Bila banyak sangat "to do", "to read" dan "to learn"

Hohoho..menulis tajuk ini saja buat otak saya rasa bersimpang siur. Saya memang lemahla dalam menguruskan masa dan tugasan. Bila dah sambung PhD ni, semuanya rasa nak kena buat sekarang juga juga!

Masa nilah nak keluarkan data daripada teks, masa ni jugalah rasa kena fahamkan teori pilihan, lepas tu..eh, kosa ilmu belum cari lagi ni. Ada pulak kelas kena hadir, kena pulak tulis proposal, nak tulis proposal semua to do, to learn dan to read tu kenalah siap dulu sekurang-kurangnya 70%. Kena bentang pulak 3 minggu dari sekarang. Tiba-tiba penyelia pulak hantar emel suruh baca itu, baca ini, tulis jurnal, dah bagi tarikh untuk bentang dalam seminar. MACAM MANA NI? Saya rasa sesak nafas. Tidur malam saya tak berkualiti sebab saya mimpi saya buat semua to do, to read dan to learn tu. Mana satu yang nak didulukan? Kena pulak penyelia saya memang seorang yang SANGAT rajin, komited dan cekap. Lagilah saya rasa nak menggelupur, expectationnya terhadap saya adalah sangat tinggi.

Saya dah dua bulan bergelar pelajar PhD, (dah 2 bulan ke atau baru 2 bulan lebih sesuai?)
Sepanjang tempoh tu, saya menghadiri dua kelas wajib iaitu Teori Penyelidikan Bahasa dan Penulisan Akademik Linguistik. Saya juga mengumpul (kumpul je ye, bacanya adalah satu dua sahaja yang sempat) kajian literatur. Saya juga pinjam buku yang berkaitan topik kajian saya daripada library sampai berpuluh-puluh buah, tak termasuk request yang pending. Selain tu, saya beli buku yang berkaitan, juga berpuluh angkanya. Saya dah baca teori pilihan sekali lalu, kemudian saya rasa kena berpatah balik kepada asas teori kerana teori pilihan ini adalah gabungan dua teori yang telah mantap. Makanya saya kena baca semula dua teori tersebut dari Alif Ba Ta. Saya baru je kumpul bahan untuk memahami teori, dah baca sikit selebihnya belum lagi. Handbook dah ada dalam tangan tapi masih di rak buku. Lagi apa ye yang saya dah buat dalam tempoh dua bulan ni? Ya..saya dah keluarkan data sedikit, tapi polanya masih belum nampak walaupun penyelia kata dia dah nampak. Saya je la buta lagi, mana daknya dah buta teori,kan?

Ok, ok..apa kes sambung PhD teori pun taktau ni? Alkisahnya saya kini berhijrah. Sejarah pendidikan saya penuh dengan penghijrahan. Saya berhijrah daripada bidang sarjana muda saya masa saya ambil MA. Dan sekarang saya berhijrah daripada disiplin MA saya apabila saya buat PhD. Kenapa? Penghijrahan pertama dulu disebabkan saya rasa saya tidak secemerlang mana dalam bidang itu dan minat saya bukan di situ. Penghijrahan kedua ini pula kerana tuntutan yang pelbagai. Saya mengambil keputusan penuh risiko dengan mempercayai kata-kata penyelia MA saya bahawa saya boleh buat apa saja bidang yang diberi. Wah..bunyinya macam terer kan? Maksudnya disiplin la, bukanlah bermakna saya yang bidang sains sosial ni boleh buat engineering. Melampau la tu..kot saya yang jadi enjin nanti.

Eh, melalut sudah. Sesiapa ada nasihat atau pandangan silalah ajukan ye. Masa saya menulis entri ni pun saya seakan nampak jarum jam bergerak. Adakah ini dirasakan oleh calon-calon PhD yang lain, ataupun saya je yang begini tidak terurus?


2 comments:

DeLancrettLurpak said...

sekarang study kat mana?

Min Aina Ila Aina said...

UKM, Malaysia kak. Phd dalam Linguistik, buat semantik dan pragmatik = Teori Hibrid.