Assalamualaikum, salam petang Jumaat.
Mungkin tidak pernah terlintas di fikiran kita, bahawa ada isteri yang tidak bebas membuat pilihan walau sekadar untuk membeli vitamin untuk dirinya sendiri. Entri kali ni sekadar bersembang dan berkongsi kepelbagaian darjah kebebasan yang dimiliki oleh kaum isteri dan ibu. Tentu saja kita memiliki paling kurang sedikit nikmat kebebasan, contohnya bagi anda yang sedang baca entri ni tentu saja ada kebebasan melayari internet, ye tak.
Saya terfikir untuk tulis entri ni selepas mendengar luahan rasa seorang kenalan rapat, yang juga seorang isteri dan ibu anak empat. Bila kami bersembang panjang..terus saya rasa insaf, dan rasa bersyukur dengan keadaan saya sekarang. Semenjak dua menjak ni, kerjaya suami saya tidak memungkinkan beliau punya banyak masa untuk handle hal rumahtangga kami, maka banyak yang beralih ke bahu saya. Jadi, kadang-kadang saya rasa sedikit terbeban, tak tercekau dek tangan dan rasa otak pun letih memikirkan A-Z hal rumahtangga, dan semestinya hal study yang belum habis dan sudah masuk zon kritikal. Memang selama ni pun saya bersyukur, sebab walaupun suami sentiasa sibuk, dia masih bersama kami pada waktu malam. Walaupun dia sibuk kami tak berjauhan, anak saya masih lagi dapat peluk cium ayahnya setiap hari, emaknya juga.hehehe. Walaupun suami sibuk, dia masih makan di rumah. Walaupun suami sibuk, dia masih sempat berjemaah di surau. Tapi sekali ni bila saya tau bagaimana berbezanya saya dan kenalan saya itu, maka saya patut lebih bersyukur.
Menjangkau usia 40-an, Kak S ini adalah seorang surirumahtangga sepenuh masa. Dulunya dia pernah melanjutkan pelajaran hingga ke UK, tapi bila berkahwin diminta tidak bekerja oleh suaminya. Dulunya dia ke hulu ke hilir dengan motosikal (tak mampu berkereta masa tu) menunjukkan dia seorang yang lasak dan berani, tapi sejak berkahwin tak lagi dibenarkan menunggang. Dah anak tiga barulah terpaksa bawa motor semula sebab keadaan dah memaksa, suami kena kerja jarak jauh masa tu. Mula-mula bawak motor semula, dia kata dia menggigil.
Tadi kami bercerita tentang keperluan-keperluan isteri. Kadang-kadang kita orang perempuan ni perlukan sesuatu benda yang hanya orang perempuan je faham kepentingannya, sedangkan orang lelaki memandang remeh benda tu. Contohnya supplement, vitamin. Kita isteri-isteri dan ibu-ibu ni dapat rasa kecergasan badan kita merosot, kesihatan dah semakin lemah, jadi kita rasa makanan tambahan tu satu keperluan...dengan harapan kita dapat maintain atau upgrade performance kita dalam rumahtangga. Tetapi bukan semua suami memahami. Bagi yang bekerjaya mungkin tak ada masalah, kesampingkan sikit duit gaji untuk wishlist kita tu. Tapi bagi surirumah yang takde pendapatan tetap, atau duit simpanan tidak mencukupi...macam mana ye. Kes Kak S, dia ada duit tapi dalam bank. Dia nakkan set kurus dari Shaklee, tapi dia tak dapat beli sebab tak boleh buat pembayaran sebab susah nak ke bank, ada baby umur 4 bulan. Dia tak boleh memandu, dan kereta pun memang ada sebuah je suami yang bawa. Kata saya, gunalah online banking. Tak ada, katanya. Nak buat apa-apa, nak beli apa-apa, semuanya kena ada kelulusan suami. Jadi kalau suami dia rasa benda tu tak penting, maka tak dapatlah. Kalau dekat memang saya hantar ke rumah...tapi jauh. Kesian dia. Akhirnya kami dapat satu jalan, kami guna orang tengah yang boleh sampaikan bayaran tu pada saya. Tak kisahla walaupun lambat. Tapiiii...macam mana pulak kalau suami dia tanya bila set supplement tu dah sampai kat rumah? Oh...penat saya fikir.
Mungkin kita tak terfikir ada orang yang lebih tension, lebih stres daripada kita dalam masalah rumahtangga ni kan. Kadang-kadang kita rasa komunikasi kita dengan suami tak berapa baik, rupanya ada orang yang langsung tak boleh berkomunikasi pun. Sesekali kita rasa sunyi, suami tak faham kita, sedangkan ada orang yang sejak kahwin berasa sunyi walaupun anak dah ramai. Maka bersyukurlah dengan segala nikmat yang kita ada, mungkin nikmat bekerja, nikmat mempunyai pendapatan sendiri, nikmat memilih dan membuat keputusan sendiri...dan bagi yang senasib dengan Kak S, anda juga harus bersyukur...dengan nikmat mengendalikan rumahtangga sendiri, membesarkan anak dengan tangan sendiri tak perlu hantar pada pengasuh, nikmat tidak membazir (orang perempuan kan suka rambang mata bila ada duit di tangan), nikmat untuk tidak perlu fikir politik tempat kerja dan banyak lagi pro dan kontranya.
Bagi anda yang memerlukan makanan tambahan atau supplement dalam bentuk vitamin tetapi mempunyai kekangan kewangan, kami di Euphoria ada menyediakan trial pack (TP) iaitu set percubaan untuk tempoh sebulan. Saya dulu pun mula-mula ambil set TP saja dulu memandangkan saya perlukan 2-3 jenis vitamin sekaligus tetapi tak mampu nak beli yang full pack. Sekiranya berminat, boleh emel saya di maizuraosman@yahoo.com atau sms 0123302067.
0 comments:
Post a Comment