Qunut dan bersin dalam solat

Saya nak berkongsi sikit ilmu yang saya dapat, tadi tergerak nak dengar kuliah online di http://www.albarakah.com/ yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Kazim Elias masa mengaji kitab Bahrul Mazi.

Saya ringkaskan je lah ye intipatinya:

QUNUT

Qunut dalam solat ini telahpun diamalkan oleh Rasulullah sendiri, berdasarkan Hadith hasan lagi sahih yang diriwayatkan oleh Al-Barra' bin 'Azid. Rasulullah melakukan qunut pada solat Subuh dan Maghrib.

Imam 4 mazhab, cuma Imam Shafie dan Maliki sahaja yang berpegang pada bacaan qunut ini, manakala Imam Hambali dan Hanafi tak mengamalkan qunut ini melainkan berlakunya bala. Sebab itulah di Mekah tak ada qunut, sebab di sana mereka berpegang pada mazhab Hambali.

Hambali dan Hanafi- apabila berlakunya bala seperti kemarau, gempa bumi, musuh dan sebagainya.
Shafie dan Maliki- sunat membaca qunut di dalam solat Subuh setiap hari, selama-lamanya sehingga kiamat.
                            - sunat membaca qunut di dalam solat fardhu yang lain termasuk solat Jumaat sekiranya berlaku bala seperti musuh, kemarau, hujan tanpa henti, H1N1, kemalangan, sakit, gangguan jin dan syaitan dan sebagainya.

Apabila melalukan qunut, tidak perlu diraupkan tangan ke muka apabila selesai qunut. Perbuatan meraup ke muka tidak termasuk dalam sunat qunut, maka jika dilakukan, tidak diperolehi pahala sunat tersebut.

Nota: Membaca qunut setiap pagi ini sememangnya tidak bermula pada zaman Rasulullah, sebaliknya bermula pada zaman khalifah, iaitu Saidina Umar Al-Khattab. Walaubagaimanapun Imam Shafie telah memberi satu dalil 'hendaklah ikut sunnah-sunnah sahabat Nabi dengn gigi geraham (berpegang dgn kuat). Maka tidaklah salah kita mengamalkan bacaan qunut dan ia bukan bidaah.

BERSIN

Hukum menjawab bersin di dalam solat.

Berlaku satu kejadian, diriwayatkan oleh Rifa'ah bin Rabi' bin Afrad. Beliau telah solat di belakang Nabi, lalu terbersin dan beliau berkata ALHAMDULILLAHI HAMDAN KATHIRAN TOYYIBAN MUBARAKAN FIIHI KAMA YUHIBBU RABBUNA WA YARDHO.

Maka selesai solat Rasulullah pun bertanya, siapakah yang bercakap di dalam solat? Tiada siapa yang menjawab. Rasulullah bertanya lagi, tiada lagi jawapan, kerana masing-masing takut. Rasulullah bertanya lagi buat kali ketiga, dan Rifa'ah menjawab, 'Saya yang bercakap, ya Rasulullah'. Rasullah bertanya apa yang beliau cakapkan, lalu Rifa'ah membaca apa yang diucapkan, lalu Rasulullah bersabda:

Sesungguhnya demi Tuhan yang diriku di bawah kudrat Tuhan, telah berlumba-lumba akan ucapan bersin tadi lebih 30 malaikat, berebut hendak membawa malaikat itu untuk disampaikan kepada Allah S.W.T.

Melalui hadith ini, maka menjawab bersin di dalam solat itu adalah dibenarkan, berdasarkan pendapat-pendapat di bawah:

Sesetengah ulama: solat sunat - boleh jawab di mulut
                              solat fardhu - boleh jawab tetapi di dalam hati

Shafie: boleh jawab tetapi suara tidak dinyaringkan.

Ibnu Umar: boleh jawab dengan suara yang kuat, tetapi Imam Nawawi kata pendapat pertama itu ebih jelas.

Kesimpulan: Imam Shafie -solat fardhu: jawab dalam hati
                                           solat sunat : jawab dengan suara perlahan dan niat sebagai zikir.

0 comments: