Azam Tahun 2013


4 Januari...baru nak dokumentasikan azam tahun 2013 dalam blog ni. Tahun lepas takde azam yang dicoret di sini. Sebelum cerita tentang azam atau to do list sepanjang 2013 ni, nak imbau kembali 2012. Tahun 2012 adalah tahun kritikal, mencabar emosi, pengorbanan, dan dugaan bagi saya secara khususnya dan kami sekeluarga amnya.

Hujung 2011 suami diberhentikan kerja secara beramai-ramai kerana company dia bekerja tu dah tak mampu menampung kerugian. Maka di awal-awal 2012 kehidupan memang genting dan stres memanjang. Harapkan kawan yang janji nak berbisnes sama, kena kencing aje. Masa tu saya ok, masih bertenang sebab saya yakin dengan rezeki Allah. Tapi suami, yelah dia kan ketua keluarga, dengan hutang-hutang sedia ada...memang susah hati. 7 bulan menganggur, kami memang hidup seadanya. Tapi saya bersyukur sebab hubungan kami makin erat. Sebagai isteri, ia juga ujian untuk saya...menguji kesetiaan, menguji kesabaran, menguji sejauh mana saya dapat berkorban. Alhamdulillah pertengahan 2012 suami dapat kerja, walaupun tak akan mampu dapat pendapatan yang sama macam dulu tetapi kami bersyukur. 

2013, saya mengharapkan kehidupan yang lebih baik sama ada dari segi ekonomi, keharmonian, kesihatan dan segala aspek yang lain. Walaupun tak nampak apa-apa peluang depan mata sontohnya suami dapat offer kerja yang lebih bagus ke, atau saya akan mula bekerja ke..tetapi saya tetap berharap dan berusaha untuk memberikan yang lebih baik kepada keluarga kami.

Jadi di bawah ini adalah senarainya...yang besar-besar saje. Mula-mula rasa macam taknak tulis, tapi kata motivator, wishlist atau azam ni kena tulis dan patutnya kena tampal letak kat tempat yang kita selalu boleh nampak.

1- Tulis tesis dengan konsisten dan siap sebelum 2013 berakhir.
Yang ni memang dah tahap wajib. Saya cuma ada setahun lebih saja lagi.

2- Ajar Sofiy mengaji al-Qur'an secara konsisten
Konsisten- adalah satu perkataan yang tidak menggambarkan diri saya.huhuhu. Mendidik anak itu juga satu jihad dan amanah, maka tidak boleh tidak. Dulu masa belum kawin beria-ia niat nak ajar anak mengaji sendiri. Ni anak dah nak masuk 4 tahun masih dok kat Alif Ba Ta juga.

3- Konsisten baca al-Qur'an, solat dhuha, tahajud dan puasa sunat
Yang ni, selama ni memang buat pun, cuma tu la...tak konsisten. Tak jadikan amalan lazim.

4- Berjimat-cermat kecuali sedekah dan infaq
Ini untuk ekonomi tahun 2013. Kalau tak dapat nak tambah pendapatan pun, at least kurangkan mana yang tak perlu. No more online shopping kalau tak penting. Baju kau dah banyak dah mai.  Beli makanan yang perlu dan berkhasiat saja. Selalu saya ni terlajak beli makanan yang merapu, yang sebenarnya kalau beli makanan segar lagi berbaloi. Kalau bab belanja barang basah pulak, belinya rajin, masaknya malas. Lalu membazir. Jadi, disebabkan 2013 bukanlah tahun untuk memasak sebab saya nak tumpu pada tesis, jadi belilah secara berpada. Kami berdua dewasa sorang kanak-kanak, kalau tak masak pun boleh jimat. Kena pulak suami saya jenis makan sikit, saya sendiri nak teruskan diet.

5- Turun berat badan (lagi 3kg) dan maintain.
Masih ada 3kg untuk dibuang. Diet saya on off sejak banyak berjalan dan program tahun lepas. So far maintain 52.0 kg.

6- Exercise secara rutin
Yang ni..aduhai tahun lepas dah ok dah rutin...bila mula berenti pg penang tu terus berenti sampai la. Senaman ni kalau tak jadikan rutin badan tak cantik. Berat saja turun badan tak fit tak best la. Lagipun tak senaman kita akan rasa kurang bertenaga.

7- Dapatkan side income (asalkan tidak mengganggu pembelajaran)
Ini, peluangnya ada cuma saya tak berani nak pulun sebab saya tau kalau saya pulun yang ni, tesis tu jadi apa? Cuma bolehla kalau nak buat sampingan.

8- Menjadi ibu yang lebih positif dan lebih bertoleransi
Sebenarnya ini azam saya setiap hari, tapi kadang-kadang tak lebih sehari pun dah kantoi. Saya akan terus berusaha, demi menjadi ibu yang terbaik buat anak saya.

9- Sekiranya azam no.1  80% tercapai, mula merancang untuk baby baru:-)
Hehehehe...ini keinginan sebenarnya. Dah lama teringin nak baby baru. Sebelum ni saya turunkan berat badan pun sebab nak rasa confident kalau nak mengandung lagi. Sebab bila dah dapat berat badan asal sebelum mengandung yang pertama, kalau naik pun berat tu takde la double. Apapun, bergantung pada azam yang no 1 di atas. Cepat habis, cepatla ada peluang. Walau apapun, saya hanya merancang Allah juga yang menentukannya. 

1 comments:

lia said...

ujian & dugaan dariNYA mmg ada hikmah sebaliknya kan...