Ingin Jadi Ahli Shaklee? Ingin Pendapatan Sampingan Dengan Shaklee?



Salam Jumaat. Alhamdulillah kita masih bernafas lagi di hari yang mulia ini, dan mudah-mudahan dapat menyambut Ramadhan tidak lama lagi.

Saya terpanggil untuk menulis entri ini kerana saya dapati masih ramai yang tidak tahu tentang KEAHLIAN SHAKLEE. Selain itu, ramai juga yang salah faham dengan keahlian Shaklee. Pertama sekali, ingin saya jelaskan di sini bahawa menjadi AHLI SHAKLEE atau Shaklee Independent Distributor (SID) TIDAK MEMAKSA anda untuk memulakan perniagaan, NAMUN...dengan mendaftar SID peluang untuk anda menjadi usahawan berjaya adalah terbuka luas. Saya harap pembaca MAIA tak lagi dirundung soalan-soalan begini "Kalau jadi ahli mesti kena bisnes ye?" atau "Jadi ahli mesti kena simpan stok ye?" atau "Taknaklah jadi ahli nanti kena promo" atau " Belum ada modal, macam mana nak jadi ahli". Oleh itu, bagi anda yang berminat untuk menjadi ahli sekadar untuk penggunaan sendiri, saya alu-alukan anda untuk menyertai keluarga besar Shaklee dan keluarga MAIA yang sedang berkembang maju. Sekurang-kurangnya dengan menjadi ahli, anda dapat info nutrisi yang eksklusif diberikan kepada ahli sahaja.

Bagi saya, menjadi satu kepuasan kerana saya punya Shaklee ID saya sendiri :-)



SERTAI SHAKLEE DAN JANA PENDAPATAN

Bagi anda yang ingin mencuba Shaklee, atau telah pun mencuba dan berpuas hati dengan Shaklee...anda mungkin berminat untuk menjana pendapatan dengan Shaklee pula. Tambah-tambah sekarang ni Shaklee sudah bagaikan satu FENOMENA di Malaysia dengan pertambahan keahlian yang memberangsangkan dan juga produk yang sangat laris di pasaran sampaikan produk yang baru restock 2-3 hari boleh habis di seluruh Malaysia! Kalau produk promosi usah cakaplah, tak berani nak ambil di hujung-hujung promosi risau tak sempat nak dapatkan stok untuk customer, dah SOLD OUT. 

BAGAIMANA SAYA NAK MULAKAN BISNES DENGAN SHAKLEE?

Anda boleh pilih untuk memulakan aktiviti menjana pendapatan ini sama ada secara separuh masa dan santai-santai (macam saya) atau sepenuh masa. Perniagaan ini sangat mudah, fleksibel dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja YANG INGIN BERUSAHA.

Syarat-syaratnya:

# Mendaftar sebagai Shaklee Independent Distributor dengan yuran serendah RM 75 sahaja seumur hidup dengan minima pembelian sekali dalam setahun untuk mengaktifkan keahlian tahunan. Anda sudah boleh berbisnes tanpa modal tambahan selepas itu.

# Mempunyai kemahiran komputer yang asas

# Mempunyai akses internet

# Tidak perlu keluar cari pelanggan jika anda memilih untuk bisnes secara online sahaja (ramai pilih yang ini)

# Tidak perlu training setiap minggu atau berjumpa dengan biz-partner (semuanya online)

# Anda akan dibimbing dan disokong dengan kumpulan bisnes yang kuat

# Paling penting, ada SIKAP RAJIN BELAJAR DAN BERUSAHA 


Alhamdulillah, hanya selepas 6 bulan bergelar SID saya kini sudah punya pendapatan sampingan. Saya sendiri tak jangka salah satu azam tahun 2013 saya sudah jadi kenyataan dalam masa setengah tahun sahaja. Kini saya menapak untuk meluaskan rangkaian MAIA untuk menjana pendapatan 5-6 angka, dengan izin Allah.

APAKAH FAEDAH MENJADI AHLI SHAKLEE

Klik gambar untuk imej lebih jelas


# Harga produk dengan diskaun sehingga 20%
# Harga promosi bulanan yang jauh lebih jimat
# Bonus tunai bulanan 2-6 angka
# Program bonus kereta
# Program percutian dalam dan luar negara dengan tajaan penuh Shaklee 
   bertaraf 6 bintang
# Anugerah di konvensyen kebangsaan dan master award


Saya mempelawa anda di luar sana yang juga inginkan pendapatan sampingan, dan faedah-faedah di atas untuk memajukan diri kita kerana keadaan ekonomi masa kini sudah semakin menekan. Saya dan keluarga pernah jatuh terduduk dalam liku-liku kehidupan ini, dan saya memilih untuk bangkit dan berusaha. Di samping itu, semoga dengan usaha kita menjadi usahawan muslimah ini dapat menyumbang kepada kebangkitan ekonomi umat Islam keseluruhannya. Percayalah, jika anda sudah punya minat dan keinginan, itu petanda Allah mahu tunjukkan jalannya kepada anda. 

Jangan segan untuk hubungi saya (Mai) melalui medium di bawah dan saya akan bimbing anda di samping sama-sama belajar mempertingkatkan diri. 

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina


0 comments: