Ibu, Kuatlah Untuk Anak Syurgamu. Susuilah Mereka dengan Susu Badanmu.
Entri ni saya tulis kerana rasa sangat sedih dengan keputusan seorang sahabat yang sudah mula memberikan susu formula buat bayi kecilnya yang belum pun berusia 100 hari. Katanya, baby tak mahu minum dari botol. Jadi malam dia direct feed, siang susu formula. Saya tanya, susu formula tu diberi guna apa? Guna sudu. Jadi sepatutnya tak ada masalah sebab susu badan juga boleh diberi menggunakan sudu. Jadi apakah masalahnya di sini? Iaitu rasa KECEWA, HILANG MOTIVASI dan PUTUS ASA ibu tersebut. Saya akui, siapalah saya untuk turut campur dalam keputusan orang lain. Saya tak berada di dalam kasut mereka, jadi saya tidak faham sepenuhnya.
Cuma, sebagai seorang ibu yang juga sedang menyusukan bayi kecil sekarang ini, saya rasa perlu untuk tolong support, tolong jadi penyokong kepada sahabat-sahabat yang dalam dilema ini.
Melengkapkan penyusuan badan secara eksklusif selama 6 bulan dan sepenuhnya sehingga 2 tahun bukanlah satu perkara yang begitu mudah, tapi tak juga mustahil. Jadi, ibu kena KUAT. Tanamkan dalam minda bahawa AKU MESTI MENYUSUKAN ANAK AKU SEHINGGA UMURNYA 2 TAHUN. Jadi, bila kita sudah tanamkan kata-kata itu, kita takkan mudah berganjak. Saya pun pada awalnya hantar Farhan ke rumah pengasuh, dia taknak puting botol juga. Tapi saya buat biasa je. Saya usahakan beli puting latex yang lebih lembut. Hari pertama hantar memang meruntun perasaan. Tapi takpe, biasalah tu..nak adapt benda baru. Bukan semua baby sama. Hari kedua, dia dah pandai lekat sikit. Hari ketiga alhamdulillah...sampailah sekarang.
Bagi masalah sahabat tu tadi, dia kata dah rasa malas nak mengepam sebab susu bazir je tak diminum. Sebenarnya tak membazir, susu yang tak diminum boleh disimpan beku. Taknak penuh peti sejuk, guna plastik. Dah banyak dijual sekarang. Jimat ruang. Sama je susu formula atau susu badan, bayi tetap kena minum susu. Jadi sebaiknya berilah susu ibu.
Saya pun pernah merasa, masa Sofiy umur 1 tahun dia dah tak nak susu yang diperah. Dia cuma nak susu segar dari ladang je (direct feed la maksudnya tu). Tapi saya tetap teruskan pam masa kat kerja. Sebab saya risau susu badan saya cepat kering. Penyusuan ni kan konsepnya DEMAND VS SUPPLY. Apa saya buat dengan susu perahan tu...saya bagi pada pengasuh untuk Sofiy minum cecah dengan roti atau biskut, makan dengan cornflakes, dengan coco crunch. Alhamdulillah sampai umur 2 tahun Sofiy menyusu. Ada ibu-ibu yang lebih kreatif buat aiskrim, buat karamel puding dan macam-macam lagi.
Saya secara peribadi, sangat sedih kalau tak dapat susukan anak sendiri. Rasa rugi sangat. Bonding dengan anak tu tak terkata nikmatnya. Lagi satu, fikirkan hak anak..risau ditanya di akhirat nanti apa usaha kita supaya anak dapat haknya. Ibu bekerja tu kan pilihan dan bukan kewajipan. Kewajipan ibu atau isteri adalah di rumah. Setiap hisapan anak ada pahalanya..sama jugalah kalau mengepam..ada pahala untuk kita. Di akhir zaman ini, pahala walau nampak remeh dan kecil sangat bernilai sebab nak dapat dosa pun mudah sangat sekarang ni.
Saya amalkan Set Penyusuan Premium Shaklee untuk sentiasa sihat dan bertenaga. Kesihatan ibu menggalakkan pengeluaran susu dengan baik, in sha Allah. Ini usaha saya..mudah-mudahan rezeki anak saya berterusan dengan susu ibu.
Berminat nak dapatkan suplemen di atas? Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3, KUIS dan UKM.
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
1 comments:
Ingat lagi waktu mula-mula bersalin & menyusukan Rafiq. Mai banyak bagi dorongan. Siap poskan breastpump & buku2 penyusuan lagi.. Appreciate that. Thank you!! & Luv U always! Pendorong utk kak reen ambik Set Penyusuan Basic Shaklee. :)
Post a Comment