni jangan heboh-heboh demi menjaga air muka orang-orang yang terlibat.

Tiba-tiba, rakan sekelas saya call petang semalam dan bagitau hal ni dah jadi isu. Isu besar pulak tu, melibatkan staf, pensyarah dan siap surat menyurat hitam putih. Wah! Dalam dok pesan-pesan tu heboh jugak jadinya. Ok, ok..saya call dia untuk tau apa yang berlaku sebenarnya. Tak angkat! Dan sebetulnya saya rasa dia Tak Nak Angkat! Last-last saya SMS saja, saya nak tau duduk letak perkara ni. Tau dibalasnya apa? Dia kata memang dia sendiri yang bagitau sifu dia. Dan isunya sekarang, saya dan kelas saya dituduh melanggar etika. Jadi sekarang dia macam nak kata "Ngko tanggunglah sendiri!" Haiii laa...ada juga kawan macam ni? Mungkin saya silap menilai. Saya ada ramai kawan, dan selama ni memang kawan-kawan saya tak pernah begini. Kami saling membantu, hal-hal sesama kami tak pernah sampai pada pensyarah. Tiba-tiba jadi macam ni, saya memang terkilan. Kalau ye pun taknak terima hasil perbincangan tu, tak perlu kot nak report. Benda kecik je sebenarnya, tapi dibesar-besarkan. Saya ambil langkah berdiam diri walaupun saya rasa macam nak balas secara sinis pada dia...tapi biarlah. Saya cuba menghayati klausa Mengalah Tak Bererti Kalah walaupun saya memang bukan nak menang. Saya cuma terkilan.

Saya harap isu ni akan ada penyelesaiannya tanpa menyakiti atau menyusahkan mana-mana pihak terutama saya (dan kepala otak saya)serta rakan-rakan sekelas saya termasuk pensyarah kami, juga staf yang berkaitan. Pengajarannya, nak buat baik berpada-pada. Tak semua orang suka kita buat baik pada dia.

2 comments:

Misz Choco Vanilla said...

sabar ya sis! sye pun tengah mengalami perasaan mcm sis.. so sakit hati.. warghhh.. hanya kesabaran diperlukan.. be strong! :)

Min Aina Ila Aina said...

Sabar...pentas dunia mcm ni la...Masa akan mengubat, insyaAllah.