Emak Makan Ikan Bakar, Anak Makan Nasi Putih Aje: Tegakah Anda Sebagai Ibu Buat Begitu?


Mencoret sedikit di petang hari selepas menghadam segala ilmu tentang penerbitan dalam bengkel penerbitan yang disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Kamarul Kabilan.

Alkisahnya tengah hari tadi saya lunch di sebuah kafe, kat kafe ni macam-macam golongan datang menjamu selera. Ada orang besau-besau, ada orang pertengahan dan orang kecik-kecik aka student (sayalah tu). Masa saya mula nak makan tu, terpandang sorang budak lelaki kecik umur dalam 3 tahun, dok sorang-sorang kat meja. Comel budaknya. Tak lama mak dia datang. Di depan mereka ni ada 2 pinggan nasi putih, dan satu piring lauk iaitu ikan bakar dengan air asam. Dalam pinggan mak juga ada lauk lagi tapi saya tak nampak apa lauknya. Kemudian saya tengok anak tadah tangan baca doa, kemudian makan dengan sudu garfu...makan nasi putih saja. Masa tu saya terfikir apa ye lauk yang sesuai untuk si anak, sebab saya bayangkan kalau saya bawak anak saya...apa yang saya nak suap. Saya tengok pinggan saya, ada sup petola dengan bebola ikan. Ok la tu saya boleh suap anak saya. Kemudian saya fikir, ok la ikan bakar tu boleh la suap kat si anak, kan tak pedas. Saya nampak si mak cubit ikan tu dan letak tepi..ok la tu kan nak bagi anak dia la kot. Tengok-tengok, laju je cecah air asam dan masuk mulut dia sendiri, sesuap demi sesuap dan suapan yang seterusnya. Si emak tu dok pandang-pandang hala ke kaunter kedai, agaknya tunggu si ayah kot. Oo...ayah rupanya yang bawak lauk si anak. Tak lama ayah pun sampai, bawak nasi dalam pinggan ada tofu telur, dan semangkuk daging masak gulai kawah. Tofu telur tu kot untuk anak, fikir saya. Agak-agaknya betul tak tekaan saya...ye..tekaan saya salah. Si ayah pun dengan enaknya menyuap ke mulut sendiri. Oh ye lupa pulak..ayah tadi datang bawak 3 gelas air. 2 air sirap, 1 air kosong. Rasanya korang pun dah boleh agak sape punye air kosong..ye si anak. Saya rasa sayu tau masa tu..saya bayangkan kalau la anak saya dilayan macam tu. 

Mungkin kita boleh bersangka baik, anak dia takmo makan lauk, anak dia takmo minum air manis...tapi sebagai mak, itu tanggungjawab dia untuk suap anak dia makan. Dan sebolehnya pastikan anak tu kenyang baru la kita makan. Saya tak nampak pun si emak tanya kat anak dia nak lauk ikan tu ke, atau lauk dalam pinggan dia, atau dia cuba nak suap anak tapi anak geleng ke. Tak ada situasi tu. Mungkin dah biasa agaknya, budak tu tak kisah, tak mintak pun nak lauk. Dia suap nasi 2-3 suap lepas tu main. Kata kawan saya "Percayalah, zaman sekarang memang ada mak ayah yang macam tu".

1 comments:

suri solehah said...

emm..kita pulak yg tersentuh walaupun sekadar baca,,,kesian dengan anak tu kan,,setengah orang,,sebelum ibu makan,,,pastikan anak dah kenyang,,huhu...