Salam maulidur Rasul buat semua muslimin muslimat...mari kita sama-sama perkuatkan rasa cinta kita kepada baginda SAW. Dalam pada itu, teruskan memperkenalkan Rasul tercinta kepada anak-anak kecil kita dan semoga kecintaan terhadap Rasul pembawa rahmat ke seluruh alam ini akan berpanjangan, dan mudah-mudahan kita mendapat syafaat baginda.
Beberapa cara dan perkara simple dalam memperkenalkan Rasulullah SAW kepada anak-anak kecil
1- Alunan selawat
Kanak-kanak biasanya suka kepada lagu dan irama, jadi apa kata kita sendiri selalu berselawat dengan rentak selawat pilihan kita, sebaiknya yang liriknya mudah diikuti oleh anak-anak. Saya dan Sofiy memilih rakan selawat nyanyian Raihan, tapi ambik lirik yang mudah-mudah je, ulang yang tu je contoh:
Sollallahu 'ala Muhammad
Sollallahu 'alaihi wasallam
Yan Nabi salam 'alaika
Ya Rasul salam 'alaika
Ya Habib salam 'alaika
Solawatullahu 'alaika
Seronok dengar anak-anak kita menyebut kalimah-kalimah suci, zikir dna selawat ni . Rasa sejuk perut mengandungkan anak-anak ni.
2- Kenalkan tulisan nama Nabi Muhammad dalam Arab. Saya ajar Sofiy kenal dan tulis Allah dalam arab, sebab senang sikit, untuk kalimah Muhammad bagi dia kenal je dulu. Jadi bila dia nampak tulisan yang sama pada frame gambar ke. atau dalam buku ke, dia tau itu kalimah Muhammad.
3- Perkenalkan bahawa Muhammad SAW itu adalah Rasulullah. Mungkin boleh guna perkataan mudah macam " Siapa Tuhan kita? Allah" Siapa Nabi kita? Muhammad SAW"
4-Perdengarkan nasyid-nasyid tentang kenabian seperti lagu Rasulullah dan lain-lain
5- Sekarang ada rancangan Rasul Yang Kata di TV9, boleh buka siaran tu walaupun perihal hadis ni nak-anak tak faham, tapi sekurang-kurangnya kita dedahkan sejak kecil.
6- Kakak saya cadangkan setiap hari bacakan sepotong hadis kepada anak-anak siap dengan maknanya, jadikan amalan walaupun anak-anak mungkin belum faham. Sekurang-kurangnya rutin itu menambah ilmu pada kita.
0 comments:
Post a Comment