Nak Kulit Cantik dan Kurus Macam Orang Korea?

Demam Korea rasanya belum pun kebah betul lagi...masih ramai pengikut drama dan muzik Korea di Malaysia. Terbaru, program realiti RunningMan pula jadi fenomena. Atas kekangan masa, saya tak terjebak dengan RM, K-Pop pun saya tak minat. Jadi dari dulu sampai sekarang saya cuma layan drama Korea je la. Tapi memang betul la, bila menonton drama Korea ni, selain jalan cerita dan scenarynya, pelakon juga merupakan point utama kenapa orang minat. Betul tak? Bagi saya pelakon Korea ni comel-comel dan sedap mata memandang. Alaaa, artis Korea kan ramai buat pembedahan kosmetik? Lagipun dah keturunan lain mestilah muka pun lain betul tak.

Hehehe...ok, saya tidak kata nak cantik (perawakan) macam artis Korea. Saya cuma kata nak KULIT CANTIK dan KURUS macam ORANG KOREA. Masyarakat Korea diakui dunia sebagai masyarakat yang kulitnya cantik dan sihat, dan masyarakat Korea juga merupakan antara masyarakat yang paling rendah kadar obesitinya. 

Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) statistics bear out the Korean miracle. In an increasingly spherical world, Korean obesity rates are shockingly low. As of 2009, Korea’s obesity rate was just 3.8%, slightly below the second thinnest nation, Japan, and rating pretty well against non-OECD states India (2.1%), Indonesia (2.4%), and China (2.9%). The data also shows that these rates have held steady over the last decade, in contrast to many other OECD states where rates have climbed (and in stark contrast to the United States, where rates have skyrocketed).


Ramai yang memberi pandangan tentang kulit masyarakat Korea yang kurang bermasalah berbanding masyarakat Asia yang lain. Ada yang mengatakan bahawa itu adalah disebabkan faktor genetik, ada juga yang mengatakan faktor cuaca, persekitaran yang bersih, produk penjagaan wajah, sauna dan facial tetapi dalam semua pendapat itu...mesti ada satu point yang saya rasa ialah keypointnya; DIET.

Tidak ada yang menyangkal bahawa masyarakat Korea mengamalkan pemakanan yang sihat, iaitu makan lebih sayur-sayuran, lebih protein seperti tofu dan ikan, kurang makan makanan bergoreng, kurang gula dan minum banyak air kosong. Malah ada yang mengatakan jika seorang Filipina tinggal dan makan makanan Korea kulitnya juga akan cantik macam kulit masyarakat Korea dan begitulah sebaliknya. Faktor pemakanan sememangnya memberikan kesan kepada tubuh badan secara keseluruhan termasuklah kulit dan bentuk badan. 

Certainly genetics play their part. Koreans—like other Asians—tend toward ectomorphic body types, which is to say, thinner, lighter builds often accompanied by higher rates of metabolism. Lifestyle and culture, however, play very important roles, too. Although the Korean diet is changing—a fact much bemoaned in some quarters of the Korean press—Koreans still eat more vegetables and less fat than other peoples around the world. In his 2010 book The Five Factor World Diet, celebrity trainer and author Harley Pasternak praised Korean cuisine as one of the healthiest in the world—it’s low in fat and high in tofu, noodles, fish, and fermented vegetables, most notably Korea’s signature dish, kimchi. In her Korean Diet Tips posted at eHow, Lane Cummings also notes that Koreans eat relatively little meat (the popularity of galbi and bulgogi notwithstanding) and consume little added sugar, with the most popular form of carbohydrate being gluten-free and sugar-free rice.


Begitu juga pandangan tentang bentuk tubuh dan masalah berat badan. Masyarakat Korea dikatakan memiliki tubuh yang cantik dan kurus kerana faktor pemakanan, gaya hidup dan kesedaran tentang kesihatan. Kata pensyarah saya yang pernah tinggal di Korea selama dua tahun, kos perubatan di Korea sangat tinggi, jadi masyarakat Korea perlu menitiberatkan soal kesihatan kerana tidak mahu membayar kos tersebut. 

DIET SIHAT MASYARAKAT KOREA

Ikan- Masyarakat Korea seperti juga masyarakat Jepun suka pada hidangan ikan, malah makan ikan mentah misalnya 'sashimi'. Ikan kaya dengan asid lemak Omega-3 yang sangat baik untuk kesihatan kardiovaskular, membantu mengawal tekanan darah dan penyakit jantung.

Soya- Soya merupakan makanan kegemaran masyarakat Korea, yang mana mereka ada tofu dan segala macam sup tofu, antaranya miso sup (psst..saya pernah cuba masak miso sup versi mudah tapi tak berapa nak lalu..agaknya bahan tak lengkap kot.hehe). Soya merupakan sumber protein yang sangat baik untuk otot, mengawal gula normal, mengawal tahap kolesterol normal, menggalakkan kesihatan jantung dan prostat serta meyokong sistem imun.

Sayur-sayuran- Masyarakat Korea sangat menitikberatkan pengambilan sayur-sayuran. Walaupun mereka telah menunjukkan peningkatan terhadap pengambilan daging, namun tahap pengambilan sayur-sayuran mereka masih tinggi. Makanan tradisional kebanggan mereka 'Kimchi' juga diperbuat daripada kobis. Kobis dikatakan sangat membantu menurunkan berat badan.

Air- Minum air kosong dalam kuantiti yang mencukupi. Air sangat penting untuk kesihatan secara keseluruhan, malah air merupakan komponen yang paling penting untuk menurunkan berat badan.

Rumpai Laut - Rumpai laut atau seaweed juga adalah makanan yang mesti ada dalam hidangan mereka. Rumpai laut mengandungi serat, klorofil dan pelbagai nutrien lain yang baik untuk kesihatan. Saya suka seaweed, tapi saya beli seaweed Korea yang kering saja, makan dengan nasi goreng sedapnya. Ataupun dengan telur dadar.

Teh hijau - Kata kawan saya Jungheum Ryu (pelajar Korea yang datang ke sini untuk program mobiliti - boleh baca kisah Ryu datang Malaysia DI SINI), generasi muda Korea sudah mula menggemari kopi. Namun demikian, minuman yang terkenal di negara itu pada asalnya ialah teh, dan teh hijau. Seperti yang semua maklum teh hijau sangat tinggi kandungan antioksidannya dan ini membantu proses detoksifikasi tubuh.

Bawang Putih (Garlic) - Menu Korea sangat sinonim dengan bawang putih. Kimchi misalnya mengandungi kandungan bawang putih mentah yang banyak. Garlic mengandungi sebatian yang dipanggil 'allicin' yang memberi sokongan untuk mengekalkan tahap kesihatan mikro organisma dalam badan, mengekalkan tekanan darah normal dan tahap kolesterol yang baik. Garlic juga terkenal sebagai antibiotik untuk merawat jangkitan kuman, kulat atau gatal-gatal, ejen detoks dan penghalau angin yang hebat.

What you can learn from South Korea 

Eat more garlic No Korean meal is complete without kimchi— a side dish that's heavy on raw garlic. The secret to its heart-protecting power is an enzyme in the garlic that prevents cholesterol from sticking to artery walls. But it's released only when the cloves are finely chopped or crushed, and heating weakens its effects.


Klik gambar untuk paparan lebih jelas

SARANAN SUPLEMEN IKUT PEMAKANAN KOREA

Kita dah tengok cara pemakanan masyarakat Korea di atas. Tapi, hidangan kita tak sama dengan merekakan. Kita tak banyak sup tofu, yong taufu ada la.hehe...dan itu makanan segera. Mungkin taufu fah bagus untuk diamalkan. Dengarnya di Malaysia juga dah banyak rumpai laut, bolehlah diamalkan tapi biarlah yang berkualiti. Ikan, eloklah kita mula ubah dari sekarang untuk lebihkan hidangan ikan berbanding ayam suntik dan daging kerana ikan diketahui lebih bermanfaat dan tidak memberi risiko kesihatan. Nak makan bawang putih mentah? Hmmm..saya pernah ambil bawang putih yang separa masak dalam kari mamak, tak tertelan ...pedarnya rasa.

Oleh itu, ada beberapa makanan di atas yang boleh diambil melalui suplemen Shaklee sahaja. Apa yang lebih penting, bahan dalam suplemen Shaklee adalah semulajadi dan tidak tercemar sama ada oleh haba ataupun bakteria. Jadi, anda dapat khasiatnya secara sepenuhnya. Apakah suplemen tersebut?

# Garlic Complex (bawang putih)
# Omega Guard (khasiat ikan)
# ESP Soy Protein Isolate Powder - (protein soya)
# Cinch Tea Mix - (mengandungi teh hijau, putih dan merah)

Walaupun entri ini tentang kecantikan kulit dan tubuh, hakikatnya kecantikan itu datangnya dari dalam, iaitu datang daripada kesihatan yang baik. Sebagaimana ungkapan yang biasa kita dengar, You Are What You Eat. 

Saya harap dengan pengambilan suplemen berikut ditambah dengan gaya hidup yang sihat iaitu makan makanan berkhasiat dan seimbang, meninggalkan makanan segera dan mengandungi gula yang tinggi serta rutin aktiviti kecergasan yang berkala, kecantikan dan seri dalaman akan memancar di wajah anda. Oh ya, sekali sekala buat urutan tubuh dan facial pun bagus juga. Takpun lakukan saja di rumah. 

Jika anda mahukan regim penjagaan wajah yang berkualiti dan semujadi, Shaklee juga ada NutriWhite dan Enfuselle.

NutriWhite

Enfuselle

Pertanyaan? Hubungi:


MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

1 comments:

Min Aina Ila Aina said...

Dila, terima kasih singgah kat sini. Jemput datang lagi ye:)