Azam Tahun 2015

Azam Tahun Baru 2015


Assalamualaikum.

3 Januari 2015. Baru sempat nak update tentang azam. Saya skrol balik entri tahun lepas, macam tak letak azam di blog walaupun azam tu ada, salah satunya ialah nak dapat baby baru.hehe.. Ada orang kata boringnya cerita pasal azam tahun baru. Ada orang kata tak perlu tunggu tahun baru nak buat azam. Ada pulak yang kata baik tak payah set azam, nanti tak terlaksana kita yang frust. Ada juga yang kata, baik set azam masa tahun baru Hijrah. Saya hormat pandangan masing-masing. 

Tak dapat dinafikan bahawa kehidupan di Malaysia masih signifikan dengan perubahan tahun Masehi. Walau tidak meraikan, tapi tetap satu lembaran baru dibuka. Yelah, sistem negara kita kan ikut tahun Masehi. Sesi persekolahan, bajet tahunan, malah kalendar sendirikan? 

Saya memilih untuk set azam tahun ni, dan berusaha sehabis baik melaksanakannya. Saya banyak baca tulisan orang-orang yang sudah berjaya, azam itu perlu. Tak kisah azam jangka pendek mahupun jangka panjang. Ia boleh bermula dengan impian. Dream Big! Dan....ia PERLU DITULIS DAN DILIHAT SENTIASA.



Apa azam tahun 2015 saya?

Saya bahagikan ikut kategori, ini secara general. Yang spesifiknya tulis dalam diari/planner saja la:

KEROHANIAN

- Ibadah wajib = tingkatkan kualiti
- Solat sunat di 1/3 malam = buat secara rutin
- Selawat minima 100 x sehari
- Istighfar minima 100x sehari
- Sedekah = teruskan, konsisten, tingkatkan

RUMAHTANGGA

- Bahagi masa dan urus keluarga dengan lebih efisyen
- Disiplin ajar Sofiy mengaji (target habis mengeja Muqaddam)
- Berjimat-cermat dalam perbelanjaan keluarga
- Kesihatan sekeluarga yang lebih baik

PELAJARAN

- Siapkan PhD yang tertangguh (gugur, pregnant, bersalin) - NO MORE EXCUSE!
- Penuhi syarat wajib grad
- Fokus ketika menulis

BISNES

- Usaha luar biasa
- Tingkatkan pendapatan 1, 2, 3 kali ganda
- Belajar ilmu kewangan dan perniagaan
- Luaskan empayar



Dalam banyak-banyak ni, ada 1 yang jadi AZAM WAJIB TERLAKSANA iaitu SIAPKAN PhD.
Anda pulak, apa AZAM WAJIB TERLAKSANA anda? Jom la kongsi.

6 comments:

Unknown said...

Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan setiap azam yang tertulis ni tercapai. In shaa Allah.. Amin3.. Jom sama-sama jadi orang yang berjaya di dunia dan di akhirat!

nurrazali.blogspot.com said...

Mudah2an dipermudahkan untuk capai apa yang dihajati..Aamiin

Min Aina Ila Aina said...

Amin..sama juga buat kawan-kawan ye.

Unknown said...

InsyaAllah, moga diberikan kekuatan dan kesabaran untuk konsisten melaksanakan azam-azam itu... :)

Unknown said...

moga tercapai semua misi tahun nie ya mai..ganbatte PhD nanti.. moga Allah permudahkan. <3

Unknown said...

Happy New Year 2015, Mai! Semoga dipermudahkan urusan complete PHD tahun nie ya, Dr. Maizura! :)