Nursing Strike, Sofiy dan Umi

Hampir 13 bulan menyusukan Sofiy, secara umumnya saya dapat menyusukan Sofiy tanpa cabaran getir. Pada 6 bulan pertama terutamanya masa mula-mula masuk belajar lepas cuti berpantang, susu agak kurang meriah tapi masih mencukupi walaupun kadang-kadang kena mengepam sebelah malam(Saya mengepam sebelah malam bila ada masalah produksi susu je, biasanya malam saya tak pam. Saya sangat kagum dengan ibu-ibu yang maintain mengepam sebelah malam). Jumlah susu saya meningkat dari sehari ke sehari, dan alhamdulillah boleh teruskan penyusuan sampai hari ini.

Masalah yang saya hadapi sepanjang menyusukan Sofiy ni adalah nursing strike. Sofiy kalau demam, mesti tekaknya ada ulser. Bila dah sakit tekak tu, dia taknak menyusu baik secara langsung ataupun melalui botol. Doktor kata bila sakit tekak, dia tak boleh menghisap, sakit. Mujurlah masa dia mula-mula kena dulu, dia dah makan. Jadi taklah bergantung pada susu semata-mata. Pertama kali anak reject menyusu badan, saya rasa sedih semacam. Masa tu rasa sensitif sangat, rasa macam anak dah tak suka kita lah, rasa separuh diri tu hilang. Apatah lagi bila tengok Sofiy yang meragam, mengamuk sebab dia nak menyusu, tapi tak boleh. Kesian sangat.

Masa tu saya ingat lagi, saya akan cuba pujuk dia minum susu dengan sudu ataupun feeding cup tu setiap masa, sepanjang hari. Saya takut sangat dia dehidrated. Tengah-tengah malam dia merengek nak susu, masa tu baru saya tau betapa malasnya nak bangun panaskan susu dan kemudian nak suap pulak. Betapa senangnya kalau anak dapat menyusu langsung dari badan (Saya puji semangat dan kesabaran ibu-ibu yang fully pumping).

Syukur, Sofiy dijaga oleh pengasuh yang sabar dan ikhlas menjaga anak-anak. Mereka tak pernah mengeluh tiap-tiap kali kena bagi Sofiy minum susu guna cawan, sudu ataupun syringe. Malah macam baru ni, pengasuh lagi pandai pujuk Sofiy makan berbanding Umi dia. Baru- baru ni Sofiy demam lagi, muntah-muntah. Bila dia menyusu, dia akan buat muka macam nak muntah. Rupanya sakit tekak tu yang buat dia rasa nak muntah. Bila jumpa doktor, doktor check tengok banyaknya ulser dia. Doktor suruh saya tengok, saya rasa dekat 10 biji ulser tu putih-putih kat tekak dia. Huhu..memanglah sakit. Saya yang tengok nipun dah rasa sakit. Tak peliklah kalau dia macam fobia dengan makanan atau minuman. Nampak cawan atau mangkuk je dah meraung-raung. Lama jugak fobia dia nak menyusu tu nak hilang. Walaupun dah boleh makan nasi, tapi tiap-tiap kali nak nenen, kena perang dulu. Dia memang takkan mintak. Kalau offer je, dia akan pusingkan badan dan nangis. Jenuhlah paksa, letak betul-betul dalam mulut dia baru dia hisap. Sebenarnya dia nak menyusu, tapi dia takut kot sakit. Semalam baru nampak dia ok, tak takut dah. Laju je nganga bila offer. Agaknya baru dia yakin yang menyusu tu tak menyakitkan.

Saya harap Sofiy tak lah kena lagi ulser tu. Cuaca panas sekarang nikan, patutnya mandikan dia tiga kali sehari. Tapi kadang-kadang pagi tak sempat nak mandikan sebab dekat pukul 7 baru dia bangun. Kesian pun ade jugak, sejuk mandi pagi-pagi macam nak pergi sekolah pulak. Minum air masak, Sofiy ni ikut mood. Kadang-kadang sua pun taknak. Kadang-kadang banyak betul dia minum.


Ni budak yang demam baru ni



Boleh dapatkan info tentang nursing strike di bawah:




2 comments:

Rizza said...

salam mama sofiy..

semoga sofiy cepat sembuh..
saya pernah alami sendiri sakit ulser kat tekak yg byk bintik2 putih tu... masuk hospital.. memang nak makan susuah sedangkan nak telan air liur pun perit apa lagi minum....
ni kan pula anak kecil.. lagi sakit dan kesian kat dia...

apa2 pun sabar dan kerap kan belai2 dia sambil ajak minum susu...

take care!!

Min Aina Ila Aina said...

Kak Rizza,

Terima kasih atas doanya. Amin.