Suplemen Sesuai Untuk Mangsa Banjir
Banjir besar yang melanda Malaysia di penghujung 2014 merupakan satu tragedi yang sangat tragis dan mengundang air mata dan keinsafan. Siapalah kita untuk melawan kehendak yang Maha Kuasa. Semua sudah maklum bagaimana air yang lembut sifatnya itu memusnahkan segala harta benda malah nyawa manusia dalam masa yang sangat singkat.
Banjir Pantai Timur 2014
Bantuan Untuk Mangsa Banjir
Namun, ada hikmahnya yang tersirat. Antara yang kita sudah nampak ialah bagaimana prihatin dan pemurahnya rakyat Malaysia. Masing-masing tampil membantu sama ada invidu, persatuan, NGO dan syarikat-syarikat korporat selain badan-badan kerajaan. Bantuan juga pelbagai bermula dengan wang ringgit, pakaian, makanan dan air minuman, keperluan-keperluan asas dan tidak lupa juga tenaga dan masa. Antara alternatif bantuan lain ialah sumbangan dalam bentuk suplemen dan vitamin daripada Shaklee Malaysia dan juga kumpulan-kumpulan pengedar Shaklee.
Rakyat Malaysia menghulurkan bantuan
Shaklee Malaysia menyumbang sejumlah 20 000 kanister Meal Shakes untuk kanak-kanak mangsa banjir.
Kumpulan SID berkolaborasi bersama IKRAM Malaysia menyumbang suplemen Shaklee untuk mangsa banjir.
Kredit: Siera Haiyi
Mengapa Mangsa Banjir Perlukan Suplemen
Mungkin ada yang berpendapat, di waktu getir sebegini mangsa banjir lebih memerlukan makanan asasi, pakaian dan keperluan asas yang lain termasuk ubat-ubatan hospital. Namun tidak harus dilupa bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Suplemen membantu mangsa banjir menguatkan sistem imun diri mereka agar tidak mudah mendapat jangkitan. Dalam serba kekurangan, badan memerlukan vitamin dan nutrien tambahan untuk kekal sihat. Selain itu, suplemen juga boleh membantu mereka menjana tenaga, mengurangkan rasa letih, dan juga mengurangkan stres. Supemen sendiri mampu bertindak sebagai alternatif kepada ubat-ubatan jika penyakit tidak serius.
Mangsa banjir tidak selesa dan bersesak di tempat perlindungan banjir
Apabila banjir berlaku, penyakit juga mudah menular. Antara puncanya ialah:
1- terdedah kepada air yang kotor,
2- kurang atau terputus bekalan air bersih,
3- makan dan minum yang tidak sempurna,
4- bahan makanan tercemar,
5- cuaca yang sejuk, lembap dan keadaan tidak selesa,
6- tekanan perasaan akibat kemusnahan harta benda,
7- penjagaan kebersihan diri yang terhad,
8- pesakit tidak mendapat bekalan ubat yang sepatutnya,
9- fizikal dan emosi yang letih
10- penyakit mudah berjangkit akibat kesesakan di penempatan perlindungan banjir
Apakah Suplemen Yang Diperlukan Oleh Mangsa Banjir
Vita-C, Garlic, Nutriferon : membantu menguatkan imun tubuh melawan jangkitan
B-Complex: meredakan stres, menjana tenaga dan melegakan sakit-sakit otot dan saraf.
OsteMatrix: mengawal tekanan darah, membantu tidur yang lena dan mengurangkan sengal-sengal tubuh.
ESP & Meal Shakes: Membantu mengatasi rasa lapar, makanan sihat segera dan menjana tenaga serta sumber protein yang baik.
Performance Drink: Membantu mengawal bendalir dalam tubuh, menjana tenaga segera. Sangat sesuai diambil semasa pasca banjir dan membersihkan kediaman.
Cabaran Blogging Januari 15 bersama GenkiMomma.
Ingin dapatkan produk Shaklee, atau mendaftar keahlian Shaklee, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai (SID 918631)
MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
2 comments:
bangga menjadi sebahagian keluarga besar shaklee..sama2 berikan bantuan untuk mangsa banjir, Alhamdulillah
Info menarik dan detail. Best untuk rujukan!
Post a Comment