38 Minggu Kehamilan: Perkembangan Saya dan Baby

38 Minggu Kehamilan: Perkembangan Saya dan Baby



BAYI (Sumber)

Bayi anda sudah cukup bulan


Untuk beberapa minggu sekarang, perkembangan bayi anda lebih fokus kepada meningkatkan fungsi organ-organ daripada pembinaan mereka. Otak bayi anda dan sistem sarafnya berfungsi dengan lebih baik setiap hari, tetapi perkembangan ini terus berlanjutan melalui masa kanak-kanak dan bahkan ke tahun kemudiannya semasa beliau remaja.
Sekarang bayi anda dianggap sudah cukup bulan. Tapi saatnya untuk melahirkan? Anak anda akan memutuskan bila waktunya untuk lahir.
Kajian menunjukkan bahawa waktu yang kita habiskan di dalam rahim telah diprogramkan ke dalam gen kita. Bayi anda telah mewarisi gen ini daripada anda dan dari ayahnya Tak banyak yang dapat anda lakukan tentang hal ini,. kecuali menunggu.


Perkembangan Saya


Saya semakin mengembang..hehe. Ok,buat dalam point form senang tengok.

1- Berat ibu tak naik banyak, naik 500gm selepas turun 500gm minggu lepas. Berat terkini 68kg. Nampak berat, tapi kenaikan keseluruhan belum cecah 10kg. Alhamdulillah.

2- Bengkak kaki. Kena bengkak kaki dan tangan (oedema) yang agak teruk. Tapi masuk 38 minggu dah surut balik, cincin pun dah longgar. Nanti saya share tips nya ye..mungkin kebetulan atau mungkin juga memang menjadi dengan izin Allah.

3- Emosi agak tak berapa nak ok. Mudah nak marah, cepat rasa serabut dan rimas kalau kalut-kalut, bising-bising atau sepah-sepah. Sofiy la selalu jadi mangsa. Tak la kena marah, cuma kena control sikit tingkah laku.

4- Makan...kurang selera. Tapi kalau dah mula makan, habis je.hehe.

5- Pedih ulu hati semakin kerap. Susah nak hilangkan, pilih sama ada tahan atau ambik je la ubat yang doktor bekalkan. Biasa kalau saya masih ada banyak kerja / urusan nak buat dan nak fokus baru saya ambil ubat. 

6- Kerap membuang. Ni dah lama dah rasa, mungkin dah 2 bulan. Baru-baru ni kena cirit-birit pulak 2 hari tanpa diketahui sebab musababnya. Takde makan kat luar atau kenduri pun. 

7- Seiring cirit-birit, saya kena sakit-sakit sendi dan bisa-bisa badan rasa macam masa kita demam tu. Tak tertahan rasanya, nak lena pun tak dapat.



Perkembangan Bayi


1- Pergerakan baby dah agak perlahan, tapi lebih kepada mengeras. Selalu tak perasan pergerakan dia sebab dah penuh kot. Waktu malam memang lebih aktif daripada siang, tapi umi ok je tido tak terganggu pun. In sha Allah masih cukup 10 gerakan sehari

2- Semalam checkup di KK, doc scan...wah anggaran berat baby dah mencecah 3.36kg! Ni baru 38 minggu tau. Kalau cukup 40 minggu? Kalau overdue?  Masa 36 minggu berat dia baru 2.67kg, cepat jugak naiknya.

3- Doc buat VE jugak sebab ada contraction, dan saya pun ada cirit-birit. Jalan masih close lagi, baby tinggi lagi. Aduuh..bikin risau saja.

4- Lain-lain ok, AFI ( air ketuban yang saya risaukan) ok je 13.3.

5- Doc bagi masa extra sampai 15 Nov walaupun EDD saya 7 Nov. Cuak, cuak. Berapa pulak berat baby kalau dah sampai 15 Nov?



Nanti in sha Allah akan update lagi. Mudah-mudahan semuanya baik-baik saja ye adik...Allah Maha Menentukan yang terbaik buat hambaNya.

4 comments:

AMIIZAA said...

salams min,

dah dekat kelahiran, take care ya:)

Ayu azmir said...

Tunggu hari je ni... semoga selamat semuanya... amin

blogger lelaki said...

semoga selamat semuanya..tuhan sahaj yang tahu bertaap risaunya tak kira suami atau isteri ketika menghampiri tarikh bersalin

Min Aina Ila Aina said...

Amiiza, Ayu: Terima kasih atas uacapan dan doanya..Amin.

BL: Betul betul betul..anak yang keberapa pun tetap juga nervous:-) Mungkin bakal ayah lagi nervous kot?