Set Kecantikan Shaklee: From Health Comes Beauty


Semua wanita ingin tampil cantik, namun kecantikan itu sangat subjektif sifatnya dan sangat luas definisnya. Apapun, kecantikan yang biasa difahami oleh wanita ialah kecantikan kulit dan kecantikan bentuk tubuh. Jika saya katakan dasar apartheid itu ada di Malaysia, adakah anda terkejut? Buktinya dengan pelbagai iklan untuk memutihkan kulit, sama ada kulit wajah ataupun tubuh secara keseluruhan. Namun bagi saya, kulit putih, kuning langsat, sawo matang atau berkulit gelap sudah ditentukan oleh Sang Pencipta. Maka tidak perlu ada keluhan.

Ramai wanita berhabis untuk tampil cantik dengan membeli pelbagai produk penjagaan wajah yang ada di pasaran. Namun masih ramai yang tidak mengambil endah terhadap kesihatan dalaman, yang hakikatnya memantulkan kecantikan luaran. Jika tubuh badan kita sihat, bukan sahaja wajah nampak berseri malah berat badan juga terkawal dan membentuk tubuh yang cantik menawan.

Sehubungan itu, kami di Shaklee bukan sahaja mempunyai regim penjagaan wajah seperti NutriWhite dan Enfuselle malah kami mengesyorkan penjagaan kecantikan secara dalaman. Set Kecantikan Asas Shaklee adalah daripada rangkaian vitamin asas iaitu:

# Vita-E Complex

# B-Complex

# Vita-C

Ketiga-tiga kombinasi vitamin ini membantu tubuh berfungsi dalam keadaan optimum dan lancar. Hasilnya, kulit wajah juga bertambah cantik. Vitamin E memang terkenal sebagai vitamin untuk kulit kerana sifatnya yang berupa antioksidan. Vitamin E mampu menjadi pelindung semulajadi daripada radikal bebas seperti asap, habuk dan pancaran sinaran matahari. 

Manakala B-Complex adalah vitamin anti-stress. Tahukah anda bahawa stres adalah musuh kecantikan. Kerana stres hormon jadi celaru lalu tumbuhlah jerawat dan kulit menjadi kusam, badan jadi sengal-sengal malah stres juga boleh menyebabkan sakit perut. 

Vitamin C juga sahabat kulit yang paling akrab. Selain menjadi sumber imuniti yang baik, vitamin C juga bersifat antioksidan dan membantu Vitamin E dalam menjana kecantikan kulit. Berdasarkan testimoni ramai pengguna Shaklee, gabungan set asas kecantikan ini sudah mampu memberikan hasil yang memuaskan dengan syarat KONSISTEN, KESAN YANG BERANSUR-ANSUR dan PENGAMBILAN BERTERUSAN. Eh, ini taktik nak suruh beli berterusankah? Seperti yang saya tekankan di awal tadi, set ini terdiri daripada vitamin asas kesihatan dan ianya bukan ubat. Jika anda mendapat manfaat sewaktu pengambilannya, itu bermakna diet anda sebelum ini kekurangan nutrien-nutrien tersebut. Jika anda rasa anda mampu melengkapkan nutrien tersebut melalui pemakanan dan gaya hidup anda, maka suplemen tidak perlu diteruskan. Namun cuaca, tanah, udara, air, tumbuhan dan ternakan masa kini tidak lagi organik sebagaimana masa dahulu. Kerana itulah kita memerlukan suplemen yang berfungsi menampung nutrien yang tidak mampu didapati atau diserap daripada makanan asli.

TIGA NI SAJA DAH CUKUP?

Cukup, jika masalah kesihatan anda adalah minimum iaitu anda tidak punya masalah kesihatan yang serius. Jika ada, anda mungkin perlukan suplemen khusus untuk itu. Namun, saya suka mengesyorkan beberapa suplemen lain yang boleh EKSPRES kan hasil untuk kecantikan kulit anda.

ESP- Sumber protein yang baik untuk jantung, kulit, rambut, otot dan otak

GLA Complex - Gamma Linolenik Asid yang membantu menstabilkan hormon anda, sekaligus membuat kulit wajah anda tambah berseri


Garlic Complex - Ejen detox dan antioksidan yang baik untuk kulit dan kesihatan secara keseluruhan. Ingin tahu tentang manfaat garlic, klik ENTRI INI

Berita baik! Bulan Julai 2013 ini ialah bulan promosi GLA Buy 6 Free 1. Tapi, jika anda mahu beli 1, 2 atau 3 pun anda masih dapat harga promosi yang jimatttt. Jadi, apakata di samping Set Kecantikan Asas, anda add-on GLA atau salah satu daripada tiga item tambahan di atas ini. Nak borong semua pun boleh. Mesti lagi berseri anda di hari raya nanti. Anda mahu set kecantikan ini tetapi bajet anda kecil? Hubungi kami dahulu, kami akan bantu.

Pertanyaan? Hubungi:


MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


1 comments:

Mazni Azmi said...

Kira ini cara moden nak dapat kulit halus dari bawang putih ek. Hihi..

Siap ada garlic tablet tu. Bahan semulajadi turun temurun. Memang bagus set cantik shaklee ni kan