Tips Untuk Tampil Awet Muda Walau Berusia 40-an

Tips Tampil Awet Muda Walau Berusia 40-an


Kalau ditanya, pasti semua orang tidak mahu tua. Tua itu tak mengapa tetapi penampilan di usia tua itu yang tidak mahu dilalui. Pendek kata, mahu muda selamanya. Sebab itulah juga hari ini sudha ramai yang memilih jalan mudah iaitu melakukan pembedahan kosmetik mahupun suntikan. Saya sendiri pun tak arif dengan jenis-jenis suntikan tersebut. Apa yang pasti, walau macam mana pun manusia bijak mencipta, ciptaan manusia tetap tidak dapat menandingi sunnatullah. Malah tua secara semulajadi itu lebih cantik daripada mengubah ciptaan Allah.



Ngerikan?

Kali ni saya kongsi sedikit tips yang boleh diamalkan agar sentiasa tampil muda. Awet muda gitu.

Pastikan Tidur Anda Mencukupi

Semasa tidur, badan kita mengeluarkan protein untuk memperbaiki sel-sel. Tidur yang mencukupi akan menjauhkan mata merah dan letih sambil menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi.

Banyakkan Minum Air
Air membina dan menjaga kesegaran tubuh. Tanpanya, badan kita akan terasa lemah. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari untuk mengeluarkan bahan kimia, toksin dan buangan agar kulit tampil sihat secara semulajadi. Pastikan minum air yang ditapis ye.

Bersenam
Ia membantu melangsingkan badan untuk tampil dan rasa lebih muda. Bersenam secara kerap akan memastikan badan sentiasa sihat. Anda rasa lebih bertenaga dan kesihatan fizikal pun terjaga. Mempunyai berat badan yang ideal secara automatik akan buat anda tampil lebih muda berbanding usia.

Elakkan atau Berhenti Merokok
Kajian menunjukkan merokok boleh merosakkan kulit dan mempercepatkan penuaan pramatang. Elakkan juga menjadi perokok pasif. Asap rokok merupakan radikal bebas yang bukan sahaja merosakkan kulit malah memudaratkan kesihatan.

Jauhi Makanan Ringan
Makan makanan ringan memang sedap, namun kesannya sangat merugikan. Makanan ringan biasanya tinggi gula, lemak tidak baik, tinggi garam, mengandungi msg, dan menggemukkan. Ia tidak baik untuk kesihatan dalaman dan juga luaran. 


Antioksida!
Antioksida penting untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Antioksida terkandung dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Vitamin E juga mempunyai antioksidan yang tinggi, yang berupaya melawan radikal bebas daripada pencemaran seperti asap dan pancaran sinar matahari. Boleh elak sunburn juga! Kulit anda akan tampil muda. Mahu kesan lebih efektif? Dapatkan Vivix daripada Shaklee, anda bukan sahaja akan muda luaran malah sistem tubuh anda juga akan kembali muda. Vivix merupakan minuman botani yang hebat dna buat anda juga tampil hebat..dengan izin Allah.



Vitamin
Tubuh memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk kekal sihat. Tubuh yang sihat menjanjikan penampilan yang menarik. Seseorang yang kekurangan vitamin sukar untuk kelihatan berseri, malah sering sakit membuatkan tua sebelum usia. Tidak kiralah sama ada vitamin daripada makanan ataupun pil vitamin, pastikan ianya cukup lengkap dan semulajadi. Vitamin yang sangat penting untuk kecantikan ialah B-Complex, Vitamin C, Vitamin E

Mandi Sebelum Subuh
Ini merupakan sunnah Nabi dan amalan orang tua-tua yang ternyata berkesan. Tidur awal dan bangunlah awal. Selain dapat melakukan solat sunat, dapat membersih dan menyegarkan diri di awal hari, rezeki juga mudah datang kepada kita.

Berfikiran Positif
Kawal minda dan perasaan kita untuk kekal positif sepanjang masa. Elakkan suasana yang negatif kerana aura negatif tersebut akan berjangkit kepada cara fikir dan diri kita. Apabila kita positif, kita akan menarik perkara-perkara yang positif sahaja. Bukankah kecantikan dan kesihatan itu sesuatu yang positif? Jadi, elakkan mengumpat!

Kawal Stres
Stres merupakan musuh utama kesihatan dan kecantikan. Senyumlah, kerana senyum boleh meredakan stres. Berzikir kepada Allah juga menenangkan hati. Percaya atau tidak, orang yang stres lebih cepat ditumbuhi uban.


Testimoni Awet Muda Dengan Pengambilan Suplemen Shaklee Secara Konsisten


Saya nak kongsi di sini testimoni mereka yang telah berjaya tampil lebih muda dan sihat setelah mengamalkan Shaklee dengan konsisten. Tentunya dengan izin Allah juga.


Makcik / nenek berusia 63 tahun


     Kakak berusia 40-an (isteri Salleh Yaacob)

Kakak berusia 40-an

Pastikan kata-kata gurauan ini tak menjadi kenyataan.




*CabaranBlogging bersama Blog SihatCantikMulus, EmakSkema KeluargaSihatCeria , RatuNutrisi  dan MyInfoVitamin.


Berminat nak dapatkan suplemen di atas? Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

3 comments:

Nor Fauzah Samid said...

tips awet muda nie sebenarnya simple je kan. back to basic gitu. tp nak amalkan tu adoi la..bercinta sungguh. >_<

Min Aina Ila Aina said...

Betul kak..kita kena train anak-anak la pulak. In sha Allah bila train anak, kita pun sama-sama amal jugak.

Noorfadzilah A Aziz said...

senyum selalu pun salah satu cara nak awet muda kan?