Bila menghampiri bulan Ramadhan ni, ibu-ibu akan bersedia mental dan fizikal untuk rutin sahur dan berbuka: memasak. Demi keluarga, rela bangun awal untuk sediakan juadah sahur. Teringat saya pada mak, mak akan bangun awal dan masak nasi dan lauk sejurus sebelum sahur supaya kami sekeluarga dapat makan makanan yang fresh. Alhamdulillah.
Tapi, bila dah masuk sekolah menengah dan tinggal di asrama saya dapati ramai juga kawan-kawan yang memilih untuk tidak bangun sahur sebab sedap tidur atau malas nak ke dewan makan. Saya memang terkecuali sebab 1) siren dewan makan yang sangat kuat dan panjang dan 2) saya memang nak sahur sebab saya dah diajar begitu oleh emak. Bila masuk matriks dan universiti pun, saya memilih untuk bangun sahur. Masa di matriks seingat saya, tahun pertama cafe tak buka tapi saya bersahur roti atau oat. Tahun kedua ada cafe yang bukak, walaupun bukan cafe kolej saya tapi saya sanggup berjalan di dinihari demi sesuap nasi.hahah! Di universiti memang cafe bukak, kalau telur mata tu memang fresh diangkat daripada kuali terus masuk pinggan kita. Hmmm..sedapnya!
Ops, maaf dah melalut pula. Entri ni adalah tentang pilihan menu sahur bagi mereka yang tiada kemudahan untuk memasak, atau keluar ke kedai atau malas dan tak larat nak makan hidangan yang berat. Ada orang lepas bangun tidur dia tak selera nak makan. Jadi, hidangan yang saya maksudkan ini memang sangat sesuai. Hidangan apa? Best sangat ke? Ya. Memang best sebab anda tak perlu memasak hatta memasak air! Apa yang perlu ada hanyalah air kosong, bekas air dan sudu. Inilah yang dinamakan SET MIGHTY 3 GEMS
Set ini terdiri daripada 3 item iaitu Soy Protein Isolate Powder (ESP), Orange Performance Drink (PD) dan MealShakes (MS). Caranya? Bancuh saja ketiga-tiga item ini bersama air kosong dan kacau sehingga sebati (sukatan akan diberikan). Eh, ini air je. Apa yang istimewa? Sama kot macam air kotak, lagi senang tak payah bancuh-bancuh.
Apa yang saya boleh katakan, walaupun ianya sekadar air..namun tidak sama dengan air biasa. Kombinasi 3 item ini menghasilkan minuman yang sangat berkhasiat, lazat dan memberikan tenaga berpanjangan walaupun anda berpuasa. Saya dah pernah berpuasa hanya dengan ESP sahaja dan sebiji kurma. Hasilnya, saya bertenaga hingga ke petang malah lebih bertenaga berbanding saya makan nasi. Apatah lagi jika ESP digandingkan bersama dengan PD dan MS?
ESP merupakan minuman yang tinggi protein dan kalsium, memberikan rasa kenyang dan tenaga berpanjangan manakala Meal Shakes pula kaya dengan vitamin dan mineral A-Z yang mampu menampung kekurangan khasiat dan gizi jika pengambilan makanan berkhasiat kurang dititikberatkan di bulan puasa. Gabungan kedua makanan hebat ini bersama Performance Drink jadi lebih mantap kerana PD mampu mengawal tubuh daripada kehilangan cecair yang mengakibatkan dehidrasi. Rasanya? Sedaaappp! Ala-ala vitagen gitu. Oleh itu, gabungan ketiga-tiga item dalam SET MIGHTY 3 GEMS ini sangat sesuai buat anda yang berpuasa.
SIAPA YANG SESUAI MENGAMBIL SET MIGHYTY 3 GEMS
# Ibu mengandung dan menyusu
# Orang bujang yang tidak memasak hidangan sahur
# Pelajar sekolah dan universiti yang tinggal di asrama
# Kanak-kanak yang baru belajar berpuasa
# Orang tua yang tiada selera makan
# Mereka yang mahu hidangan ringkas tetapi berkhasiat
BETUL KE?
Klik gambar untuk paparan lebih jelas
Klik gambar untuk paparan lebih jelas
Jadi, ibu-ibu yang ada anak di asrama bolehlah bekalkan mereka dengan set ini. Maklum sajalah anak remaja, tidur itu mungkin lebih sedap daripada makan. Apapun, galakkan mereka untuk bangun sahur kerana pada sahur itu ada keberkatannya. Buat ibu-ibu mengandung dan menyusu pula usah gusar. Berpuasa tidak akan menjejaskan kesihatan anda dan bayi selagi anda menjaga pemakanan yang betul dan mengambil air yang mencukupi. Buat ibu-ibu yang baru membimbing anak-anak belajar berpuasa, pujuk mereka untuk bangun sahur agar mereka lebih bertenaga di siang hari dan tidak rasa puasa itu membebankan.
Inilah contoh Set Mighty 3 Gems yang siap dibancuh
Tapi ini saya makan waktu sarapan :-)
Walau bagaimanapun, saya tidak mengatakan bahawa dengan mengambil set ini anda tidak akan berasa lapar. Jika tidak lapar, hilang sudah salah satu tujuan berpuasa. Set ini cuma membantu anda mendapatkan khasiat lengkap dalam pemakanan yang ringkas dan rasa bertenaga sepanjang hari agar ibadah puasa tidak dijadikan alasan kerja-kerja harian anda terganggu. Oh ye, PD juga sesuai untuk diminum kala berbuka puasa, rasanya sangat menyegarkan.
Update: 1 Ramadhan
Petang semalam saya sempat ke sebuah kedai runcit. Berhampiran rumah saya ini terdapat sebuah institusi pengajian, sedih saya melihat rata-rata pelajar memborong mi segera. Bukanlah saya ni tak makan mi segera, saya pun makan juga kadang-kadang. Tapi memilih mi segera sebagai menu sahur merupakan pilihan yang kurang berkhasiat. Pada saya, lebih baik bersahur roti, kurma dan segelas susu berbanding mi segera. Jika diganti dengan Set Mighty 3 Gems juka sangat bagus.
Update: 2 Ramadhan
Hari pertama sahur dengan Mighty 3 Gems, hari kedua oat+ PD. Alhamdulillah saya kekal cergas hingga ke petang walaupun bermotosikal ke sana ke mari hantar ambil anak, COD Shaklee, jumpa customer dan jengah bazar Ramadhan yang padat.
Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, hubungi:
MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
0 comments:
Post a Comment