Hari Ketujuh Accident Motor

Hari ni hari yang ke-7 selepas adegan motor terbang a.k.a accident itu berlaku. Alkisahnya begini...

Rabu 8.30 pagi: Saya siap-siap, dah mandi dan siapkan Sofiy serta keperluannya apa yang patut dibawa ke rumah pengasuh. Masa di tempat parking motor, tengah sibuk-sibuk alihkan motor, ternampak sorang budak perempuan ni lalu ikut lain, tak lalu ikut laluan biasa. Pelik juga. Oh, rupanya ada kereta block laluan motor tu. Apalah tuan punye kereta ni fikir agaknya ye. Tahu nak senangkan diri sendiri je. Dahla itu memang bukan tempat parking kereta pun, lagi nak block laluan ke parking motor. Jadi, nak tak nak semua motor yang nak keluar kena la terjun divider tu. Divider ke namanya, entahla tapi yang bertembok sikit tu la.Kalau tak dapat bayangkan apa yang saya cerita ni, tengok gambar di bawah. (Malang sekali gambar di masa kejadian takde. Tak ingat nak ambik gambo dok melayan sakit + terkejut weh)


Haa...kereta tu parking betul-betul kat belakang WAJA tu. Kan dia dah block tempat motor nak lalu. Tak ada laluan lain lagi dah untuk ke tempat parking motor berbumbung tu.

Sekitar 8.40 pagi, saya gerak dari rumah pengasuh, saya singgah beli nasi kerabu dulu untuk sarapan pagi. Kemudian, saya singgah kedai jahit untuk ambil seluar yang saya hantar alter. Dari kedai tu saya terus balik ke rumah. Masa sampai tu saya nampak kereta tu masih tersadai kat situ. Ada seorang lelaki naik motor saya tengok berkerut-kerut mukanya sambil pandang-pandang kereta tu. Mesti menyumpah dalam hati.

Lalu saya pun dengan yakinnya nak panjat la divider tu sebab nak parking semula motorkan. Saya tak rasa was-was pun sebab saya nampak macam rendah je divider tu. Boleh kot lepas. Saya cuba...brooommmm...oooo...tak lepas dengan gear 4. Maka saya pun apa lagi, ketak, ketak, ketak, tukar gear 1! Pulas minyak, vroooommmm melompat satu tayar atas divider, pastu sangkut lagi. Aiyaa! Dah mula cuak dah sebab kaki tak berapa nak sampai. hehe. Saya pun dengan cerdiknya turun. Dah turun tu bukannya nak freekan gear dan tolak. Rasanya kalau tolak pun tak tentu saya lepas jugak. Saya pulas je minyak dan apa lagi????? Laju la motor tu melompat dan saya dah out of control dah. Fuh, masa tu dok heran kenapa la saya tak sempat nak low minyak tu balik. Dah tu pulak, saya kan dah turun, makanya saya tak dapat nak brek la. Motor tu lajak sampaila ke parking tu, terus langgar apa saja yang ada di depan. Saya dah tak terkejar dah, terlepas motor. Mujurlah tempat yang ditala dek motor tu memang kosong. Dan bila motor tu lompat pulak besi penghalang kat tengah2 tempat parking tu, dia jatuh ke tepi dan kebetulan lagi tempat tu jugak kosong. Jadinya, ada satu motor je yang jatuh, dan saya rasa saya jatuh atas motor tu la. Saya pun dah tak ingat sebab saya bangun macam spring. Bunyi berdentum tu sangatla menakutkan. 



Okeh, lakon semula. Divider atas ni la saya nak panjat. Betulkan, tak tinggi mana pun kan? Dan motor saya terus meluru ke tempat motor WMF tu, tapi tempat tu kosong la. Sempat juga dia langgar (atau saya yang langgar) motor BLR tu sampai jatuh. Kemudian, disebabkan kelajuannya yang bersangatan maka motor saya terus lompat besi depan tu dan jatuh kat parking sebelah sana. Allah punya perancangan, hanya saya yang luka akibat jatuh (syukur tak dihempap motor) dan semua motor dalam keadaan baik. Jadi takdela saya kena bayar apa-apa ganti rugi. Motor sendiri pun suami saya kata ada lubang sikit je, lain semua ok. Belum sempat belek lagi motor sebab dok kena kuarantin di rumah.

Lepas dengar je bunyi berdentum tu automatik la orang yang dengar menjenguk. Ada sorang kakak cleaner bantu saya bangun, sebab kaki saya rasa sangatlah sakit. Tapi saya tahula kaki tak sampai patah. Kemudian ade la beberapa orang lagi yang turun dan semuanya tanya sape la yang takde akal parking kereta kat situ. Kakak tu maklumkan kat suami saya, suami saya pun datang. Pelik saya tengok dia datang tu jalan slow sangat, macam lenggang kangkung pulak. Tak macam isteri dia yang accident. Dalam hati "Ai, relaknya abang ni, tak kisah ke bini eksiden?" Rupa-rupanya dia dah panik sebab dia nampak motor tergolek, tapi dia tak nampak saya. Haha. Masa tu saya dah terduduk kat tepi longkang.

Masa kecoh-kecoh tu saya dengarla suami saya call pihak pengurusan penduduk. Suami saya kata kalau dia yang jumpa dengan owner kereta tu risau bergaduh bertumbuk je. Sebabnya dahla memang salah kereta tu diparkirkan di situ, menyebabkan orang kemalangan pulak. Isteri dia pulakkan yang kena tu. Memanglah hot cik abang.

Balik rumah, saya tengok-tengok kat peha yang sangat sakit tu...mak aii..berdarah rupanya. Patutla seluar trek saya koyak Ingatkan lebam je. Lukanya tak besar mana la, 10cm x 3cm je. Ceh, siap ukur tu. Luka terseret, tak dalam tapi pedih yang amat. Jalan dah hincut-hincut. Tak lama lepas tu wakil pihak pengurusan datang melawat dan offer saya ke klinik. Tapi saya rasa macam ok je. Baru-baru kena bukan sakit sangat. Tunggula esok lusa mau takleh berjalan sebab badan semua sakit.

So, hari ni dah hari yang ke7. Jalan macam dah ok la hincut-hincut sikit je. Urat-urat pun dah ok, badan tak rasa bisa lagi. Cuma lebam tu memang purple lagi la. Luka tu sangatlah sakit berdenyut-denyut, semalam cuba tak makan ponstan waktu sahur...huhuhu...sepanjang siang tu menahan sakit. Rasa macam kaki kiri dah takde sebab terlalu sakit. Luka tu saya cuci dengan ubat luka Acriflavine (ubat kuning) tu. Solat masih kena solat di kerusi. Berdiri, rukuk boleh macam biasa tapi sujud dan semua pergerakan yang kena duduk memang tak boleh lagi. Rasa kulit macam kena siat tang luka tu. Bercangkung dan segala perbuatan yang kena menunduk macam iron baju, tumbuk sambal sambil duduk semua tak boleh lagi. Agak-agak saya la, mau seminggu lagi baru betul-betul ok dan boleh tunggang motor semula. Sekarang ni kaki kiri tak kuat lagi.

Moral of the story: Jangan block laluan orang, jangan over confident ingat-ingat sikit awak baru je dapat lesen P.

7 comments:

Hanis MY said...

huwaa siannya..odaijini ye... tak suka bila kena blok huhu...

p/s:ryu bermaksud naga

AA said...

semoga kak mai cepat sembuh...alahai x berkesempatan lg nk g ziarah..

Min Aina Ila Aina said...

La..Ryu tu maksud Naga ye.

AA: Takpe tikah, akak dah ok, tak sabar nak pegi ukm lagi. Motor pun tak pegang lagi ni.

atoyissan said...

la..siannya..pengalaman tu..mujur takde apa2 yang serius..smbg PHD dkt UKM jugak ke?

Min Aina Ila Aina said...

Ha'a kat UKM jugak, sama la kita kan? Saya buat linguistik, Su kat FTSM ye?

atoyissan said...

MAIA: haah la..su dkt FTSM..jumpa org linguistik plak kat blog heheh..lagi pon su buat tajuk stemmer..kekadang tu rasa gak cm org linguistik (hahahah perasan jap)..kalau ada jodoh ti blh jumpa ye

Min Aina Ila Aina said...

InsyaAllah, tak jauh dah. Bila agak2 habis. Rumah kat mana, kot-kot berjiran kan.hehe.