Doa dan Amalan Agar Dapat Menjaga Solat

Doa dan Amalan Agar Dapat Menjaga Solat


Tahun baru Hijrah bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi. Sebaiknya kita muhasabah diri dan amalan kita setahun yang telah berlalu. Amalan paling utama tentunya solat. Tidak salah kita perb aharui azam yang sama, kerana kita manusia biasa yang mudah alpa.

Saya sendiri sedang melatih diri untuk konsisten solat di awal waktu. Zaman teknologi canggih manggih dengan keluasan alam maya ni memang selalu marahkan diri sendiri sebab leka di depan PC atau handphone. Kadang-kadang tu niat nak tutup dah handphone tu tapi ada-ada je dugaan syaitan yang mengipas-ngipas suruh belek juga handphone tu. Saya imbas balik tips Ustaz Fathuri untuk peniaga online: "pelanggan itu Allah yang bagi, jadi tinggalkan dulu internet jika sudah masuk waktu solat".

Jadi, di kesempatan ni saya nak kongsi sedikit info / maklumat yang saya tahu. Mungkin ramai juga yang dah tahu, tapi bagi yang belum tahu..mungkin ini rezeki ilmu untuk  beramal buat anda.


1- Doa Menjaga Solat 


Surah Ibrahim : 40 



2- Doa Agar Solat Di Awal Waktu


Surah An-Nasr




3- KPI Solat


Caranya mudah saja. Buatlah satu jadual untuk sebulan (30 hari). Sehari ada 5 waktu solat, tulis siap-siap nama solatnya.  Kemudian kita akan tanda setiap hari apakah markah solat kita. Skema pemarkahannya seperti di bawah:

A+ : Menunggu waktu solat di sejadah siap berwudhu' 10 minit sebelum masuk waktu

A  : Mengambil wudhu' sejurus sebelum azan dan solat sebaik sahaja selepas azan. Jika berjemaah, tunggulah imam.

A- : Dengar azan baru tergesa-gesa mengambil wudhu' dan terus solat

B+ : Ambil wudhu' sejurus selepas azan dan terus solat

B : Ambil wudhu' selepas 10 minit azan dan terus solat

B- : Ambil wudhu' selepas azan tetapi tidak terus solat, melencong buat benda lain dahulu

C:  Solat lama selepas masuk waktu

D : Solat di penghujung waktu

E: Meninggalkan solat.

**Kalau rasa macam skema ni terlalu detail atau rumit, boleh adjust dan ringkaskan kepada A, B, C, D, E, F sahaja tanpa (plus) + atau (minus) -

Cukup sebulan semak semula KPI solat kita. Bagaimana? 



Itulah sedikit info berkaitan menjaga solat yang saya boleh kongsikan. Semoga bermanfaat.

Petikan daripada buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki) halaman 61-62:


Sesetengah ulama berkata bahawa sesiapa yang menjaga solatnya maka Allah akan mengurniakan 5 keistimewaan:

1- Akan diangkat kesempitan hidup di dunia daripadanya

2- Akan dihindarkan daripada azab kubur

3- Akan mendapat buku catatan amalnya melalui tangan kanan

4- Akan melintas Titian Sirat (Sirotol Mustaqim) sepantas kilat

5- Akan memasuki syurga tanpa hisab


Allah, istimewa sungguh mereka yang mengutamakan solat, Semoga kita juga tergolong di dalamnya. 


Anda boleh dapatkan Buku MMR versi penuh atau versi mini daripada kami dengan menghubungi saya melalui mana-mana medium di bawah: 

Puan Mai 
(MAIA Natural Resources)
PENGEDAR BUKU MMR
SMS / WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina


*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

1 comments:

Mama Olin said...

Thanks for sharing..sharing yg sgt bagus