CARA DAPAT KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA
Kalau nak
tahu, sebelum ni sayalah orang yang paling kedekut untuk membayar yuran
keahlian apa-apa produk atau syarikat sekalipun. Kena pulak yang yuran keahliannya kena renew setiap tahun. Rasa macam
rugi je. Kerana sikap inilah juga saya menyesal tak sudah sebab tak masuk jadi
ahli Shaklee seawal saya menggunakan produknya iaitu pada tahun 2009.
Bayangkan, saya dah gunakan produk Shaklee sejak tahun 2009 tapi hanya mendaftar
keahlian pada tahun 2013! Lamakan? Dan
tentunya saya terlepas macam-macam peluang yang diberikan oleh Shaklee istimewa
buat ahlinya sahaja.
Jadi untuk
anda yang ada sikap ala-ala macam saya ni, anda perlu rebut peluang untuk
mendapat keahlian Shaklee secara PERCUMA sahaja. Sungguh, tak tipu! Dan
semestinya keahlian Shaklee adalah seumur hidup. Tak perlu renew secara tahunan sebagaimana sesetengah keahlian syarikat lain.
Bagaimana mendapat keahlian Shaklee secara percuma?
- Pembelian
200 uv (unit value) bernilai
RM650 ke atas dalam SATU RESIT.
Jika anda
membuat pembelian barangan Shaklee sebanyak 200 uv dan ke atas, anda telah
layak mendapat keahlian percuma. Nilai yang bersamaan 200 uv tersebut adalah
RM650 bagi produk vitamin Shaklee.
- Apakah set
kesihatan yang melayakkan anda mendapat 200 uv ini?
Set
Flawless Beauty (Premium):
- Vivix
- Collagen
Powder
- SR Vita-C
- Promosi
Beli 6 Percuma 1 (untuk produk yang tersenarai di bawah):
6 X Collagen
Powder
6 X ESP Soy
Protein Isolate Powder (promosi bulan ini Oct 2014)
6 X Nutriferon
6 X Omega Guard
6 X Vita-E
Complex
6 X Vivix
Ingin jadi
ahli dengan membayar yuran keahlian?
Jangan bimbang, anda masih
boleh mendaftar keahlian walaupun tidak membuat pembelian sebanyak 200 uv.
Hanya perlu bayar yuran keahlian sebanyak RM65 + RM10 (kos pos) sahaja.
Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian oleh sponsor (pengedar Shaklee). Jika anda mahu mendaftar keahlian dengan saya, saya yang akan daftarkan anda secara atas talian. Pendaftaran juga boleh dibuat di HQ atau cawangan Shaklee. Selepas
menjadi ahli, anda sudah boleh membuat pembelian sendiri dan nikmati segala kelebihan yang Shaklee berikan
eksklusif untuk ahli-ahlinya sahaja.
Apakah
kelebihan menjadi ahli Shaklee? Itu saya akan kongsikan dalam entri yang akan
datang in sha Allah.
Adakah wajib menjual produk Shaklee jika sudah jadi ahli? Jawapannya TIDAK. Anda boleh beli hanya untuk kegunaan sendiri dan keluarga dan tidak ada had minimum untuk anda maintain setiap bulan. Namun anda berpeluang bila-bila masa untuk mula berniaga dan mendapat bonus bulanan daripada Shaklee serta manfaat-manfaat lain.
***
Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Awek Cute, & Love Mummy Gojes
***
Ingin dapatkan produk Shaklee, atau mendaftar keahlian Shaklee, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai (SID 918631)
MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
11 comments:
Beli time promosi yang dapat free ahli memang best kan!
sama je dgn nur rse mcm leceh je bila nk kne daftar ahli nih..lebih rela beli tnpa berbuat dmikian, tersangatlah rugi sbnrnya..tapi bersyukur masih belum terlambat lagi :)
Sama la kita..paling xsuka nak daftar2..tp dl xtau camne leh jth cinta ngn mama yati..trs melekat..heheheh..
Rugi tak grab promosi esp percuma member ni
Sekali jadi member berbayar tu ok lagi tapi bila dah expired kena renewal fee tu jadi malas terus tak renew. Tapi dengan Shaklee lagi suka sebab ahli seumur hidup.
aah kan..bab nk jadi ahli nie mmg `bercinta` sikit..sbb kadang rasa mcm xde benefits. tp dgn shaklee, kalau kita suka produknya mmg haruslah jd ahli supaya lbh berbaloi..tak gitu. ^_^
bulan ni nak dapat ahli free paling senang..esp promo kan ade..
keahlian shaklee seumur hidup tak yah pening kepala ingat tarikh luput keahlian :)
Life time membership tu memang sangat best.. saya dah ada banyak keahlian yang expired sbb tak bayar renewal fee
Saya suka percuma
Banyak kan produk yang layaak kita dapat free ahli shakee ni?
Post a Comment