BUASIR: Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

Buasir adalah sangta biasa dan jarang yang berbahaya, tetapi ia perlu dirawat. Serangan buasir selalunya sangat menyakitkan.

Apakah Buasir?
Buasir atau hemoroid berpunca daripada pembesaran 'segugus' vena yang terletak di bahagian atas saluran dubur.

Apakah Gejala Buasir?

  • Buasir kadangkala menyebabkan pendarahan sewaktu membuang najis
  • Keadaan ini boleh dikaitkan dengan ketidakselsaan setempat, dihubungkan dengan pembengkakan, pergerakan ke bawah, dan tersembul keluar daripada dubur yang diselaputi gugusan vena. Keadaan ini dipanggil prolaps hemoroidal.
  • Buasir juga dikaitkan dengan kesakitan, rasa gatal ataupun lelehan.
  • Apabila suatu bengkak yang kebiruan dan sangat menyakitkan muncul dalam salah satu daripada vena yang mengelilingi dubur, ini dihubungkan dengan apa yang dipanggil trombosis hemoroid eksternal. Ini adalah tidak berbahaya dan doktor anda dapat melegakan kesakitan anda dengan mudah melalui rawatan.
  • Dalam setiap kes, apa-apa gejala pun dan khususnya apabila tanda klinikal hadir, hubungi doktor anda; doktor anda akan menentukan rawatan yang paling sesuai untuk anda.
Mengapakah Hal Ini Berlaku?
  • Sebab utama ialah sembelit, walaupun ia berlaku sekali-sekala.
  • Faktor tertentu lain yang diketahui menyebabkan kesakitan mendadak ialah:
  • cirit berpanjangan
  • kehamilan
  • makanan yang menyebabkan rangsangan setempat (makanan berempah, alkohol, kopi atau teh yang berlebihan)
Bagaimana Buasir Dirawat?
  • Rawatan adalah perlu untuk menghindarkan penyakit dari bertambah teruk.
  • Ubat yang sesuai boleh memberikan anda kelegaan sengan segera dan berkesan: dapatkan nasihat daripada doktor anda.
  • Kadangkala, doktor anda akan menggabungkan kaedah lain dengan rawatan menggunakan ubat ini: sklerosis (suntikan pembekun), penyejukbekuan atau koagulasi inframerah (pembekuan) ataupun pembedahan.
  • Rawatan ini harus digabungkan dengan beberapa makanan ringkas dan aturan gaya hidup untuk membantu anda memulihkan fungsi usus dan melawan sembelit.
Beberapa Petua Mudah Untuk Membantu Memulihkan Penyakit Buasir dan Mengurangkan Perulangan:

  • Minum air dengan banyak: sekurang-kurangnya 1.5 hingga 2 liter setiap hari.
  • Elakkan makanan yang boleh menyebabkan rangsangan setempat (makanan berempah, alkohol) atau rangsangan usus (kopi, teh)
  • Amalkan bersenam seperti berjalan-jalan atau berenang
  • Makan makanan seimbang: makanan kaya serat, bijirin, buah dan sayur-sayuran
  • Gunakan tandas pada masa yang tetap, misalnya apabila bangun tidur, selepas minum banyak air.
  • Apabila gejala berterusan (misalnya darah pada najis, ketidakselesaan dubur), berjumpalah dengan doktor anda.


Nota: Saya penderita buasir sejak tingkatan 1 akibat cirit-birit dan sembelit yang berselang-seli. Belum pernah ambil ubat, sekadar maintain jaga makan dan tak boleh angkat benda berat. Rasa-rasanya nak jumpa doktorlah lepas ni sebab bersalin ni memburukkan lagi keadaan.

5 comments:

transformed housewife said...

sy pun kdg2 ada kena sembelit sbb mmg kurang minum air.

Min Aina Ila Aina said...

Kak Nur: Saya perasan lepas tukar pil perancang ni sembelit saya datang balik. Kecelaruan hormon agaknya.

Gerek said...

Saya juga pengidap buasir sejak 1986. Kalau berhajat pada nasihat, hubungi saya di www.gerekbasikal.blogspot.com dan tinggalkan pesan di shout mix saya. Berkesan Insya Allah dan murah je

Anonymous said...

i pun ada masalah buasir since 2004, tapi minggu ni macam lagi teruk.. darah keluar banyak macam usus tu kena hiris..buang air pun satu tandas bau darah.. then i try makan sne capsule+sne artercady+sne excel tea. baru makan in a few days, terus dah tak berdarah, buang air pun dah tak sakit..dengan izin Allah, seems like the hemorrhoid is gone.. alhamdulillah.. if nak try ubat tu u can contact me.. windscape70@yahoo.com

Anonymous said...

Cuba amalkan Minyak Kelapa Dara
boleh dapatkan disini
mudah mudahan membantu