Bila dah gemuk memang susah nak kurus semula ke?

Oh, persoalan ni berlegar-legar di kepala saya sejak sekian lama. Hari ni nampaknya tak tertahan, nak diluahkan juga di sini. Ye, saya mengalami masalah lebih berat badan. Masa sekolah menengah, badan saya memang berisi, pipi tembam, agaknya penangan nasi kawah asrama. Tapi masa tu saya tak ambil kisah pun. Janji hidupku...

Bulan 6 nanti, bak kata Kak Fid , adalah musim mengawan,hehe. musim nikah kawin, kenduri kendara. Abang saya pun nak kahwinkan anak perempuan sulungnya. Jadi saya sebagai mak sedara bongsu ni nak jugalah bawak buah tangan untuk mempelai. Bila fikir bab hadiah ni, pening pulak kepala fikir nak bagi apa. Bajet tak besar, kalau bajet besar saya bagi je voucher bulan madu, tentu tersengih si pengantin. Setelah difikir-fikir saya rasa senarai di bawah ni bolehlah dipertimbangkan. Rasanya ok tak ye? Sekali lagi, bajet tak besar, sebab saya takde pendapatan. hee.

1. Cutlery set
    Saya rasa ni penting, dan mudah nak bawak. Saya taknak bagi barangan kaca, berat dan susah nak gendong masuk dewan nanti.

2. Buku resepi
    Biasanya pengantin terima banyak perkakas dapurkan. Tapi pengantin mudakan, baru habis belajar pulak tu, taktaulah skil memasak di tahap mana. Nanti barang dapur je banyak tapi tak diguna, apa nak dijamu suami dan mak mertua, betul tak? Saya rasa TTM mesti sokong hadiah ni..hihi..ataupun print je koleksi Dapur Malustica..boleh dapat keizinan tak?

3. CD, kaset atau buku-buku tentang rumanhtangga. Ala, PTS Publication banyak keluarkan buku-buku macam ni. Contohnya buku 'Aku Terima Nikahnya'.

4. Set barangan Tupperware
    Tapi taktau yang mana yang sesuai untuk kegunaan orang baru berumahtangga. Kalau untuk orang ada baby tau la. Amboi, mentang-mentanglah awak ada anak kecik kan.

5. Album gambar / bingkai gambar
   Saya suka album yang cantik-cantik tapi yang cantik tu kalau kurang dari RM 100 tak dapat. Mode:garu kepala.

6. Lesung batu
    Ada cadangan ni, tapi saya rasa tak praktikal nak angkut ke majlis kenduri.

7. Tuala
    Tuala yang ada tulis Selamat Pengantin Baru tu ok?Macam skema je.

Ada cadangan lain?

Nursing Strike, Sofiy dan Umi

Hampir 13 bulan menyusukan Sofiy, secara umumnya saya dapat menyusukan Sofiy tanpa cabaran getir. Pada 6 bulan pertama terutamanya masa mula-mula masuk belajar lepas cuti berpantang, susu agak kurang meriah tapi masih mencukupi walaupun kadang-kadang kena mengepam sebelah malam(Saya mengepam sebelah malam bila ada masalah...

KNV, tajuk di atas adalah jawapan kepada soalan akak...huhu.

Alkisahnya pagi semalam saya dah pun bersiap-sedia, pukul 9.30 saya masuk pejabat. Saya nampak penilai / pembaca saya ada kat situ..tengah borak-borak dengan staf yang incharge bahagian siswazah. Saya fikir, awalnya dr. ni datang. Jadualnya viva saya pukul 10. Waktu tu sedang berlangsung sesi viva kawan saya. Bila saya pandang dia, dia pandang saya balik macam takde apa-apa pun. Saya hairan juga, takde pulak pandangan "kita jumpa sebentar lagi" di mata dia. Tapi saya buat taktau sajalah, gemuruh pun dah mula datang. Tak lama, staf tu datang dan suruh saya tunggu depan bilik mesyuarat sebab kawan saya dah nak habis dah viva.

Masa tunggu tu, pintu bilik tu renggang sikit. Saya dapat dengarlah sesi soal jawab kat dalam. Kawan saya tu dinilai oleh penyelia saya. Tapi bila saya dengar kawan saya tu teruk kena hentam dengan penyelia saya ni, dan dan tu jugak nervous saya jadi dua kali ganda. Bukan takutkan penilai, jadi takut dengan penyelia sendiri pulak. Apa punya perasaan daa...Padahal dah tentu penyelia akan berpihak pada kita,kan. Teruk betul perasaan tu..walaupun saya tau penyelia saya kalau komen memang macam tu..selama ni dah masak dah dengan komen-komen dia.

Nervous punya pasal, saya pergi minum dulu. Balik tu, saya dengar penyelia saya tu tengah cakap di telefon, dengan siapa saya tak pasti, tapi dia bagitau dia ada di pejabat sekarang. Tak lama kawan saya dan sidang viva dia pun semua keluar. Saya dah makin nervous..tau sebab apa saya nervous? Sebab baru saya perasan yang saya dah lamaaaa tak buat pembentangan. Akhir sekali saya membentang di depan kelas masa saya dah sarat mengandungkan Sofiy dulu. Sekarang Sofiy dah setahun tau. Haa...rupanya dah setahun lebih saya tak bercakap di depan khalayak. Mesti gagap-gagap nanti.

Kemudian penyelia saya datang, dan cakap macam ni " Saya rasa Dr. X tak baca lagi tesis awak." Saya jadi pelik pulak dengar. Saya balas " Tadi saya nampak dia." " Ha, ye la saya sembang dengan dia tadi, bunyi-bunyinya macam dia tak baca lagi. Macam dia taktau pun.". Aik, apa yang berlaku ni? Kemudian Dr. X tu masuk. "I tak tau menau apa-apa pun? Tesisnya mana, tak sampai ke tangan I pun?" Saya taktaulah muka saya macam mana masa tu. Muka orang terkejut campur terpinga-pinga.

 Staf tadi datang, ketua program pun datang. Staf tu beria-ia cakap dia dah hantar by hand tesis tu, tapi by hand dia pun bukanlah direct, dia suruh staf seorang lagi. Ketua program marah dia, sebab sepatutnya bila penilai dah bagi gred selepas baca tesis, baru boleh dipanggil viva. Skearang ni sah-sah lah gred tu belum ada tapi dia dah atur tarikh viva. Penyelia saya pun marah dia juga, sebab staf ni asyik kata dia hantar by hand, padahal bukan dia hantar sendiri. Kata penyelia "Mujurlah budak ni duduk dekat-dekat sini je, kalau kata dia datang dari Sabah semata-mata untuk viva ni, macam mana?" hoho. Marah sungguh penyelia saya. Semua org cakap "Kesian kat dia." Ketua program datang kat saya, dan mintak maaf bagi pihak jabatan. Viva terpaksa ditangguh ke satu tarikh yang lain. Walaupun Dr. X kata boleh je kalau nak teruskan, tapi penyelia dan ketua program tak setuju, penilai mesti baca dulu tesis tu. Kemusykilannya, tesis tu di mana sekarang ni?

Bila dah reda semua, barulah seorang lagi staf bukak mulut. " Akak malas nak masuk campur tadi. Akaklah yang hantar sendiri ke tangan Dr. X tesis tu, dalam anvelope siap surat, borang dan cop semua sekali". Mendengar tu, apalagi melompatlah staf yang kena marah tadi tu. Yelah, dia dah kena marah kaw kaw kan. Diheretnya tangan akak tu pergi bilik Dr. X. Saya cuma senyum je. Lega sebenarnya, sebab saya betul-betul nervous dan rasa tak bersedia tadi. Tengahari tu saya dapat tau memang tesis tu ada atas meja Dr. X, cuma mungkin sebab dalam envelope, dia terlepas pandang.

Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Hebatnya percaturan yang Allah buat. Tentu ada hikmahnya. Saya harap saya dapat perbaiki kemahiran saya menyampaikan pembentangan nanti.

Nota: Sofiy dah tak demam, tapi ulcer di tekak belum sembuh. Sian anak umi.
HARI INI, 19 MEI 2010, SAYA PENAT...TERKEJUT CAMPUR LEGA..NGANTUK. TAK SEMPAT NAK CORET HARI NI, TAPI NAK JUGAK POST ENTRY PADA TARIKH NI.
 Esok saya kena viva tesis, pukul 10 pagi. Semalam Sofiy demam, muntah-muntah maka umi kena ambik dia kat rumah bs. Hari ni seharian di hospital appointment Sofiy. Oh, saya letih. Moga-moga Allah permudahkan pembentangan saya esok, amin.

Sekian dulu, tengah pam susu ni. Sofiy kena ulser di tekak, takmo menyusu direct. adoila.
Saya baru buka akaun facebook semalam. (Sebelum ni saja taknak bukak sebab nak tumpu pada tesis la konon) Jadi hari ni saya merayau-rayau la mencari kenalan lama. Terjumpalah berita seorang junior sekolah dulu yang telah meninggal dunia beberapa bulan yang lepas. Arwah ada akaun fb, dan saya boleh masuk dan tengok semua gambar-gambar dan post beliau.

Terfikir sejenak saya, apa jadi dengan akaun-akaun internet saya macam emel, blog, friendster, fb dll bila saya meninggal dunia nanti? Mungkin bagi kes junior saya ni, keluarga atau kawan rapatnya tak tahu password, jadi terpaksalah dibiarkan saja fb tu begitu. Macam saya ni, emak saya dah tentu tak tahu menahu, suami saya pun tak ambik port tentang kehidupan alam maya ni. Jadi saya rasa ada baiknya kita bagi password pada orang yang kita percayai..kalau berlaku masa kecederaan, taklah terkontang-kanting. Buat pulak kalau ada isi blog ke ape ke yang kurang enak dibaca (mengata dan mengutuk misalnya). Takpun buatlah surat wasiat siap-siap, kerana ajal itu tidak mengenal usia. Peringatan untuk diri saya ni jangan nak "panas-panas" selalu.hee.

Waffle Blueberry coklat satu!

Tapi saya sedang makan waffle rasa apa entah. Adik yang selalu jual waffle kat wisma bawah ni bercuti, tapi gerainya bukak, orang lain jaga. Saya pun pergilah order, petang-petang ni rasa nak makan pulak. Saya suka waffle coklat campur blueberry. Saya pun order, adik tu kata ok dan angguk. Saya pun pergi kedai runcit...

Saya menulis ni dengan hati yang membara.

Saya tak suka didesak. Apatah lagi kalau yang mendesak tu adalah orang yang tak berhak pun mendesak. Walaupun saya boleh berfikiran positif, mungkin orang tu sibuk mendesak sebagai peringatan pada saya, tapi saya tak suka! Dah saya tak suka nak buat macam mana,kan. Tugas saya, kerja saya, taulah saya selesaikan. Saya nak mula lambat ke, cepat ke, ikut suka sayalah. Kenapa orang lain nak sibuk-sibuk? Kalau sesekali ingatkan ok la, saya tak kisah pun. Tapi kalau tiap-tiap hari, dalam sehari berkali-kali pulak tanya itu je, muak la! Macamlah awak tu bagus sangat. Bos pun tak bising, dia pulak sibuk. Menyibuk! Kalau saya bengang saya tak akan buat langsung tahu?
Tahniah buat pasukan badminton negara atas kemenangan semalam. Walaupun ada yang kecundang walaupun telah mengheret lawan ke set yang ketiga, tapi tak apa...janji kita melangkah ke separuh akhir. Buat Fairuz, semoga dapat belajar atas kesilapan, semangat kesukanan perlu tinggi untuk berjaya.

Saya cuma dapat tengok 2 perlawanan je semalam, itupun tak dapat tengok penuh. Maklum sajalah tuntutan 'kerja rumah'. Tapi saya ikuti jugaklah. Semoga dapat ikat Piala Thomas tu di sini, jgn bagi orang lain bawak balik k. Fighting!
Saya nak berkongsi sikit ilmu yang saya dapat, tadi tergerak nak dengar kuliah online di http://www.albarakah.com/ yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Kazim Elias masa mengaji kitab Bahrul Mazi.

Saya ringkaskan je lah ye intipatinya:

QUNUT

Qunut dalam solat ini telahpun diamalkan oleh Rasulullah sendiri, berdasarkan Hadith hasan lagi sahih yang diriwayatkan oleh Al-Barra' bin 'Azid. Rasulullah melakukan qunut pada solat Subuh dan Maghrib.

Imam 4 mazhab, cuma Imam Shafie dan Maliki sahaja yang berpegang pada bacaan qunut ini, manakala Imam Hambali dan Hanafi tak mengamalkan qunut ini melainkan berlakunya bala. Sebab itulah di Mekah tak ada qunut, sebab di sana mereka berpegang pada mazhab Hambali.

Hambali dan Hanafi- apabila berlakunya bala seperti kemarau, gempa bumi, musuh dan sebagainya.
Shafie dan Maliki- sunat membaca qunut di dalam solat Subuh setiap hari, selama-lamanya sehingga kiamat.
                            - sunat membaca qunut di dalam solat fardhu yang lain termasuk solat Jumaat sekiranya berlaku bala seperti musuh, kemarau, hujan tanpa henti, H1N1, kemalangan, sakit, gangguan jin dan syaitan dan sebagainya.

Apabila melalukan qunut, tidak perlu diraupkan tangan ke muka apabila selesai qunut. Perbuatan meraup ke muka tidak termasuk dalam sunat qunut, maka jika dilakukan, tidak diperolehi pahala sunat tersebut.

Nota: Membaca qunut setiap pagi ini sememangnya tidak bermula pada zaman Rasulullah, sebaliknya bermula pada zaman khalifah, iaitu Saidina Umar Al-Khattab. Walaubagaimanapun Imam Shafie telah memberi satu dalil 'hendaklah ikut sunnah-sunnah sahabat Nabi dengn gigi geraham (berpegang dgn kuat). Maka tidaklah salah kita mengamalkan bacaan qunut dan ia bukan bidaah.

BERSIN

Hukum menjawab bersin di dalam solat.

Berlaku satu kejadian, diriwayatkan oleh Rifa'ah bin Rabi' bin Afrad. Beliau telah solat di belakang Nabi, lalu terbersin dan beliau berkata ALHAMDULILLAHI HAMDAN KATHIRAN TOYYIBAN MUBARAKAN FIIHI KAMA YUHIBBU RABBUNA WA YARDHO.

Maka selesai solat Rasulullah pun bertanya, siapakah yang bercakap di dalam solat? Tiada siapa yang menjawab. Rasulullah bertanya lagi, tiada lagi jawapan, kerana masing-masing takut. Rasulullah bertanya lagi buat kali ketiga, dan Rifa'ah menjawab, 'Saya yang bercakap, ya Rasulullah'. Rasullah bertanya apa yang beliau cakapkan, lalu Rifa'ah membaca apa yang diucapkan, lalu Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya demi Tuhan yang diriku di bawah kudrat Tuhan, telah berlumba-lumba akan ucapan bersin tadi lebih 30 malaikat, berebut hendak membawa malaikat itu untuk disampaikan kepada Allah S.W.T.

Melalui hadith ini, maka menjawab bersin di dalam solat itu adalah dibenarkan, berdasarkan pendapat-pendapat di bawah:

Sesetengah ulama: solat sunat - boleh jawab di mulut
                              solat fardhu - boleh jawab tetapi di dalam hati

Shafie: boleh jawab tetapi suara tidak dinyaringkan.

Ibnu Umar: boleh jawab dengan suara yang kuat, tetapi Imam Nawawi kata pendapat pertama itu ebih jelas.

Kesimpulan: Imam Shafie -solat fardhu: jawab dalam hati
                                           solat sunat : jawab dengan suara perlahan dan niat sebagai zikir.

Ibu bapa idola anak-anak

Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapka SELAMAT HARI IBU, terutama buat bonda tercinta Halimah Husin, semoga mak sihat-sihat sentiasa. Tunggu hadiah yang mai order dari Bandung sampai ye mak.hehe. Seterusnya ucapan hari ibu ini ditujukan buat semuaaaaa ibu-ibu di dunia ini. Sabar dan bergembiralah dalam membesar...

Hadiah buat orang yang dah hantar tesis

Alah..hantar untuk pemeriksaan je pun, belum viva lagi. Apepun sebuku, eh rasanya sebuku tak sesuai..setimbun beban dah rasa jatuh dari kepala, bahu dan tangan ni. Saya berjaya jugak hantar draf untuk pemeriksaan. Tapi saya rasa agak ralat sebab saya tak hantar pada En. S, yang selama ni kerapkali bertanya tentang tesis...

Sudah tiga hari berturut-turut saya tak cukup tidur, kalau tidur pun tak berkualiti langsung. Apalagi kalau bukan penangan tesis itu. Saya cuma tinggal nak edit dan make up kali terakhir sebelum hantar untuk pemeriksaan, tapi Allah saja yang tau betapa penat, sakit dan tertekannya saya. Leceh sungguh.

Belakang saya dah rasa macam nak patah, mata saya dah semakin kabur rasanya..macam bertahi mata je. Tangan pun dah rasa kebas, bahu, leher semuanya sakit.Dapat tidur 2 jam pagi tadi, saya tuam dengan beg panas a.k.a tungku moden, legalah sikit. Malam tadi saya ingat nak siapkan pindah ke pdf terus supaya senang bila print nanti rajah tak lari-lari, tapi saya surrender juga akhirnya, sebab dah rasa macam nak pitam, nak muntah semua ada. Ada lagi dua perkara belum selesai, senarai tablo dan isi kandungan. Hmm..saya pelik juga kenapa bila saat-saat macam ni, microsoft word pun buat perangai.Macam-macam masalah. Jadual jadi bertindih la, muka surat taknak keluar la, file jadi read only la..macam-macam. Memang menguji kesabaran.

Oklah, nak sarapan dan siapkan yang sikit lagi tu, kemudian nak pergi print dan fotokopi sebanyak 3 salinan, hantar pada pegawai bertugas dan SAYA NAK BALIK RUMAH! TIDO! Tapi...pukul berapa agaknya selesai segala urusan ni ye?

Bicara umi: Kesian anak umi dah beberapa malam tidurnya umi tak temankan.Cuma nenenkan saja.huhu. Takpe, hujung minggu ni kita main gomol-gomol, kejar-kejar ye sayang....