Saya Jadi Ahli Shaklee Setelah 5 Tahun Mengenalinya


Saya kini pengedar sah Shaklee dengan ID 918631

Saya kenal Shaklee melalui Kak Arnie pada tahun 2009. Masa tu saya baru lepas pantang dan menyusukan Sofiy sepenuhnya. Demi melengkapkan penyusuan penuh, saya ambil vitamin Shaklee secara konsisten. Antara vitamin yang saya ambil waktu tu ialah ESP, Alfalfa, Ostematrix, Vita-C, Vita-E, B-Complex, dan Lecithin. Kira banyak jugak la..tapi taktau kenapa la saya tak terlintas nak jadi ahli. Mungkin masa tu saya fikir jadi ahli ni memerlukan modal yang besar. Walaupun saya tak jadi ahli, tapi saya promote pada kawan-kawan saya kebaikan Shaklee, sampaikan saya boleh re-pack dan bagi free pada kawan untuk cuba. Saya belikan suplement Shaklee untuk emak saya juga. Kerana saya sudah rasa sendiri keberkesanannya.

Selepas lengkap penyusuan Sofiy selama 2 tahun,  saya mula culas ambil vitamin baik Shaklee mahupun jenama yang lain. Akibatnya? Nanti saya cerita di lain entri.

2012, saya kembali order Shaklee. Untuk apa? Untuk membantu proses diet saya. Walaupun saya buat diet Atkins, tapi Atkiners disarankan mengambil vitamin untuk menampung nutrien yang diperlukan oleh badan. Maka bermula semulalah episod saya dengan jadual consume vitamin. Walaupun niat asalnya adalah untuk proses diet, tetapi saya dapat rasakan kesan dan manfaat vitamin tu pada badan saya secara keseluruhan. Saya jadi lebih cergas, lebih bertenaga, dan yang saaaaaangat terasa adalah lebih sihat. Tak ada lagi demam sambung menyambung sebagaimana sebelum tu. Kalau tak percaya godekla entri saya sekitar tahun 2011 mesti banyak entri saya tak sihat dan demam.

Kesimpulannya, persekitaran dan pemakanan kita hari ni sudah tidak lagi kondusif jika tidak ditampung dengan pengambilan suplemen. Apatah lagi untuk kami dan kita yang tinggal di bandar, atau pinggir bandar. Di pedalaman mungkin berbeza sedikit, tetapi tetap tidak terkecuali kerana sumber makanan kita masih sama. Saya tidak memilih Shaklee semata-mata untuk buat duit atau jadi kaya, tetapi saya pilih Shaklee kerana saya yakin dengan produknya dan ingin kongsi dengan anda semua. Walau apapun, vitamin itu hanyalah sebagai alat dan usaha kita untuk meningkatkan potensi diri sebagai hamba Allah, anak, isteri, ibu, suami, ayah dan segala peranan kita di dunia ini. Siapa yang menentukan? Tentulah Allah S.W.T. Namun kita haruslah berusaha untuk menjaga tubuh badan kita yang dipinjamkan oleh Allah buat sementara ini.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba suplement Shaklee jangan segan untuk emel saya di minaina_ilaaina@yahoo.com atau sms 0123302067. Konsultasi percuma untuk anda yang membeli daripada saya.


0 comments: