Cadangan Hadiah Untuk Bakal Pengantin

Bulan 6 nanti, bak kata Kak Fid , adalah musim mengawan,hehe. musim nikah kawin, kenduri kendara. Abang saya pun nak kahwinkan anak perempuan sulungnya. Jadi saya sebagai mak sedara bongsu ni nak jugalah bawak buah tangan untuk mempelai. Bila fikir bab hadiah ni, pening pulak kepala fikir nak bagi apa. Bajet tak besar, kalau bajet besar saya bagi je voucher bulan madu, tentu tersengih si pengantin. Setelah difikir-fikir saya rasa senarai di bawah ni bolehlah dipertimbangkan. Rasanya ok tak ye? Sekali lagi, bajet tak besar, sebab saya takde pendapatan. hee.

1. Cutlery set
    Saya rasa ni penting, dan mudah nak bawak. Saya taknak bagi barangan kaca, berat dan susah nak gendong masuk dewan nanti.

2. Buku resepi
    Biasanya pengantin terima banyak perkakas dapurkan. Tapi pengantin mudakan, baru habis belajar pulak tu, taktaulah skil memasak di tahap mana. Nanti barang dapur je banyak tapi tak diguna, apa nak dijamu suami dan mak mertua, betul tak? Saya rasa TTM mesti sokong hadiah ni..hihi..ataupun print je koleksi Dapur Malustica..boleh dapat keizinan tak?

3. CD, kaset atau buku-buku tentang rumanhtangga. Ala, PTS Publication banyak keluarkan buku-buku macam ni. Contohnya buku 'Aku Terima Nikahnya'.

4. Set barangan Tupperware
    Tapi taktau yang mana yang sesuai untuk kegunaan orang baru berumahtangga. Kalau untuk orang ada baby tau la. Amboi, mentang-mentanglah awak ada anak kecik kan.

5. Album gambar / bingkai gambar
   Saya suka album yang cantik-cantik tapi yang cantik tu kalau kurang dari RM 100 tak dapat. Mode:garu kepala.

6. Lesung batu
    Ada cadangan ni, tapi saya rasa tak praktikal nak angkut ke majlis kenduri.

7. Tuala
    Tuala yang ada tulis Selamat Pengantin Baru tu ok?Macam skema je.

Ada cadangan lain?

6 comments:

m-i-o said...

hehehe. sy sokong bab beri buku tu, terutamanya pasal persediaan melangkah ke alam perkahwinan. klo nak advance, bagi buku pasal amalan ibu mengandung terus :P

lesung batu tu amat berguna klo diberi! :P especially lesung batu yang besar gabak tu. tp tu la, in terms of nak mengangkutnya tu - wah...mau sakit pinggang!

lagi satu yg sy rasa paling berguna ialah set cadar. sebab masa baru kawen memang malas nak gi beli benda basic camni :P

Min Aina Ila Aina said...

Ha'a..set cadar. Toksah kata yang baru kawin, yg dah lama kawin nipun dok ulang yang beberapa helai tu jugakla.

knv said...

this used to be my template. masa awal2 dulu. nice kan? :D

entah kenapa, akak suka bagi comforter sebagai wedding give. memang besau gedabak la gitu hahahha.. :P

Min Aina Ila Aina said...

Oh, saya sewa rumah yang akak sewa dulu la ye. hihi. Suka template ni, ringkas dan senang. Rasa macam taknak tukar2 dah.hahaha.

Comforter? Musim panas2 ni kak kat Malaysia..kalau pengantin nak tinggal kat Birm boleh kot.hihi.Tapi rumah sekarang dah pasang aircond kan?

Sayang.Ibu said...

setuju ngan cadar.. psl dulu masa ai kawen, xde org pun kasik hadiah cadar... semua kena beli sendirik... hahahahaaa...

zai said...

periuk belanga,cawan dan gelas,sinonim pulak dgn hadiah nak bagi kat pengantin...kalau semua nak bagi benda2 yang sama...last2 hadiah tu bkn pengantin yang pakai...diaorang akan pas kat sedara mara diorang pulak..ye lah asyik cawan,cawan,cawan je...silap2 byk sgt cawan..bunga kat cawan pun tah2 sama jenis dan kaler..tak salah bagi yg lain sikit...bagi le homemade coklat ke...kalau 50 org bagi benda bkn makanan..hah la ni anda sorang je bagi coklat...tak ke klas gitu..:)