7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee

7 Sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee


Setiap insan mempunyai pilihan baik dalam apa jua aspek kehidupan, hatta memilih jenama serbuk kari pun, berbeza. Selalu saya baca retis (read: artis) ditanya tentang produk pilihan mereka, Gedebuk gedebak sebab-sebab diberi, terutama yang jadi duta produk kan? Kali ni saya pun nak fefeeling retis la juga...nak kongsi dengan anda, mengapa saya pilih Shaklee.



1- Berkualiti Tinggi

Kualiti produk Shaklee memang tidak dapat disangkal lagi. Lebih 100,000 ujian kualiti dilakukan setahun bagi memastikan ketulenan dan kebolehan potensi sebenar produk. Produk Shaklee Malaysia juga disahkan halal.

2- Membantu Saya Lebih Sihat

Kesihatan saya merosot sejak melahirkan anak sulung 5 tahun yang lalu. Sistem imun badan saya merudum teruk. Alhamdulillah, dengan mengamalkan suplemen Shaklee saya dapat merasakan perubahan yang ketara terhadap kesihatan saya.

3-  Mampu Milik


Ye ke? Bukan mahal ke Shaklee ni? Produk Shaklee sebenarnya amat berbaloi dengan harganya, boleh tahan sehingga 4-6 bulan! Kalau anda beli jenama lain di farmasi, biasanya hanya setakat 30 - 60 biji sahaja.

4- Tidak Berbau Yang Tidak Menyenangkan 

Ini mungkin nampak remeh, tetapi saya pernah buang sebotol B-Complex jenama X hanya kerana tidak tahan dengan baunya. Bukan sahaja masa nak telan, dah masuk dalam perut pun bila sendawa masih berbau dan membuatkan saya mual. Belum lagi cerita tentang minyak ikan dan soy protein.

5- Sistem Shaklee Patuh Syariah


Walaupun Shaklee juga tergolong dalam perniagaan MLM, namun sistem Shaklee adalah adil. Tidak ada istilah duduk goyang kaki dan makan hasil usaha downline. Pengedar Shaklee perlu menjual produk dan bukan head-hunter.

6- Bagaikan Satu Keluarga


Di Shaklee, kami mempunyai keluarga yang besar dengan support group yang mantap. Mereka yang berada dalam kumpulan ini bukanlah calang-calang orang, malah ada yang bergelar jutawan senyap. Unikkan bisnes Shaklee?

7- Mengajak Saya Mendekatkan Diri Kepada Pencipta


Inilah apa yang diperturunkan berulangkali kepada saya, iaitu kemewahan bukanlah agenda utama. Kami dididik dan diingatkan bahawa keberkatan dalam perniagaan itulah kunci kejayaan yang sebenar.

***
Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Celik Nutrisi, Vitamin Kita dan Dhiya Vitamin.


Anda sudah rasa kebaikan produk Shaklee? Mahu mendaftar keahlian dan berada dalam keluarga besar Shaklee? Jangan segan untuk hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah. 


Puan Mai (SID 918631)

MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

12 comments:

Farah said...

Betul, sejak mengamalkan Shaklee saya rasa lebih sihat dan bertenaga. Dulu kalau anak demam saya pun turut dijangkiti. Tapi sejak amalkan Shaklee, syukur sangat saya sihat dan dapat jaga anak-anak saya yang demam.

nurrazali.blogspot.com said...

Alhamdulillah, semoga Puan Mai berjaya dalam biz Shaklee dan dipermudahkan segala urusan In Shaa Allah :)

Unknown said...

Setuju sangat ^^

Mama Olin said...

Kualiti produk Shaklee mmg terbukti berkesan kan. Sbb tu ramai jatuh cinta..cinta Shaklee 200%..hehe

Unknown said...

Mula2 kenal sebagai customer, geng borak petang2 lak tue… tak sangka beberapa tahun kemudian jadi "cucu" pula.. Panjang "jodoh" kita nie, mai! ;)

Min Aina Ila Aina said...

Terima kasih semua yang sudi bertandang ke teratak saya ni.

Min Aina Ila Aina said...

Kak Arnie:

Ye betul kak...dari zaman YM, sekarang dah zaman G+. Hehe.

Unknown said...

Kualiti produk yang buatkan ramai jatuh cinta. kan kan...;)

tuty mychibibox said...

kalau jumpa mai, macam x percaya pernah sakit..

Nadra said...

Memang puas hati ambik Shaklee.. :)

Min Aina Ila Aina said...

Kak Yati, ye betul sebab tu ramai mendaftar jadi ahli sebab dah PERCAYA.

Tuty, tak percaya pernah sakit sebab 'gems' kah? hehe. Shaklee banyak berjasa dengan saya. Dengan izin Allah.

Nadra,berbaloikan?

Unknown said...

walau hanya 2 kali bersua namun tetap ukhuwwah tu terjalin dengan baik kan Mai?