Fenomena Gerhana Bulan Penuh Oktober 2014 dan Kaifiyah Solat Sunat Gerhana

Fenomena Gerhana Bulan Penuh Oktober 2014 dan Kaifiyah Solat Sunat Gerhana


Sumber maklumat: falakonline.net

Pada waktu Maghrib, Selasa, 8 Oktober 2014, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Ini merupakan gerhana bulan kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014.
Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.
Untuk fenomena gerhana bulan Oktober ini sebentar nanti, terdapat 2 senario berbeza untuk masyarakat di Semenanjung, dan di Sabah & Sarawak. Namun secara umumnya kita di Malaysia akan dapat melihat Bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.

Semenanjung Malaysia

Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.
Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.
  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).
Di bawah merupakan simulasi keadaan Bulan yang sedang terbit dalam keadaan gerhana, dari Kuala Lumpur.

Sabah & Sarawak

Bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, anda lebih bernasib baik kerana Bulan terbit lebih awal. Maka, ia baru sahaja nak memasuki bayang-bayang bumi ketika ini. Oleh itu anda berpeluang menyaksikan hampir keseluruhan fasa gerhana bulan dari awal hingga akhir.
Kiraan di bawah adalah untuk bandar Kota Kinabalu.
  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Boleh dilihat
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Boleh dilihat
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Di bawah merupakan simulasi keadaan Bulan gerhana dari Kota Kinabalu.

Fasa-fasa Gerhana

Di bawah ialah simulasi keadaan Bulan yang lebih dekat, sepanjang fasa gerhana yang dapat dilihat dari Malaysia Timur (Sabah). Bagi anda di Kuala Lumpur, hanya dapat lihat bermula ketika di puncak gerhana, iaitu semasa Bulan sedang merah keseluruhannya, iaitu jam 6.54 pm.

Kaifiyah Solat Sunat Gerhana Bulan

Klik imej untuk paparan lebih jelas

0 comments: