Wanita dijadikan secara fitrahnya sukakan kecantikan dan ingin tampil cantik selalu. Tidak mengira umur, dari kecil lagi kanak-kanak perempuan sudah minat kepada kecantikan, apatah lagi bila meningkat remaja. Bagi yang menghampiri angkan 30 dan seterusnya...wanita cukup risau jika mereka sudah tidak lagi cantik.
Demi mencapai maksud cantik yang sebenarnya sangat subjektif ini, ramai yang sanggup mengeluarkan wang yang banyak malah melakukan pelbagai rawatan sama ada tradisional mahupun yang modern. Ramai juga yang rajin mencuba pelbagai krim dan set penjagaan wajah yang dijual di pasaran.
Hakikatnya, kecantikan itu bukan semata-mata datang dari luaran malah terpancar dari dalam. Apa yang kita makan akan terbias di wajah kita. Begitu juga apa yang kita amalkan, baik amalan rohani mahupun amalan fizikal. Untuk itu, bagi mencapai maksud CANTIK, ada TIGA perkara yang perlu diambil berat:
SPIRITUAL - MAKANAN - FIZIKAL
SPIRITUAL
Kesihatan secara umumnya datang daripada hati dan jiwa yang tenang. Hati dan jiwa yang tenang memancarkan seri dan cahaya pada wajah. Pernah tak kita lihat orang yang rupanya biasa-biasa saja, kulitnya pun tidaklah licin dan putih melepak tetapi bila kita pandang wajahnya rasa sejuk saja, rasa tenang saja. Itulah kecantikan dalaman yang terpancar ke luaran. Untuk mendapatkan kecantikan dalaman itu, spiritual kita perlu kuat, tidak gelisah, tidak takut selain daripada Pencipta. Selain itu untuk yang beragama Islam, hati perlu diikat kepada Pencipta dengan amalan-amalan rohani seperti solat, puasa, membaca Al-Qur'an, zikir, selawat dan sedekah.
Dalam satu hadith riwayat Safiyyah r.ha. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
MAKANAN
Sumber kecantikan yang seterusnya ialah makanan atau apa yang kita masukkan ke dalam mulut kita untuk diproses oleh badan. Kerana itulah timbul ungkapan "You are what you eat". Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat sangat penting untuk memastikan tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang sihat pula memastikan penampilan yang menarik; kulit yang cantik, bentuk tubuh yang menarik. Andai kita mengambil ringan soal serat dalam pemakanan harian, kita mungkin akan mengalami masalah penghadaman dan sembelit. Masalah ini boleh membawa kepada masalah-masalah yang lain misalnya masalah bau badan dan juga masalah kulit. Begitulah juga dalam proses-proses lain yang berlaku dalam tubuh kita, misalnya kesihatan tulang, kesihatan mata, kesihatan rambut dan sebagainya.
Oleh itu, di samping menjaga pemakanan seperti mengelakkan pengambilan lemak dan gula yang berlebihan dan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam sajian, pemakanan tambahan juga turut membantu. Apa yang penting, kita tahu apa makanan tambahan yang tubuh kita perlukan dan sejauh mana makanan tambahan tersebut baik untuk tubuh kita.
Saya memilih Shaklee sebagai makanan tambahan saya kerana saya yakin dengan produk Shaklee yang semulajadi, berkesan dan selamat. Selain itu, dengan Shaklee saya boleh memilih apa yang saya perlu sahaja. Shaklee juga lengkap dengan produk luaran dan dalaman.
INGIN SERLAH KECANTIKAN DALAMAN DENGAN SHAKLEE?
Set Vitamin Kecantikan
# B-Complex
# Vita-C
# Vita- E Complex
# Garlic Complex [add-on]
# Carotomax [add on]
# Soy Protein Isolate Powder (ESP) [add-on]
# GLA Complex [add on]
Banyaknya????
Seperti yang saya katakan di atas tadi, kita harus tau apa makanan tambahan yang paling sesuai untuk kita. 3 jenis vitamin yang pertama itu iaitu B-Complex, Vita-C dan Vita-E adalah komponen utamanya, tetapi jika anda inginkan hasil yang lebih memberangsangkan, anda boleh add-on mana-mana vitamin dalam senarai tersebut.
Senarai vitamin di atas ialah vitamin yang membantu kulit anda jadi lebih berseri dari dalam. Kulit akan turut terkesan jika anda stres dan vitamin B sangat baik untuk menangani masalah ini. Dengan bantuan vitamin A (Carotomax) dan Vitamin E, Vitamin C dapat mencegah radikal bebas yang menyebabkan penuaan cepat berlaku. Vitamin C sangat penting untuk memulihkan kulit. Vita-E Complex pula merupakan anti oksidan yang kuat untuk menentang radikal bebas seperti sinaran uv, asap dan habuk. Garlic Complex pula adalah ejen detox yang sangat baik untuk membuang segala toksik yang terkumpul di dalam badan, malah garlic atau bawang putih dikatakan rahsia orang Korea mempunyai kulit yang cantik. Carotomax (vitamin A yang selamat) membantu masalah kulit kering dan berjerawat. ESP pula merupakan sumber protein lengkap, yang juga menjana keanjalan kulit malah mengurangkan parut jerawat dan jeragat. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit disebabkan hormon, GLA Complex adalah jawapannya.
FIZIKAL
Ini adalah hakikat yang ramai orang kurang suka. Untuk sihat dan cantik, aktiviti fizikal harus dilakukan. Tujuannya supaya kalori kita dibakar, otot dan sendi kita lebih lentur, organ dalaman kita lebih sihat, peredaran darah lebih baik dan toksin juga dapat dinyahkan daripada tubuh.
Sebenarnya aktiviti fizikal bukanlah perkara yang susah untuk dilakukan, cuma kita tidak dibiasakan dan tidak dijadikan cara hidup. Sebab itulah kita rasa berat walaupun sekadar meluangkan masa selama 20 minit 3 kali seminggu untuk aktiviti bermanfaat ini. Pilihlah aktiviti yang anda suka dan gembira bila lakukannya, jadi anda tidak rasa tertekan. Kalau anda sukakan air, boleh pilih riadah di kolam renang. Kalau anda suka basikal dan aktiviti luar bolehlah berbasikal atau jogging. Kalau anda suka aerobik, anda boleh pilih untuk mengikut kelas atau ikut dvd. Latihan beban pula boleh anda lakukan di gymnasium atau beli alatan sendiri. Pilates, juga sesuai untuk anda yang tidak suka aktiviti lasak. Suka menari? Anda ada zumba untuk mengeluarkan peluh sambil bergembira. Lagi...apa ye. Tidak semestinya bersenam, anda juga boleh berkebun, mencuci kereta atau membersihkan sekitar kawasan rumah. Walau apapun aktiviti pilihan anda, lakukannya dengan betul dan tidak sampai mencederakan tubuh.

SHAKLEE JUGA ADA SET KECANTIKAN LUARAN
Set Penjagaan Wajah Shaklee
Enfuselle
Ini adalah rangkaian penjagaan wajah Shaklee, dengan kualiti yang setanding jenama antarabangsa. Anda boleh pilih set penjagaan wajah Nutri White atau Enfuselle. Oh ye, Shaklee juga ada krim serbaguna untuk kesihatan kulit secara umum.
0 comments:
Post a Comment