2 Bahasa: Anak keliru?

(Apa yang saya tulis ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman semata-mata, bukan dari pandangan pakar)

Saya pernah belajar psycholinguistics di peringkat asas saja, tak mendalam pun. Setakat pengetahuan saya, anak yang dibiasakan dengan lebih daripada 1 bahasa sejak bayi mungkin mengalami kekeliruan. Kekeliruan yang dialami oleh si anak tadi adalah diakibatkan tiadanya bahasa pertama dalam persekitarannya. Apabila kedua-dua bahasa datang serentak dalam kadar penggunaan yang sama, maka anak mungkin menjadi tidak cekap dalam kedua-dua bahasa tersebut.

Oleh itu, disarankan  ibu bapa develop dahulu bahasa pertama untuk si anak. Kalau rasanya nak jadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama, maka di awal kelahiran sehingga anak tadi mencecah sekitar 2, 3 tahun gunakan bahasa Melayu sahaja. Seterusnya apabila anak sudah ada bahasa pertamanya, maka bolehlah diperkenalkan bahasa kedua. Ataupun, sekiranya ibu bapa hendak juga memperkenalkan dua bahasa serentak kepada anak mereka, maka perlulah ditentukan mungkin ayah akan bercakap bahasa pertama sepanjang masa manakala ibu akan bercakap bahasa kedua sepanjang masa. Dengan cara ini, kekeliruan boleh dielakkan.

Ok, saya ada pengalaman melihat anak kakak saya sendiri. Anak pertama ditekankan penggunaan bahasa Inggeris sejak bayi lagi. Mungkin sebab masa tu akak saya tinggal di KL dan baru balik dari UK. Kesannya, anak itu lebih tahu bahasa Inggeris berbanding bahasa Melayu. Contohnya dia akan takut bila kita sebut "lizard" tapi buat dono je kalau sebut "cicak". Lebih prihatin kalau diingatkan "hot!" berbanding "panas!". Dalam masa yang sama, bahasa keluarga (perbualan dengan ayah, atuk, nenek) adalah bahasa Melayu. Akhirnya bila anak dah mula membentuk ayat, ayat yang dibina kebanyakannya adalah bahasa Melayu. Anak kakak saya yang ini memang agak susah nak membina ayat yang gramatis. Kadang-kadang kita jadi tak faham apa yang dia nak cakap sebab ayatnya berbelit-belit. Bila dah besar sekarang ni, dia nak keluarkan satu-satu ayat tu susaaah dan lambaaat sangat, macam jenuh nak fikir dulu. Dia juga tak suka membaca tapi lebih suka Matematik.

Anak kedua kakak saya, dilahirkan di Sg Petani. Masa tu akak saya dah pindah dok dengan mak mertua di Penang. Bahasa pun dah tak guna bahasa Inggeris lagi. Cakap Melayu dialek utara. Anak kedua dia petah bercakap, dan memang fahamlah apa yang dia nak cakap. Kadang-kadang bahasanya penuh dengan retorik pulak. Seronok bercakap dengan dia. Masih belum bersekolah, jadi saya taktau perkembangannya dalam pelajaran. Saya juga tak tahu adakah penggunaan bahasa di peringkat awal itu memang mempengaruhi ataupun memang kebetulan kedua-dua beradik ini mempunyai kecenderungan berbeza.

Ok, itu cerita anak akak saya. Sekarang ni cerita anak saya sendiri pulak. Sofiy. Saya perkenalkan bahasa Melayu sebagai bahasa pertama kerana memang itupun bahasa ibundanya. Saya taknaklah hipokrit speaking London pulak di rumah. Lagipun English saya broken tahap apa ntahlah, buat rosak bahasa budak tu je. Jadinya, saya dan ayahnya bercakap bahasa Melayu dengan Sofiy sejak dari dalam kandungan sampailah mencecah 2 tahun ni. Kalau saya belikan buku pun, saya akan cari yang bahasa Melayu contohnya "Haiwan" berbanding "Animal", "Abjad" berbanding "Alphabet" begitu juga "Badan Saya" berbanding "My Body". Rupanya di rumah pengasuh, budak-budak ni dibiasakan dengan bahasa Inggeris walaupun tidak sepenuhnya. Saya kata oklah, di rumah guna bahasa Melayu, di sekolah guna bahasa Inggeris. Senang sikit kerja saya, takdelah susah saya nak perkenalkan bahasa kedua nanti.

Ada satu hari, saya terfikir nak tanya pengasuh Sofiy ni kat sana sebut "bantal" tu apa? Sebab saya pelik dia sebut bantal tu "Abba". Sekali pengasuh cakap, kat sini sebut "pillow". Baru saya teringat tentang BI di sekolah. Rupanya "badan saya" pun diajar sebagai "my body" di sana. Di sana ada eyes, ears, nose, tummy etc. Bila balik rumah, saya pun nak test la. Saya cakap "Pergi ambik pillow?" Anak saya terpinga-pinga tak faham. 2, 3 kali saya cakap macam tu jugak. Ayah dia dah ketawa berdekah-dekah, sebab umi beria-ia cakap anak dah belajar BI kat sekolah. Last-last sebut "ambik bantal" terus je laju dia masuk bilik.Haish! Takpela, saya cuba lagi. Kali ni ayat penuh dalam BI pulak. "Where is your tummy?" Kih kih..harem dia taktau. Tanya lagi, "Where is your hair?" Tengok-tengok dia pegi kat meja, ambil cawan air dia. "AIR" kan seakan-akan "HAIR" sambil mulut dok sebut air, air. hahaha. Umi give up. Maknanya dia jadi tak faham English bila di rumah, sebab dia tau bahasa di rumah adalah bahasa Melayu. Cuma ada satu perkataan setakat ni yang dia bawak balik dari sekolah iaitu "Fish". Mungkin umi lambat ajar "Ikan" dan dia dapat perkataan "Fish" dulu untuk makhluk Allah yang hidup dalam air tu dan umi goreng letak dalam pinggan.hehe.

Nota: Umi pun boleh cakap BI jugak tau setakat One Two Three Four Shut The Door tu. Bila nak ajar bahasa ketiga, sebab umi reti cakap Arab yang dah banyak jugak lupa mufradatnya.hehe.

5 comments:

TopsyTurvyMum said...

Haa...rugi tau reti cakap arab tak gunakan..
My BIL/SIL tau 3 bahasa. SIL-eng, arabic, urdu. BIL-eng, malay arabic. Tapi anak2 tau english jer.Rugi kann? tapi takper, diorg kecik lagi.

Hamzah ni pun dah 2 tahun setengah tak reti cakap sangat lagi, maybe dia confuse dengan mak ayah cakap melayu. Ngan abang2 speaking.Abg2 dia faham melayu tapi nak cakap tak berapa fasih.

Rizza said...
This comment has been removed by the author.
Rizza said...

bagi saya la.. tak de keliru... nak ajar anak cakap berapa banyak bahasa sekalipun.. selagi kita tau macam mana nak menggunakan nye dengan betul...
bahasa perantaraan kami sah2 le bahasa melayu..
tetapi bila belajar... kami ajar 2 bahasa... word by word dulu.. bukan terus2 nak ajar speaking... ikut peringkat umur... lama2 baru ajar perkataan2 dalam 2 bahasa...
takkisah le nak cakap campur ke apa ke bahasa... insya'allah tak de masalah...
cuma kena berterusan..... sorry terpanjang...heehe
(cuma pandangan saya dan telah buat atas anak sendiri.. tak de masalah keliru ke apa... lagik nak tau adelah.. )

Min Aina Ila Aina said...

TTM: Takpe, sempat lagi tu kecik-kecik lagi semuanya. Macam mana abang2 Amjah sembang gan Mak Jah?

Kak Rizza: Takpe panjang, tajuk entri pun ada tanda soal minta dijawab le tu.

Memang takat word je dia pandai sekarang ni, ayat masih dalam pembikinan dan pemeraman kot. Tapi macam mana nak bagi dia faham yang 'word' sekian sekian adalah bahasa Melayu dan 'word' sekian sekian adalah BI. Ada potensi tak nanti bila dia susun ayat jadi Melinggeris.

Rizza said...

Dik.. jgn risau dia akan faham word by word... biar dia bercakap campur tak semestinya jadik melinggis.. is no no.. jgn kita fikir begitu...
budak kecik dia tau word je kan... jadik start word aje...cth : " ini kucing... dalam bahasa inggeris di sebut CAT"... kemudian di lain hari pula... "this is Cat ...in Malay langguage it call KUCING".. lebih kurang gitu le....