Ibu bapa idola anak-anak

Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapka SELAMAT HARI IBU, terutama buat bonda tercinta Halimah Husin, semoga mak sihat-sihat sentiasa. Tunggu hadiah yang mai order dari Bandung sampai ye mak.hehe. Seterusnya ucapan hari ibu ini ditujukan buat semuaaaaa ibu-ibu di dunia ini. Sabar dan bergembiralah dalam membesar dan mendidik anak-anak kita.

Sebenarnya, kita ibu bapa ni lah idola anak-anak kita sejak mereka dilahirkan (kecuali bukan ibu bapa yang jaga). Setiap perbuatan, perkataan, lenggok percakapan malah body language ibu bapa pun ditiru oleh anak-anak. Saya pernah lihat anak saudara saya (anak sepupu) yang berumur lingkungan 9 tahun masa tu, sedang memarahi adiknya yang berumur 6 tahun. Pemilihan perkataan, rentak dan nada serta serta gayanya sebijik macam abah dia marahkan anak-anak. Saya juga pernah terkagum dengan seorang lagi anak saudara yang sangat petah bercakap, bercakap pulak macam orang dewasa, siap dengan dialek Mandailing lagi. Bila difikir-fikirkan, tak pelik sebenarnya sebab emak dan ayahnya bercakap begitu. Di rumah dan jiran-jiran pulak tak ada budak-budak kecil sebayanya. Dia pun belum ke tadika. Dari situlah dah jelas, setiap perbuatan kita sebagai ibu bapa ni tak pernah gagal ditiru oleh anak-anak kita. Sebab apa? sebab kitalah idola mereka. Tapi sampai bila? Kebanyakan yang terjadi, sampai satu tahap, anak-anak dah mula mengubah idola mereka, kawan-kawan, artis dan sebagainya. Itulah yang kalau boleh kita elakkan. Biarlah mereka mengagumi insan-insan yang lebih mulia, seperti Rasulullah, dan para cendekiawan Islam contohnya.

Saya kadang-kadang termenung sekejap. Berfikir mampukah saya mendidik anak-anak saya menjadi insan berkualiti? sebab saya tau dan kenal diri saya ni tak sebagus mana, malah banyak kurang di sana sini. Tapi saya tetap berkeinginan anak saya menjadi insan yang jauh lebih baik daripada saya, duniawi dan ukhrawi. Jadi macam mana? Pensyarah saya pernah cakap dalam kelas, katanya sebagai ibu bapa, nak tak nak kita mesti lebih daripada anak-anak. Maksud lebih di sini, contohnya dalam konteks anak dah remaja, kita ibu bapa ni kena sama-sama masuk dalam dunia remaja. Kalau anak-anak dah kenal gajet teknologi yang canggih-canggih, ibu bapa ni sekurang-kurangnya kena tahu. Jadi takdelah kena kelentong dengan anak-anak. Kalau bab pelajaran pun sama, jangan sampai anak tanya dan kita jawab 'mama tak tahu lah'. Katanya lagi, walaupun kita tak tahu, ambil inisiatif untuk mengetahuinya. Ajak anak sama-sama cari, buat rujukan sampailah kita dapat tau jawapannya.

Mendengar tu, saya jadi gerun pun ada. Kalau anak saya jadi doktor, adakah saya pun kena tahu semua ilmu kedoktoran? Kalau anak saya jadi ahli tahfiz, adakah saya kena menghafal satu Qur'an juga? Kalau anak saya belajar tinggi-tinggi dan pandai dalam bidang-bidang yang saya kurang pandai (contohnya Matematik yang SPM dulu saya sekadar kredit), macam mana ye?

Bercakap dalam konteks seorang ibu, mungkin saya boleh challenge diri saya untuk tau serba sedikit tentang ilmu-ilmu tersebut,kan. Mengambil contoh seorang lagi pensyarah, anaknya sekarang perlu belajar bahasa Arab, maka pensyarah nipun belajar juga bahasa Arab sedikit sebanyak, kadang-kadang belajar daripada anak tu sendiri.

Tapi dalam konteks seorang anak pulak, kenalah didik anak untuk menghormati ibu bapa, walaupun ibu bapa tak sepandai anak-anak, tetapi kerana usaha ibu bapa inilah anak-anak boleh menjadi pandai. Jangan pula dipandang rendah atau diketawakan ibu bapa sekiranya anak-anak dah pandai cakap orang putih berabuk, ibu bapa pula tak faham atau sebut tak betul.

Hmm..anak saya masih kecil, belum pun pandai bercakap. Tapi saya tahu masa berlalu sangat pantas, sedar-sedar nanti dia dah pandai berpidato agaknya. Sempena hari ibu ni, marilah kita sama-sama jadi idola yang terbaik untuk anak-anak kita , ye.

Si kecik saya sedang meniru..gambar goyang sebab dia dok angkat takbir laju-laju.



4 comments:

knv said...

insyaallah kita buat yang terbaik. memang tak tertanggung rasanya nak 100% tip top. sikit2 lama2 jadi bukit. benda baik yang sikit2 pun, kalau istiqamah akan ada kesannya. insyaallah.

Min Aina Ila Aina said...

Betul kan kak...diri sendiri pun rasa kurang banyaaakk, ni kan pulak nak didik anak. Tapi takleh la jadikan alasan pulak sampai anak tak terdidik.

Nieza Ishak said...

Min,

tue la yang akak hadapi skrg bila si kakak banyak ekut rentak papanya bila marahhh ..

aduhhhhhhhh .. mmg sama la caranya buatkan akak terpK .. salah ker cara aku didik anak??? aduhhh

Min Aina Ila Aina said...

Saya faham tu Kak Nieza..anak saya baru setahun pun, dah pandai demo balik cara ayahnya angkat rotan (angkat saja tak pernah kena pun). Saya sentiasa pesan pada anak, rotan tu untuk budak yang nakal saja, tak nakal tak kena rotan.

Dilema kan, tapi tak marah atau tak kena langsung pun tak boleh jugak. Nanti naik lemak macam Anakku Sazali lagi haru.