Panduan Set Kulit Cantik Shaklee

Panduan Set Kulit Cantik Shaklee


Setiap orang inginkan kulit yang cantik, kalau boleh tiada cela. Namun proses kematangan hidup membuatkan kulit kita yang dulunya halus mulus semasa bayi menjadi semakin banyak celanya. Namun, itu bukan alasan untuk kita membiarkan saja kulit kita begitu. Masih sempat lagi untuk kita pulihkan kulit terutama kulit wajah jika kita tahu caranya. Hari ni saya nak kongsikan bagaimana caranya mendapatkan semula kulit yang cantik dengan Set Kecantikan Kulit Shaklee.


1Ketahui masalah sebenar kulit anda


Sebelum mengambil sebarang suplemen, ada baiknya anda ketahui dahulu masalah kulit yang anda hadapi sekalipun anda tidak pasti puncanya. Antara masalah kulit yang biasa ialah jerawat batu, jerawat pasir, kulit berminyak, kulit kering, kusam atau berjeragat.

2Vitamin yang sesuai


Hubungi kami dan ceritakan masalah kulit anda, kami akan berikan anda konsultasi dan solusi yang terbaik. Set Kecantikan Shaklee (asas) terdiri daripada B-Complex, Vita-C dan Vita-E. Anda juga boleh add-on Zinc, ESP atau GLA jika perlu.

3Konsisten


Pastikan anda konsisten dalam pengambilan Set Kecantikan Shaklee ini. Suplemen Shaklee hanyalah makanan tambahan yang membantu mengatasi masalah dari dalam. Proses pemulihan mungkin mengambil masa sekurang-kurangnya 1 bulan memandangkan proses pembaharuan sel kulit muka memerlukan sekitar 27 hari (WebMd). Jadi, anda harus bersabar dalam menunggu kesan positif suplemen yang diambil.

4Cukup Air



Air sangat penting untuk kesihatan dan kecantikan kulit kerana air sangat perlu dalam proses pemulihan sel-sel kulit. Minumlah 2-3 liter air kosong sehari dan sebaiknya elakkan kafein serta kurangkan pengambilan gula.

5 Rehat dan Tidur


Pastikan anda uruskan stres, rehat dan tidur dengan sebaiknya. Kulit perlukan rehat dan tidur yang mencukupi untuk tampil kembali remaja. Pakar kulit ada mengatakan "the most important thing you can do for your skin may be getting a great night's sleep."

6Lengkapkan dengan Skincare




Shaklee bukan hanya ada suplemen untuk pemulihan dari dalam, malah turut memiliki rangkaian penjagaan kulit luaran yang berkualiti tinggi, selamat dan berkesan. Ada dua rangkaian Skincare Shaklee iaitu NutriWhite dan Enfuselle. Pilihlah mengikut kesesuaian kulit anda. 


Jangan terkejut jika anda akan disapa dengan ayat lebih kurang begini, "Kulit nampak lain la, kau pakai apa?" atau "Makin berseri sekarang?" Itulah penangan Set Kecantikan Kulit Shaklee.

***

***

Ingin maklumat lanjut tentang Shaklee dan produknya? Hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai (SID 918631)

MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

18 comments:

AMIIZAA said...

salams kenal :) nak kulit cantik halus mulus jugak....:):)

Nadra said...

Tips yang menarik :)

Yana said...

nak kulit cantik mmg kene konsisten kan.. tp ramai yg x sabar

Nur Razali said...

setuju! tau nak cpt je kan..

Mama Olin said...

Produk shaklee mmg lengkap kan, nak sihat, nak cantik sume ada

Min Aina Ila Aina said...

Amiiza, thanks follow sini. Salam kenal juga.

Mama Olin, sebab tu ramai yang suka

Nur Razali, Yana, biasala..nak cantik kena sabar banyak, macam tu juga nak senang.

Nadra, hai tq sudi datang lagi:-)

Auntie Kemai said...

nak cantik kena rajin kan . tak mustahil dgn suplemen yg betul dan penjagaan kulit yang sesuai dan selamat di amalkan dgn konsisten . kita dapat kulit idaman insyaALLAH

Faha Wan said...

bab konsisten tu la ramai yang fail..sume jenis nak mkn hari ni, esok bgn pagi trs jd retisss...hehehe..

Azura MZaki (SihatCantik4U) said...

Betul tu...kena tau dulu masalah kulit kita jenis apa

Ratu Nutrisi said...

tgh aim nak try nutriwhite..

tuty mychibibox said...

hanya yang rajin dan konsisten yang dapat capai kulit cantik, mulus, gebu dan sebagainya lah.

Aisyah JutawanSihat said...

saya pun tgh mengidam NW nih!

Muni Mahmud said...

Kena rajin bereksperimen dengan Shaklee ni klu nak tau #ShakleeEffect

arizza zainal said...

wah, set luaran nutriwhite tu nampak mengiurkan :p

Noriza MiracleVitamins said...

nak pakai set nutriwhite juga. masuk dalam wishlist..LUA setiap hari

azimah mohd zainuddin said...

Tips yang elok diamalkan

http://www.lovehutladyvitamin.com

bestie sheteen said...

kemah keming orang pantai timur cakap ehhehehe. jemput singgah rumah kita :D

Arnie GenkiMomma said...

Facial Wash NutriWhite tue terbaik, boleh tahan lama!