Destinasi Percutian Idaman Saya

Destinasi Percutian Idaman Saya


Kata Dr. Azizan Osman, jika anda mempunyai impian dalam hidup, pastikan anda menulisnya agar anda dapat mengambil tindakan sewajarnya. Antara aspek impian tersebut ialah KEGEMBIRAAN. Dalam aspek inilah terletaknya impian destinasi percutian.

Sejujurnya, saya baru tersedar bahawa saya tidak mempunyai impian destinasi percutian yang pasti apabila menyertai Cabaran Blogging Genki Bloggers ini. Saya ada kerjaya @ pendapatan impian, saya ada rumah impian, kereta impian tetapi saya tidak begitu ambil berat tentang percutian impian kecuali umrah dan haji yang merupakan tuntutan sebagai muslim. Dalam kepala saya cuma terfikir, bila-bila ada peluang dan ada ruang saya akan pergi. Mana-mana lokasi pun tak kisah.

Mungkin, faktor sejarah kehidupan menyebabkan saya begini. Saya membesar dalam keluarga yang susah (namun bahagia), arwah ayah menorah getah dan hanya ada motosikal Honda 70, emak surirumah. Percutian tidak termasuk dalam agenda hidup kami. Paling-paling pun, berjalan ke rumah abang di KL atau ikut rombongan pengantin ke Johor. Apabila mendirikan rumahtangga, suami pula seorang workaholic yang kerja 7 hari seminggu menyebabkan saya tidak pernah terfikir tentang bercuti kecuali balik kampung. Namun kini saya sedar...tidak adil jika saya mewariskan keadaan ini kepada anak-anak saya pula,kan? Jadi, saya pun mahu ADA DESTINASI PERCUTIAN IDAMAN!

Pulau Jeju


Jenuh fikir nak pergi mana. Maklumlah tak pernah pasang angan-angan.Hahaha! Yang saya tahu, saya suka tepi laut. Disebabkan saya ni peminat drama Korea, mestilah teringin nak ke sana. Saya paling suka tengok lokasi dan pemandangan dalam K-drama. Paling best kawasan tepi laut dan perkampungan tradisional. Pulau Jeju ada semua tu kan? Kalau Busan, macam letih nak berjalan. Nak backpack dah tak sesuai. Lagipun Jeju dah diiktiraf sebagai salah satu daripada 7 Keajaiban Dunia yang baru.  Jom layan gambar (sumber google image semestinya)

 Pulau Jeju

Pantai


Seongeup Folk Village


In sha Allah, kami akan sampai juga ke sana satu hari nanti walaupun ramai dah yang sampai. Saya harap percutian idaman saya ni nanti adalah hasil titik peluh saya bersama Shaklee.

Percutian Bersama Shaklee



Oh ya, selain percutian idaman sendiri, saya juga mengidamkan percutian yang ditaja oleh Shaklee sepenuhnya sama ada percutian dalam negara ataupun luar negara. Bagi yang Muslim, ada pilihan percutian ke luar negara yang dianjurkan atau pakej umrah. Percutian bersama Shaklee ini lebih eksklusif kerana Shaklee tanggung SEMUANYA! Inilah yang pernah dinikmati oleh pengedar-pengedar Shaklee yang dah berjaya misalnya mereka, mereka, dan mereka di bawah ini. 



 Kredit: dazzlingmoms.com




***

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Mama Olin, Ratu Nutrisi & BestieSheTeen

***


9 comments:

Miracle Vitamins said...

Semoga tercapai hajat Mai. Jom berusaha mendapatkan percutian tajaan Shaklee

Cahaya Vitamin said...

mudah2an dipermudahkan.. :)

Arnie GenkiMomma said...

Peminat K-Drama rupanya… :D

bestie sheteen said...

wah..pulau jeju..kita tengok dalam k-drama My Girl..hehe

Mama Olin said...

Syiok nye cutiiiiii..

Noriza MiracleVitamins said...

Jom ke kore kita Mai!

Min Aina Ila Aina said...

In sha Allah, semoga hajat masing-masing tercapai.

Kak Arnie: Saya memang minat K-Drama dari zaman degree sampai la sekarang. Bersusun lagi dvd macam2 tajuk tak sempat tengok. Tapi takat KDrama je la, Kpop dan realiti tak ikut.

Yana VitaminKita said...

Semoga tercapai impian Mai.. In Shaa Allah

Farah said...

All the best Mai! In shaa Allah kita rbeusaha dan Allah akan berikan ganjarannya.