Menu Diet Sarapan Pagi Popular
Wowee..bab-bab
makan ni memang saya suka! Kita nak sembang-sembang pasal breakfast. Jika kita
on diet, apakah pilihan menu sarapan yang kita ada? Harap pada sarapan yang
dijual di gerai memanglah kebanyakannya tidak seimbang. Tak sarapan sebab diet?
ITU SALAH!
Sarapan sangat penting walaupun anda sedang diet. Ini kerana, sarapan membantu:
- Memulakan aktiviti metabolisme tubuh sekaligus membakar kalori
- Menjana penyerapan nutrisi terutama serat, vitamin dan mineral untuk keperluan tubuh sepanjang hari
- Mengelakkan pengambilan makanan dalam jumlah besar sewaktu makan tengahari
- Menajamkan memori dan konsentrasi
- Pengurusan berat badan yang baik
Lihat betapa pentingnya sarapan. Namun bagi yang sedang diet, pilihlah menu mengikut
jenis diet masing-masing. Jom kita tengok apakah pilihan menu sarapan yang
popular di kalangan mereka yang berdiet.
OAT
Oat mengandungi
beta glucan iaitu sejenis serat yang membantu merendahkan kolesterol
SANDWIC
Roti germa
gandum / wholemeal sering menjadi pilihan ramai kerana mudah diambil,
mengenyangkan dan kaya dengan folat dan vitamin E. Ada juga yang mahu burrito, English style gitu.
TELUR
Dewasa ini,
telur sangat popular sebagai sumber protein yang sihat untuk mereka yang sedang
menurunkan berat badan atau menjaga badan.
BIJIRIN
Anda harus
hati-hati agar tidak terpilih bijirin segera yang tinggi gula. Sarapan bijirin
memang mengenyangkan.
BUAH-BUAHAN & SALAD
Ramai juga
yang suka menu sarapan ini. Tinggi vitamin dan serat dan mudah disediakan.
Lebih enak jika diambil bersama greek yogurt.
PROTEIN SHAKE
Protein
shake juga sudah menjadi trend masa kini. Ia tidak menjemukan kerana boleh
disuaipadankan sama ada dengan chocolate, buah-buahan, susu, minuman yogurt dan
macam-macam lagi. Pilihan saya, tentulah ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee.
PANCAKE / LEMPENG
Pancake / lempeng ada macam-macam jenis. Mahu lebih khasiat, tambah rencahnya.
BUBUR NASI
Walaupun
berasaskan nasi, tetapi menu ini tidak terlalu berat. Boleh juga ditambah
dengan ikan bilis dan sayur-sayuran untuk lebih nutrisi.
KIMBAP / SUSHI
Mungkin ada
yang mahu sarapan ala-ala Korea atau Jepun, menu ini juga merupakan pilihan
yang berkhasiat dan sedap. Saya suka Kimbap dengan serunding, tekak Melayu lah katakan. hehe.
Gambar di atas ini pula adalah antara menu diet saya semasa saya jalani diet rendah karbohidrat pada tahun 2012 yang lalu. Serius, kenyang. Tapi sekarang saya suka ESP + pisang sebagai sarapan awal pagi saya.
Berkhasiat, kenyang dan baik untuk ibu dan baby:-)
Dah jamu mata dengan gambar-gambar di atas, sebenarnya menu diet pun menyelerakan, betul?
***
***
Jika anda berminat mendapatkan ESP Shaklee atau sebarang produk Shaklee, juga jika ingin mendaftar sebagai ahli Shaklee, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai (SID 918631)
MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
12 comments:
dtg sini jamu mata:)
Jamu mata dulu, nanti boleh jamu selera pulak;-)
tetiba rasa lapar plk tngk menu2 kt sini..heheehhe
sedapnya menu telur tu
Sedap kan zimah?
wah..banyak sarapan yang sedap-sedap..bestnye ^^
Tiba-tiba teringat O'Brien tengah malam ni ;p
fuhh..sedap2 semuanya..tp last2 cari ESP jugakk..hihi..
Rasa nak wat scramble egg plak esok pagi... eh tapi esp pun sedap jugak.. eh... semua pun nak...hihi
Salam, semua. Sorry la semalam lena awal:-)
Pakat-pakat terliur ek? Tapi pagi sarapan apa? Rasa-rasanya ESP jugak kot? hehehee. Sama macam saya la, shaker dah kosong kat sebelah ni.
Tapi jap lagi husband bawak balik roti canai pulak.kikiki. Bagi chance la kat makyong kan.
Lempeng kelapa, faveret!
*http://genkimomma.my/menu-diet-sarapan-pagi-popular/
Sofiy kalau boleh hari0hari nak lempeng. Memang klasik anak gue.
Post a Comment