Anak Kecil Tak Mau Tidur Siang? Apa Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Anak Kecil Tak Mau Tidur Siang? 

Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu



"Ngantuk, tapi tahan mata"
Biasa dengar tak istilah tu. Dilema kanak-kanak kecil tidak mahu tidur siang (nap) adalah perkara biasa di kalangan ibu-ibu. Termasuklah saya. heee. Anak-anak kecil biasa tidur 1-2 kali pada waktu siang. Ada juga yang lebih, tapi ada juga yang langsung tak mahu tidur. Jenuh berperang kalau nak suruh tidur. Anak tak mau tidur siang ni bukan sahaja memberi kesan kepada si anak tu sendiri, sebaliknya ibu yang menjaga pun terkesan jugak, Mana tidaknya, itu je la masanya si emak nak buat kerja rumah, nak belek diri sendiri, nak rehat-rehat, nak ngadap lappy atau pun nak tidur sama. Lagi satu, anak yang penat tapi takmau tidur ni biasanya disertai dengan meragam. Lagi la tambah pening mak kan?

Mengapa Kanak-kanak Perlu Tidur Siang


Kanak-kanak kecil melalui marathon dalam perkembangannya baik secara intelektual mahupun fizikal. Oleh itu, hanya tidur merupakan cara mereka berehat. Menurut pakar tidur, Marc Weissbluth, M.D yang juga penulis buku Healthy Sleep Habits, Happy Children (Ballantine, 1999), tidur seketika pada waktu siang membantu perkembangan kognitif kanak-kanak.

Hormon kortisol, iaitu hormon yang datang akibat stres akan menurun dengan baik semasa tidur siang. Anak-anak yang tidur siang akan bangun dengan lebih gembira, lebih fokus, dan lebih bersedia untuk belajar dan meneroka sesuatu yang baru di sekeliling mereka. Dr. Greg Prazar, seorang pediatrik perkembangan dan sikap di Exeter, New Hampshire juga menyatakan bahawa tidur siang merupakan satu peluang untuk belajar.

Ada satu lagi yang tidak kurang pentingnya tentang tidur. Tidur merupakan satu cara untuk meningkatkan imun badan. Kurang tidur boleh membuka lebih peluang untuk kanak-kanak jatuh sakit akibat rendahnya sistem imun dalam tubuh mereka. Bayi memerlukan sehingga 18 jam tidur sehari, kanak-kanak kecil pula memerlukan 12-13 jam tidur sehari. Kanak-kanak prasekolah pula memerlukan 10 jam tidur sehari. 

Saya akui fakta ini, sebab Sofiy memang susah sangat nak tidur siang. Cuma dulu masa hantar kat rumah pengasuh memang kena tidur, masa kat rumah pun saya paksa tidur. Tapi bila masuk tadika, dok daycare...akal dia pun dah panjang, kawan pun sama naik...cikgu tak larat nak paksa dia tidur. Saya tau kadang-kadang dia kena marah dengan cikgu sebab takmau tidur. Sampaikan dia taknak pergi sekolah sebab taknak tidur. Sabo je la. Akibatnya, dia mudah kena jangkitan. Jangkitan telinga la, kudis kat hidung la, dan paling saya tak boleh lupa bila mulut dia pun kena jugak. Masa tu la doktor bagitau, dia kena virus. Puncannya imun badan rendah disebabkan kurang tidur atau kurang makan sayur. Serius risau masa tu tengok mulut dia walaupun dia tak sakit.


Mula-mula..sikit je


Dah makin merebak..tapi tak ada ubat. Tunggu je la baik sendiri.

Apa yang saya buat? Pujuk dan brainwash dia supaya dia tidur siang dan tidur awal sebelah malam. Bagi dia multivitamin, vitamin c, Meal Shakes dan Omega. Bagi dia makan sayur lebih kerap dan suap dia sayur lebih. Kalau suap sendiri bawang pun diasingkannya. Alhamdulillah walaupun agak lambat tapi tak sampai merebak ke bibir atas.

Tips Untuk Menggalakkan Anak Tidur Siang


1- Buat jadual bangun dan tidur anak. Patuhinya. Pastikan anak-anak bangun pada waktu yang sama dan masa tidurnya juga sama. Misalnya selepas zohor , hari-hari kena tidur selepas zohor. Tidak boleh tidak.

2- Sediakan kawasan / port yang sesuai untuk anak tidur. Latih anak tidur di tempat yang sama setiap hari.

3- Teman anak di awal proses tidurnya. Jika anak susah tidur, boleh ajak dia baring-baring dan ajak buat aktiviti ringan yang tidak melibatkan pergerakan badan yang aktif. Contohnya membaca buku, sesi pillow talk, sesi bercerita.

4- Kurangkan gula dalam diet anak. Gula hanya menyebabkan mereka menjadi aktif dan akibatnya anak sukar tidur.

5- Benarkan anak membawa patung mainan atau permainan sebagai teman tidurnya.

6- Buat sesi urutan ke seluruh tubuh anak supaya badannya berasa relax dan tenang. Ia memudahkan anak-anak lena.

7- Sediakan suasana yang sesuai untuk tidur misalnya matikan tv, turunkan langsir, pasang muzik yang menenangkan (saya pasang AlQur'an). 

Jika anak memang gagal untuk ditidurkan pada siang hari, pastikan mereka tidur awal pada sebelah malam. 

4 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

salamsss, bagus utk anak2 kecik follow:)

Min Aina Ila Aina said...

Terima kasih :-)

Yus said...

Masa aku kecik2, xtdo siang mai.. malam pun tdo lambat. Alhamdulillah aku xpape. Lasak dan kebal je. Bahaye rupanya kurang tdo.

Unknown said...

huhu.. Rafiq pun susah nak tido siang. Jenuh dipaksa. Boleh la try apply tips ni. Thank you for sharing..