Petua Hilangkan Demam Selesema Dengan Cepat

Petua Hilangkan Demam Selesema Dengan Cepat


Saya ni bolehlah digelar ‘ratu demam’ sejak kecil sampailah dewasa. Dulu kedatangan saya ke sekolah tak pernah dapat full. Alhamdulillah, akhirnya saya jumpa juga penawar demam ni. Sebelum tu kita kena tahu dulu apa sebabnya demam terjadi. Demam berlaku sebagai tindak balas pertahanan tubuh untuk melawan virus atau bakteria yang menyerang. Biasanya selesema tidak dapat diubati, tetapi gejala selesema dapat dikurangkan (knowyourmedicine.gov.my). Mari saya kongsikan beberapa kaedah untuk mengurangkan gejala selesema sekaligus meredakan demam yang disebabkan oleh selesema.

Pertingkatkan Imun Tubuh


Kaedah ini merupakan kaedah yang paling berkesan untuk melawan demam selesema. Beberapa pilihan suplemen boleh diambil untuk meningkatkan imuniti tubuh:



  • Interferon, immune booster semulajadi (Nutriferon Shaklee)

  • Vitamin C (SR Vita-C Shaklee @ Chewable Vita-C Plus Shaklee)

  • Zinc (Zinc Complex Shaklee)

  • Garlic (Garlic Complex Shaklee)


Mengikut pengalaman dan testimoni ramai, Nutriferon merupakan suplemen yang memberikan kesan paling segera untuk meredakan simptom demam selesema. Pilihan lain ialah Vita-C. Saya sudah jumpa penawar saya, Vita-C 1000mg digabungkan dengan Zinc Complex sangat berkesan untuk meredakan ulser di tekak yang seringkali menyebabkan saya demam.

Suhu Badan


  • Minum Air Secukupnya

Apabila terasa simptom demam selesema, tingkatkan pengambilan air terutama air kosong. Badan yang ternyahhidrat menyebabkan anda lebih mudah demam dan demam juga lambat untuk kebah. Tubuh memerlukan cecair yang cukup untuk proses penyembuhan. Saya juga amalkan minum air asam jawa sewaktu demam untuk menyejukkan badan. Sejak kenal Shaklee, Performance Drink tentunya pilihan saya untuk memastikan badan sentiasa hidrat di samping kekal bertenaga walaupun sedang sakit.

  • Kerapkan Mandi

Dulu-dulu, kalau demam kita ditegah mandi. Tapi sekarang doktor sudah bagi pencerahan yang orang demam perlu mandi dengan air biasa. Nak mandi dengan air asam jawa pun boleh juga.

  • Suhu bilik

Suhu bilik biarkan sedikit dingin sama ada dengan memasang kipas atau hawa dingin dengan suhu sederhana

  • Pakaian nipis

Kalau bayi dan kanak-kanak, elok tidak dipakaikan baju. Bagi orang dewasa pulak, cukup dengan baju nipis tanpa baju panas atau selimut.

  • Demah / Sponging


Kaedah meletakkan kain yang lembap di dahi / lap badan dengan kain lembap merupakan salah satu kaedah menurunkan suhu badan yang digalakkan oleh hospital.

Rehat


Berehat dan tidurlah secukupnya kerana kekurangan rehat juga menyebabkan imuniti tubuh menjadi lemah.

In sha Allah, anda akan pulih daripada demam selesema dengan lebih cepat. Jika anda dibekalkan dengan ubat demam (paracetamol), bolehlah ambil mengikut sela masa yang ditetapkan ataupun bila perlu. 


***

***

Ingin dapatkan produk Shaklee, atau mendaftar keahlian Shaklee, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai (SID 918631)

MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

8 comments:

bestie sheteen said...

dah lama tak dengar perkataan demah, huwaaaaaa :D i loike hehehehhehe
jemput singgah rumah

Nor Fauzah Samid said...

kalau tak serius, home remedies je pun dah boleh bantu utk sembuh, kan? jimat duit pegi klinik..hehe

Nur Razali said...

home remedies pun ok jgk ;)

Faha Wan said...

faha demam rindu kat mak..huhu..ada petua x kak?

Farah said...

Asalkan bukan mandi dengan air sejuk. Mandi dan tuam dengan air suam lebih baik.

Ratu Nutrisi said...

rehat sgt perlu...sbb tu la doc bg MC..

Min Aina Ila Aina said...

Terima kasih semua yang singgah...semalam tenet macam siput tak leh nak masuk pun blog sendiri.

Faha..kalau rindu sedekah al-Fatihah, in sha Allah..kurang rindu :-)

Miracle Vitamins said...

anak akk sangat suka chew vita cni macam asam dia cakap