10 Tips Murah Rezeki

10 Tips Murah Rezeki




Salam Jumaat buat semua pembaca MAIA, semoga dalam rahmat Allah sentiasa, diberikan nikmat keimanan, kesihatan dan kesejahteraan. Hari ni saya nak kongsikan tips murah rezeki yang diberikan oleh Ustaz Fathuri (penulis buku MMR di atas). Saya cuma kompilasikan untuk tatapan semua, semoga ada manfaatnya. Ilmu yang baik itu juga kan rezeki :-)


1- TIPS REZEKI MELIMPAH


1) BAYAR ZAKAT

2) BANYAK SEDEKAH

3) BANYAK MEMBACA

4) BANYAK BERTINDAK




2- TIPS ATASI RASA TAKUT BERSEDEKAH ( BANYAK-BANYAK )


1) Mulakan dengan sedikit

2) Teguhkan amalan wajib

3) Tekunkan amalan sunat

4) Sedekah tadi pasti belipat

*********************************

" Dan apa-apa sahaja yang kalian nafkahkan maka Allah akan menggantikannya dan Dia jualah pemberi rezeki yang sebaik-baiknya." ( Surah Sab': Ayat 39 )




3- TIPS MUDAH SEDEKAH


1) JIKA ISTERI TIADA DUIT , SUAMI BERI DUIT

2) JIKA ISTERI ADA DUIT, SUAMI TETAP BERI DUIT .

3) JIKA SUAMI TIADA DUIT, ISTERI BOLEH BERI DUIT.

****************************

" Satu dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah; satu dinar yang engkau keluarkan untuk membebaskan budak; satu dinar yang engkau sedekahkan kepada seorang fakir miskin dan satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu maka yang paling besar pahalanya daripada semua itu ialah satu dinar yang engkau nafkahkan untuk keluargamu." (HR Muslim )




4- TIPS CUKUP REZEKI


1) MAHU CUKUP TIDAK MESTI BANYAK

2) BANYAK TIDAK MESTI CUKUP

3) SANGGUP SOLAT DHUHA ADA JANJI CUKUP

****************************

" Wahai anak Adam !, Tidakkah engkau sanggup bersolat empat rakaat pada awal siang hari, nanti Aku ( Allah ) akan mencukupkan pada akhir harimu itu. " (HR Abu Daud )




5- TIPS MUDAH REZEKI


1) NIAT AMAL AMALAN SUNAT KERANA MAHU SUKAKAN ALLAH

2) BILAMANA ALLAH SUDAH SUKA

3) SEMUA URUSAN ALLAH MUDAHKAN




6- TIPS GUNA SMARTPHONE


1) IA DIGELAR SMARTPHONE KERANA MAMPU ' MENGAWAL '

2) KITA JUGA BOLEH MEMILIH

3) MAHU MENGAWAL ATAU DIKAWAL ?

4) JANGAN TIDAK TERKAWAL...




7- TIPS BISNES ONLINE


1) CUSTOMER ALLAH YANG HANTAR

2) ALLAH BOLEH HANTAR MELALUI FB & TANPA FB

3) JANGAN GENTAR TINGGALKAN FB

4) BILAMANA WAKTU SOLAT SUDAH TIBA.




8- TIPS BISNES 


( ..yang boleh dimulakan serta-merta )

********************

( Tips ini diperolehi dari seorang sahabat semasa menunggu feri di Bangladesh. Pembisnes itu memulakan bisnesnya di kaki lima sebelum namanya tersohor di bandar itu. )

1) BERBISNES NIAT AMAL SUNNAH

2) BERBISNES NIAT KHIDMAT KEPADA UMAT

3) AMBIL UNTUNG BERPADA-PADA.



9- TIPS UNTUK SEGALA HAJAT ( DAN SEGALA MASALAH )


- Sesuai untuk semua orang

Syaratnya jangan tanya mengapa. Buat dahulu.

***********************************

1) Berhenti menceritakan kesusahan atau hajat kepada orang. Cukuplah semalam. Mulai hari ini tiada orang baru yang tahu kisah dan hajat kita. ( buat biasa saja... )

2) Solat di awal waktu. (Cari jalan . Cukuplah dengan alasan yang sudah-sudah ). Bagi lelaki solatlah berjemaah (seboleh-bolehnya cari peluang untuk berjemaah di surau atau di masjid )

3) Setiap lepas solat doa begini; " Ya, Allah, saya serahkan urusan ini kepada-Mu; berilah jalan keluar yang terbaik ya Allah. Amin. (mulakan doa dengan selawat dan istighfar dan tutup dengan selawat )

4) Doakan orang lain juga (banyak-banyak )


Tidak perlu lama:

Jika saudara bersungguh, jalan keluarnya (atau hajatnya ) Allah beri dalam tempoh:

3 hari
40 hari
4 bulan.

************************************
Sekali lagi, jangan tanya dahulu mengapa; buatlah dahulu.

Saya (kongsikan rasa yakin ), bahawa apa yang kononnya ( sebelum ini sukar ) sebenarnya mudah sahaja. Kerana apa...?

Kerana Allah sudah bantu kita.

Saya tidak akan bercakap lebih dari ini.




10- TIPS SEBELUM TIDUR 

( Boleh cuba dalam tempoh 3, 40 atau 120 hari. Insya-Allah jadi )

*******************************
STRATEGI JEMPUT REZEKI ( TOP 5)

1) SOLAT
2) TAKWA
3) TAWAKAL
4) ISTIGHFAR
5) BEKERJA/BERBISNES

*******************************

" Dan barangsiapa yang bertakwa kepada Allah pasti akan ditunjukkan kepada mereka jalan keluar; dan diberi rezeki kepada mereka daripada jalan yang tidak disangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya." ( at-Thalaq: 2-3 )




Anda boleh dapatkan kupasan berkenaan rezeki dengan lebih teliti dna terperinci dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki. Di dalamnya terkandung pengertian tentang rezeki yang mudah difahami namun berbekas di hati, juga kaedah-kaedah menjemput rezeki, dan juga kisah-kisah benar berkenaan mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Juga Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki yang boleh dijadikan free gift, goodies, wakaf dan sedekah.


Harga Buku MMR (edisi penuh): RM18 /20 (SS)
           Buku MMR (versi mini):     RM2.70 (pembelian borong layak mendapat harga diskaun)

Anda boleh dapatkannya daripada kami dengan menghubungi saya melalui mana-mana medium di bawah: 

Puan Mai 
(MAIA Natural Resources)
PENGEDAR BUKU MMR
SMS / WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

2 comments:

Hanis said...

Terima kasih atas tips ni.. Memang penting untuk diamalkan

Min Aina Ila Aina said...

Inj sha Allah..sama-sama kita amalkan semoga kita berjaya dunia dan akhirat.