Kenapa saya suka susu skim Sunlac

Di tengah malam, lepas layan Merlin kat TV3 jap tadi, lepas tu merayau pulak kat tenet. Sekarang tengah pekena susu suam segelas. Kalau bancuh susu tepung, jangan bancuh dengan air panas tau. Buh air panas sikit, kemudian campur dengan air masak sampai jadi suam baru masukkan susu. Sama jugak masa sediakan susu untuk anak-anak kita. Sebab apa? Supaya khasiat susu tak hilang disebabkan air panas.

Bercerita bab susu ni, saya adalah penggemar susu sejak kecik. Saya orang kampung, biasa orang kampung ni bila anak dah cukup 2 tahun sama ada menyusu badan atau susu formula, maka berentilah anak minum susu. Minum la teh, milo, kopi sama macam minuman keluarga. Mak saya pun sama, tersilap memahami konsep 'berhenti menyusu' yang disarankan dalam Islam. Saya pun diberhentikan 'menyusu' walaupun saya memang minum susu formula sejak umur satu minggu. Mak saya kekeringan air susu akibat tersalah makan jamu. Tapi entah macam mana masa di sekolah rendah, saya mintak nak minum susu semula. Ni pengaruh iklan la kot. Iklan Fernleaf kan best masa tu. Ingat lagi lagu "Ibu...ibu..engkaulah ratu hatiku...Terima kasih mak". Mak saya pulak tak lalu minum susu, dan ayah memang minum teh O saja. Tapi bila dah suka tu kan, takde pengaruh mak ayah pun kita tetap suka.

Kecik-kecik minum susu Fernleaf, lepas tu masuk menengah ayah saya beli susu timbang kat kedai apek je. Ye la dulu-dulu hidup susah. Kemudian masuk matriks, saya minum susu ikut kemampuan la macam everyday, nespray. Bila dah masuk U betul baru la ada PTPTN dan mampu la nak beli susu yang mahal sikit yang kononnya lebih bagus. KONON saja ye, saya taktau kebenarannya. Masa tu saya minum Anlene. Lama gak la minum Anlene ni. Kemudian mengandung minum Anmum ada la 1 tin pastu tak upaya dah. Balik minum Nespray je. Kemudian ada juga beli Omega sesekali. Biasa minum susu segar je. Tapi kemudiannya saya jatuh cinta dengan susu skim SUNLAC. 

Beberapa sebab saya suka susu ni:

1) Ada halal Malaysia

2) Harga yang berpatutan. Saya taktau kat mana lagi ada jual susu ni, tapi saya beli kat pasaraya 99Speedmart dengan harga RM17.90.

3) Rasanya sedap, rasa lemak tapi tak manis. Saya tak suka susu yang ada rasa manis. Kalau susu segar, HL tu pada saya manis.

4) Rendah lemak dan tinggi kalsium

5) Bila dah buat atkins, susu ni sesuai dengan saya sebab karbohidratnya tak tinggi.

6) Boleh dibancuh dengan air sejuk, tidak berketul.






Berapa Jumlah Kalsium Untuk Keperluan Sehari?


Seorang dewasa memerlukan 1000mg kalsium sehari. Cukupkah pengambilan kalsium kita? Saya sendiri jenuh nak mencukupkan kuantiti kalsium ni kalau hanya dengan minum susu saja. Satu hidangan susu (segelas) bersamaan 250mg kalsium. Maknanya kena minum 4 gelas susu sehari. Mungkin ada orang mampu, tapi saya biasanya maksimum 2 gelas saja. Pagi dan malam. Dulu saya kurang ambil kisah dengan pengambilan kalsium ni..saya ingat dah minum susu tu memadai..rupanya belum cukup. Jadi apa alternatifnya? 


Suplemen Kalsium Magnesium (Shaklee OsteMatrix)

Terus-terang, saya tak pernah beli suplemen kalsium jenama lain kecuali Shaklee. Kalsium magnesium Shaklee dikenali sebagai OsteMatrix. Saya kenal OsteMatrix masa menyusukan Sofiy dulu, tapi lepas berhenti menyusukan Sofiy, saya stop juga OsteMatrix. Tapi sekarang saya ambil semula OsteMatrix selepas jadi pengedar Shaklee yang sah, dan saya tau saya perlu mencukupkan pengambilan kalsium harian saya. Saya alami masalah sakit bahu, kejang leher dan sakit belakang..jadi kalaupun OsteMatrix bukanlah berperanan menghilangkan sakit-sakit ini, cukuplah sekadar meredakan dan mencegah daripada melarat. Saya sekarang dalam proses rawatan fisioterapi. Oh ye, nak tengok macam mana rupanya OsteMatrix?

Harga Pasaran OsteMatrrix: RM 61.00

Inilah OsteMatrix. Setiap tablet mengandungi 250mg kalsium, dan juga mengandungi magnesium serta beberapa zat yang lain. Pembahagian kepada 250mg setiap tablet memudahkan kita untuk memilih sama ada perlu ambil 4biji sehari atau kurang, bergantung kepada pengambilan kalsium daripada sumber-sumber yang lain. Misalnya saya dah minum 2 gelas susu, jadi saya hanya perlu tambah 2 biji OsteMatrix sahaja. Andai kata saya juga sudah ambil bahan makanan lain yang kaya dengan kalsium misalnya soya, atau produk tenusu lain, saya boleh ambil hanya 1 biji sehari bagi melengkapkan pengambilan kalsium harian saya. Dan bagi mereka yang tidak suka minum susu, OsteMatrix adalah jalan mudah untuk sumber kalsium harian anda.

Untuk maklumat lanjut, atau ingin dapatkan OsteMatrix sila hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

6 comments:

Anonymous said...

waa...gud information..lepas ni boleh la i try susu ni :)

Anonymous said...

Speedmart kt umah saya xda..hu
xpe kene cari smpai dpt...

Anonymous said...

xpe anonymous kat tesco pun dh da skim milk skrg..price lbh kurang..tesco light choice skim milk namanye.. :)

Anonymous said...

awak buat atkins tp minum susu ni ea ? turun x berat ?? sy da lame buat atkins...tp slalu statik..bile statik sy cheat =( ..kalau minum susu ni sambil atkins berat ade turun x ??

Min Aina Ila Aina said...

Masa induction memang saya tak minum susu, ikut betul2 jumlah carbo yang dibenarkan. Bila dah masuk fasa berikutnya baru saya add carbo. Saya dah tak buat atkins selepas mengandung tahun lepas:-) In sha Allah lepas bersalin dan habis tempoh menyusu saya diet semula.

BigGirl said...

Terima kasih puan..sgt2 membantu sy. Sy mengalami masalah masa bancuh susu tepung ni sejak tkr ke enfamama..anmum ok je. Rupanya cara bancuhan pun kene btl. Adoii stress smpai rasa nk buang je susu ni tp sbr lg sbb xnk membazir. Menangis pkr cane nk setelkan mslah berketul ni sbb anmum ok plak even sy letak air panas dlu. Masa x tau..lps mnum je tersembur muntah blk sbb geli ketul2 tu tersekat2 kt mulut kerongkong. Al maklum sy x gemar mnum susu tp pkr keperluan baby & sy..cekal kan hati gak mnum. Sy igtkan jd berketul2 sbb perisa vanila sbb yg anmum sy amik plain je. Sgt2 membantu.. Bru tau buat air suam dlu bru msukkan susu. Mmg elok je lps tu.