Lama Sudah Meninggalkan Aktiviti Blog Walking, Siapa Sudi Nak Berkawan dengan Saya?

Ini entri penutup tirai malam..sebelum makyong tarik selimut.

Adoii..rasa macam nak patah pinggang ni sebab duduk lama mengadap laptop. Buat apa? BLOG WALKING saje...hehe.



Alkisahnya saya turut serta dalam satu cabaran (read: contest) blogging bersama team support group Shaklee. Best tau group kami ni, macam-macam aktiviti ada. Antara syaratnya, perlu blog walking. Bila dah syarat, kenalah buat kalau taknak disqualified kan. 

Baru perasan yang saya dah lamaaaa sangat tak bloghop / blogwalking ni. Rasa-rasanya mahu 2-3 tahun jugak kot. Dulu ada jugak follow kawan-kawan dalam bloglist tapi sejak tukar cat 'rumah', senarai bloglist pun dah entah ke mana. Kawan-kawan blog yang meriah dulu pun ramai yang dah senyap membawa diri. Ada yang belajar dah pun bekerja, ada yang busy bekerja dan tentu blog tak dapat nak diupdate selalu dah, ada juga yang dah tutup pun blognya. Jadi sekarang saya nak mulakan bersahabat dengan kawan-kawan baru yang sudi. Boleh juga tekan butang FOLLOW di sebelah kiri blog ini.

Siapa nak tukar link, boleh tinggalkan jejak di ruangan komen dengan alamat url blog anda sekali ye. 

Kesudian anda saya dahului dengan ucapan terima kasih.

2 comments:

Farah said...

Saya pun sama baru buat blogwalking seriously dari semalam. Alhamdulillah sebab dapat take part dalam blog challenge bersama GM ni. Banyak benefit yang kita dapat daripadanya.

Min Aina Ila Aina said...

Betul, betul...alah bisa tegal biasa. Ukhuwah pun terjalin:-)