KNV, tajuk di atas adalah jawapan kepada soalan akak...huhu.
Alkisahnya pagi semalam saya dah pun bersiap-sedia, pukul 9.30 saya masuk pejabat. Saya nampak penilai / pembaca saya ada kat situ..tengah borak-borak dengan staf yang incharge bahagian siswazah. Saya fikir, awalnya dr. ni datang. Jadualnya viva saya pukul 10. Waktu tu sedang berlangsung sesi viva kawan saya. Bila saya pandang dia, dia pandang saya balik macam takde apa-apa pun. Saya hairan juga, takde pulak pandangan "kita jumpa sebentar lagi" di mata dia. Tapi saya buat taktau sajalah, gemuruh pun dah mula datang. Tak lama, staf tu datang dan suruh saya tunggu depan bilik mesyuarat sebab kawan saya dah nak habis dah viva.
Masa tunggu tu, pintu bilik tu renggang sikit. Saya dapat dengarlah sesi soal jawab kat dalam. Kawan saya tu dinilai oleh penyelia saya. Tapi bila saya dengar kawan saya tu teruk kena hentam dengan penyelia saya ni, dan dan tu jugak nervous saya jadi dua kali ganda. Bukan takutkan penilai, jadi takut dengan penyelia sendiri pulak. Apa punya perasaan daa...Padahal dah tentu penyelia akan berpihak pada kita,kan. Teruk betul perasaan tu..walaupun saya tau penyelia saya kalau komen memang macam tu..selama ni dah masak dah dengan komen-komen dia.
Nervous punya pasal, saya pergi minum dulu. Balik tu, saya dengar penyelia saya tu tengah cakap di telefon, dengan siapa saya tak pasti, tapi dia bagitau dia ada di pejabat sekarang. Tak lama kawan saya dan sidang viva dia pun semua keluar. Saya dah makin nervous..tau sebab apa saya nervous? Sebab baru saya perasan yang saya dah lamaaaa tak buat pembentangan. Akhir sekali saya membentang di depan kelas masa saya dah sarat mengandungkan Sofiy dulu. Sekarang Sofiy dah setahun tau. Haa...rupanya dah setahun lebih saya tak bercakap di depan khalayak. Mesti gagap-gagap nanti.
Kemudian penyelia saya datang, dan cakap macam ni " Saya rasa Dr. X tak baca lagi tesis awak." Saya jadi pelik pulak dengar. Saya balas " Tadi saya nampak dia." " Ha, ye la saya sembang dengan dia tadi, bunyi-bunyinya macam dia tak baca lagi. Macam dia taktau pun.". Aik, apa yang berlaku ni? Kemudian Dr. X tu masuk. "I tak tau menau apa-apa pun? Tesisnya mana, tak sampai ke tangan I pun?" Saya taktaulah muka saya macam mana masa tu. Muka orang terkejut campur terpinga-pinga.
Staf tadi datang, ketua program pun datang. Staf tu beria-ia cakap dia dah hantar by hand tesis tu, tapi by hand dia pun bukanlah direct, dia suruh staf seorang lagi. Ketua program marah dia, sebab sepatutnya bila penilai dah bagi gred selepas baca tesis, baru boleh dipanggil viva. Skearang ni sah-sah lah gred tu belum ada tapi dia dah atur tarikh viva. Penyelia saya pun marah dia juga, sebab staf ni asyik kata dia hantar by hand, padahal bukan dia hantar sendiri. Kata penyelia "Mujurlah budak ni duduk dekat-dekat sini je, kalau kata dia datang dari Sabah semata-mata untuk viva ni, macam mana?" hoho. Marah sungguh penyelia saya. Semua org cakap "Kesian kat dia." Ketua program datang kat saya, dan mintak maaf bagi pihak jabatan. Viva terpaksa ditangguh ke satu tarikh yang lain. Walaupun Dr. X kata boleh je kalau nak teruskan, tapi penyelia dan ketua program tak setuju, penilai mesti baca dulu tesis tu. Kemusykilannya, tesis tu di mana sekarang ni?
Bila dah reda semua, barulah seorang lagi staf bukak mulut. " Akak malas nak masuk campur tadi. Akaklah yang hantar sendiri ke tangan Dr. X tesis tu, dalam anvelope siap surat, borang dan cop semua sekali". Mendengar tu, apalagi melompatlah staf yang kena marah tadi tu. Yelah, dia dah kena marah kaw kaw kan. Diheretnya tangan akak tu pergi bilik Dr. X. Saya cuma senyum je. Lega sebenarnya, sebab saya betul-betul nervous dan rasa tak bersedia tadi. Tengahari tu saya dapat tau memang tesis tu ada atas meja Dr. X, cuma mungkin sebab dalam envelope, dia terlepas pandang.
Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Hebatnya percaturan yang Allah buat. Tentu ada hikmahnya. Saya harap saya dapat perbaiki kemahiran saya menyampaikan pembentangan nanti.
Nota: Sofiy dah tak demam, tapi ulcer di tekak belum sembuh. Sian anak umi.
4 comments:
ush kalo nieza pun risau
manatahu tiba2 terbabit ..
situasi macam ni mmg selalu berlaku,
kita yang tak berkenaan pun tempias sama.
waahhhh... sungguh tak sangka! it's for the best i guess. :D
ooo Allah kasi chance prepare lg sket kot tu. mungkin berkat kesabaran seorg ibu menjaga nakanya masa sakit. almaklum lah, baru2 ni anak demam kan, mungkin tumpuan terjejas. saya sendiri pon br2 ni aisyah demam, mmg keja x siap utk meeting ngan SV, last2 postpone, so ada la masa lebih utk memperkemas maman2 yg patut. lps ni insya Allah presentation lebih mantap lg. saya doakan semuanya selamat n berjaya :)
Nieza, ye..sesuatu yang diluar jangkaan. Tapi alhamdulillah, saya memang tak terlibatla dalam kesilapan teknikal tu.
KNV.betul, tentu Allah nak bagi yang terbaik dengan caraNya. Saya mohon dalam solat segala yang terbaik dalam viva tu, Allah bagi dengan cara yang lain.
Oyis. Betul sangatlah, bila anak sakit ni faham2 je la. Masa untuk prepare betul2 memang takde. Ala kadar je persediaan tu.Memang rasa tak bersedia. InsyaAllah, kena ambik peluang yang Allah bagi ni.
Post a Comment