Waffle Blueberry coklat satu!

Tapi saya sedang makan waffle rasa apa entah. Adik yang selalu jual waffle kat wisma bawah ni bercuti, tapi gerainya bukak, orang lain jaga. Saya pun pergilah order, petang-petang ni rasa nak makan pulak. Saya suka waffle coklat campur blueberry. Saya pun order, adik tu kata ok dan angguk. Saya pun pergi kedai runcit sebelah tu. Bila saya pergi semula kat gerai tu, tengok waffle masih dalam acuan dia. Saya pun tunggu. Ada 5 minit saya melangut depan tu baru la dia tanya.

Akak ye yang order blueberry chocolate tadi? Coklat dah habislah kak.

Masa tu saya dah rasa panas dah muka ni. Kalau dah habis, kenapa tadi tak cakap masa saya order, kan.

Tadi kenapa tak cakap?

Dia diam je. Saya tengok-tengok bekas-bekas tu, ada peanut, ada macam butter. Saya pun tanya la..

Yang tu apa? (tunjuk pada bekas butter/ planta)

Adik tu boleh gelak-gelak...

Ni planta la kak.

Amboi? bukan aku yang meniaga sini, mana aku tau tu benda apa,kan. Tengok peanut pun dah habis. Ada blueberry, strawberry dan planta tu je. Saya pun bebel lagi la.

Peanut pun habis. Tadi awak tak cakap masa saya order. Bubuhlah semua sekali. (Boleh je saya nak cancel order tu, tapi kesian pulak tepungnya dah masak).

Saya dah bengang, dan malas dah nak pandang muka adik tu. Lepas bayar saya terus naik ofis. Tengok-tengok rupa waffle tu memang la menyakitkan hati. Lain sangat-sangat dengan yang tauke gerai tu biasa masak. Pucat lesi. Dahla dia letak blueberry saja, sikit pulak tu. Kalau tauke dulu, dia letak sampai meleleh-leleh. Nak tengok?



dah makan sikit tu.

Cuba tengok yang saya google ni..lainkan?


3 comments:

TopsyTurvyMum said...

Baik betul u..marah2 pun beli jugak...

wahhh...feveret i ni waffle blueberry + peanut butter:) tapi sini takde yg jual2 camni..nak makan kena buat sendirik:(

have a nice weekend!

Min Aina Ila Aina said...

Hehe..itulah..beli, beli juga tapi dalam hati cakap kenapalah aku beli?

setakat waffle TTM tak payah beli, tutup mata je buat, kan?

knv said...

oh waffle memang best! kat sini ada yang jual siap2 dah. tinggal nak toast aje. anak2 akak suka strawberry ngan peanut butter. memang best!