Anak Anda Sembelit? Bagaimana Mahu Menanganinya.

Kanak-kanak merupakan antara golongan yang kerap diserang sembelit. Hal ini dijangka berikutan diet yang kurang seimbang dan kurang serat. Ibulah yang paling susah hati jika anak diserang sembelit terutama anak-anak kecil. Secara ringkasnya, sembelit merujuk kepada:


  • kurang membuang air besar (kurang daripada tiga kali seminggu)
  • najis yang keras
  • meneran ketika membuang air besar
  • rasa tidak puas selepas membuang air besar
  • najis bercampur darah
Sembelit boleh menyebabkan buasir. Sekitar 70 -80 peratus penyakit buasir berpunca daripada masalah sembelit. Ia juga menyebabkan sindrom usus rengsa atau IBS. 

PLOP ATAU SWOOSH?

Pernah dengar bunyi waktu anak anda membuang air besar? Adakah bunyinya 'plop' 'plop' atau 'swoosh'. Jika bunyi 'plop' itu menunjukkan ada masalah kerana ia menunjukkan sembelit. Kurang serat atau terlalu keras. Selain bunyi, warna dan bentuk juga menunjukkan kesihatan penghadaman.


Imej di sebelah adalah Carta Najis Bristol. Harapnya tak ada yang baca entri ni sambil mengadap makanan ye. Mengikut carta ini, jenis yang ke-4 di atas (Type 4) adalah jenis yang terbaik dan menunjukkan sistem penghadaman yang sihat. Jenis 1, 2 dan 3 bagi masyarakat Asia dianggap keras. 

Berapa kali sehari? Menurut Dr. Aizan Hassanuddin, pakar runding pembedahan dan gastroenterologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), satu atau dua kali sehari adalah mencukupi dan paling minumum ialah tiga kali seminggu. 



CARA MENANGANI MASALAH SEMBELIT DAN KESIHATAN KOLON

1- Serat
Makanan kaya serat adalah pilihan terbaik untuk menangani masalah sembelit. Buah-buahan seperti pisang, prun, brokoli, kekacang dan roti atau pasta mil penuh adalah permulaan yang baik untuk membersihkan tubuh. Selain itu, pengambilan sayur-sayuran yang mencukupi adalah sangat digalakkan.

2- Vitamin D
American Journal of Clinical Nutrition mendedahkan pengambilan Vitamin D yang berterusan bermanfaat membantu pelawasan dan mengekalkan kolon yang sihat. Sumber vitamin D boleh didapati daripada cahaya matahari (sekitar 15-20 minit sehari), ikan berlemak, bijirin dan susu. Vitamin D juga boleh diambil menerusi suplemen.

3- Jangan Tangguh ke Tandas
Ini adalah masalah biasa bagi kanak-kanak yang mengalami sembelit. Mereka seakan fobia untuk membuang air besar kerana takut sakit dan rasa tidak selesa. Sikap bertangguh untuk ke tandas boleh menyebabkan bahan buangan yang terkandung dalam usus besar membebaskan toksin, yang boleh menjadi punca divertikulosis atau IBS. 

4- Aktiviti Kecergasan
Galakkan anak anda melakukan aktiviti fizikal. Jangan biarkan mereka leka dengan gajet elektronik seperti televisyen dan tablet sehingga tidak banyak bergerak. Aktiviti fizikal atau bersenam dapat meningkatkan pengaliran darah dan seluruh sistem penghadaman mendapat lebih oksigen.

5- Air
Kekurangan air memang antara penyebab masalah pelawasan. Sesetengah kanak-kanak tidak suka minum air masak dan ini memburukkan lagi keadaan. Kekurangan air boleh menyebabkan toksin dalam badan terkumpul dan berisiko diserang sembelit, kembung, dan keletihan. Galakkan anak-anak untuk minum air kosong dalam jumlah yang mencukupi. Anda boleh tunjukkan contoh dengan kerap minum di hadapan mereka. Biasanya anak-anak suka meniru ibu dan bapa mereka. Perlu diingat, penambahan makanan berserat perlu seimbang dengan pengambilan air yang mencukupi. Sekiranya air tidak cukup, itu lebih memudaratkan.

SHAKLEE MEAL SHAKES: CARA MUDAH ATASI MASALAH SEMBELIT KANAK-KANAK

Shaklee mempunyai satu produk yang dikenali sebagai Meal Shakes (MS). Ianya merupakan sejenis makanan tambahan dalam bentuk serbuk yang mengandungi nutrisi yang lengkap. MS menyediakan 24 jenis vitamin dan mineral serta zat perlu A-Z yang diperlukan oleh tubuh terutamanya kanak-kanak. MS juga kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari kolon dan usus. Selain itu, MS juga tinggi protein untuk membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah dan sistem imun. Turut mengandungi asid folik, biotin, kalsium dan magnesium untuk tumbesaran. Apa yang lebih penting, rasanya yang sangat lazat digemari oleh kanak-kanak. Harganya juga sangat berbaloi dan boleh dikongsi seisi keluarga termasuk orang dewasa.



** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

 Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.









0 comments: