Membeli Sambil Menderma - Zikir Rintihan Syahdu Ustaz Nazrey Johani (Mantan Kumpulan Raihan)

Saya panjangkan status Facebook  saudara Syaizul Amal ini, mudah-mudahan peluang menambah saham akhirat ini sampai kepada pembaca blog MAIA pula. 

******




100 CD UNTUK LANTAI TAHFIZ


Saya baru sahaja membeli 100 CD ini direct daripada Ustaz Nazrey pada harga RM1990. Ia bantuan kecil buat Ustaz Nazrey sekeluarga, dalam usaha dakwah beliau.

Saya sudah dengar CD ini berkali-kali dalam kereta. Memang best. Sesuai untuk lagu background ketika trafik jam agar hati tenang.

100 CD telah ditandatangani oleh Ustaz Nazrey dan ditulis juga nombor pembeli ke 001 hingga 100. Kami juga sertakan sijil bukti pembelian dengan nombor pembelian yang sama. 100 CD ini eksklusif, siap bernombor siri hasil tulisan tangan Ustaz Nazrey.

LANTAI JUBIN SEKOLAH TAHFIZ


Semasa saya dan pasukan SOD bertemu dengan Ustaz Nazrey tempohhari, kami diberitahu bangunan utama sekolah tahfiz yang merangkap sebagai surau akan siap hujung tahun ini. Selepas itu mereka akan fokus untuk tandas pula. Kami sudahpun memberikan cek RM30k untuk bahagian tandas.

Seterusnya, kami mencari dana untuk lantai surau sekolah. Ustaz mahu tempah jubin awal-awal kerana sangat sukar mendapat jubin yang kami mahukan di Ranau. Mungkin makan masa sebulan untuk sampai.

Oleh itu, saya mahu menjual kesemua CD Zikir Ustaz Nazrey ini dengan harga minima RM50 dan 100% akan diserahkan kepada Ustaz Nazrey dalam masa 2 minggu. InshaAllah, paling minima kita akan dapat collect RM5000. Jika lebih, lagi bagus.

TINDAKAN TUAN PUAN


Untuk membeli, sila klik laman ini : http://www.sod.my/cdtahfiz/

Masukkan duit ke dalam akaun yang tertera dalam laman itu. Kemudian isi borang. Kami hantar CD beserta sijil dalam masa 2 minggu dari sekarang.

Kemudian saya mohon pertolongan untuk SHARE status ini. Tulislah sikit status FB itu masa sharing nanti. Berikan rekomen kerana tuan puan yang tahu tentang projek ini. Rakan tuan puan tidak tahu. 

Brief mereka sikit. Kita telah berjaya kumpul RM177 ribu dalam 2 minggu dan surau sekolah tahfiz ini sudah 70% hampir siap. Lokasinya 55km dari pekan Ranau, Sabah. Ia dikelolakan oleh Ustaz Nazrey, x Raihan.

Baik. Itu sahaja. Selamat beramal. Jadikan amal pertama kita ditahun hijrah yang baru ini. Semoga menjadi sungai pahal berpanjanga buat kita.

SUMBANGAN TANPA PEMBELIAN CD


1- Tuan / Puan boleh membuat sumbangan ke akaun Rev Teen Enterprise
    Maybank Rev Teen Enterprise 514712301053
    Kemudian PM Saudara Syaizul Amal sumbangan saudara.

2- Sumbangan terus ke akaun Tahfiz Bayu Syahadah Resources
    CIMB Bank 8600 6273 02
    Bank Islam 1203 8010 0985 75

2 comments:

Noriza MiracleVitamins said...

Semoga Allah permudahkan urusan ni

Min Aina Ila Aina said...

Amiinn..saya dah order, tak sabar nak dengar:-)