Lepas Bersalin, Perut Masih Buncit?

Lepas Bersalin, Perut Masih Buncit?


Jangan Tengok Rambut, Tengok Perut!



Ini mungkin gambar 2 tahun lepas, Kate pun dah mengandung second baby, girl katanya. Tapi inilah hakikatnya, keluarga diraja pun sama je dengan rakyat marhaen kalau bab mengandung ni.

Saya mengintai juga cerita kelahiran His Royal Highness Prince George of Cmbridge ni. Ramai betul yang puji rambut Kate Middleton tu, dan stylist diraja pun kena hendap. Tapi dalam banyak-banyak komen, saya tertarik dengan komen seorang pembaca yang bertanya.

"Kenapa perut dia still buncit walaupun dah bersalin?"


Haha! Ibu-ibu yang dah pernah bersalin mesti hangin je dengar soalan macam tu. Hakikatnya, proses bersalin tidak memungkinkan tubuh si ibu kembali ke bentuk asal dengan serta-merta. Itulah sebabnya ada tempoh berpantang di mana waktu itu si ibu perlu berehat dan menjaga kesihatan diri dan kesihatan bayinya. Waktu itu dikenali sebagai postpartum period. Dalam tempoh ini, tubuh ibu mengalami proses pemulihan, rahim akan kembali mengecut, air berlebihan dalam badan akan dibuang, luka-luka akibat proses bersalin akan pulih, hormon akan kembali stabil sedikit demi sedikit dan berat badan akan semakin berkurangan. Namun ramai ibu yang masih tidak mendapat berat badan sebelum mengandung walaupun selepas habis tempoh berpantang.

Pengalaman saya sendiri, 'membesar' dengan jayanya sepanjang masa mengandung anak pertama iaitu kenaikan berat badan sebanyak 20kg! Mengandung yang kedua ni alhamdulillah tak naik sampai macam tu, hanya 10kg sahaja tapi...berat sebelum mengandung tu tak berapa cantik iaitu 57.5kg. Asalnya berat saya dah capai 49kg selepas diet, kemudian pregnant dan keguguran. Jadi tak sempat turun berat, lekat semula :-) 

Lepas je bersalin perut memang menggeleber. Rasa tak best sangat, sebab masa mengandung walaupun besar tapi perut tu tegang...bila baby dah keluar? hihi. Serius rasa susah hati, risau perut takmau kecut. Tanya kawan-kawan pun semua cakap "No idea" selain berbengkung. Alhamdulillah, masa habis pantang 44 hari perut dah tak la membuak teruk macam ada sorang lagi. Saya amalkan Omega Guard, ESP, dan Set Bersalin Shaklee. Saya pakai bengkung sip dengan infra red dan juga bertungku. Tapiiiii..sekarang dah off bengkung. Slap me! Ok, stop cerita pasal saya. Nak cerita sikit tentang Set Bersalin + Penyusuan Shaklee.


Kini, ramai ibu memilih kaedah berpantang yang digabungkan antara cara tradisional seperti bertungku, berbengkung, berpilis dan berparam dengan cara modern iaitu pengambilan suplemen. Shaklee adalah antara produk yang paling laris di pasaran kerana ianya semulajadi, tidak menyebabkan jaundis, mudah diamalkan dan menyokong penyusuan susu ibu.

Apakah set yang sesuai untuk ibu-ibu ini?

# Set Bersalin Shaklee

  - Vita-lea
  - B-Complex
  - Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
  - Zinc Complex

# Set Penyusuan Shaklee


Set Asas
- Vita-lea
- B- Complex
- Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
- Alfalfa Complex

Set Optimum
- Vita-lea
- B-Complex
- Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
- Alfalfa Complex
- OsteMatrix
- ESP (Soy Protein Isolate Powder)

# Set Diet Ibu Menyusu Shaklee

- Lecithin
- Alfalfa Complex
- Omega Guard
- ESP (Soy Protein Isolate Powder)


Set-set yang kami cadangkan ini sangat sesuai denagn keperluan si ibu. Set Bersalin Shaklee mengandungi nutrien-nutrien asas yang penting untuk memulihkan tenaga si ibu, dilengkapi dengan Zinc Complex bagi membantu luka-luka pulih dengan cepat dan tidak dijangkiti kuman. Ia juga membantu imun badan si ibu menjadi lebih kuat dalam menempuh rutin baharu sebagai seorang ibu yang tentu saja kepenatan melayan ragam bayi kecilnya.

Begitu juga dengan Set Penyusuan Shaklee, vitamin-vitamin asas dibekalkan agar badan ibu sentiasa cukup dengan nutrisi. Nutrisi yang lengkap menjamin badan yang sihat sekaligus menggalakkan pengeluaran susu yang cukup untuk keperluan bayi. Malah untungnya, bayi juga dapat menyerap khasiat yang ada dalam susu si ibu untuk tumbesaran yang lebih baik. Set Menyusu juga dilengkapi dengan Alfalfa Complex yang bertindak sebagai milkbooster, iaitu penggalak susu.

Set Diet Ibu Menyusu adalah gabungan vitamin dan suplemen yang membantu ibu dalam mengawal berat badan dan mengurangkan berat badan secara beransur-ansur tanpa memberikan kesan yang tidak baik kepada bayi. Lecithin dan Omega Guard merupakan suplemen yang bertindak sebagai pembakar lemak (fat emulsifier) dan mengawal selera makan. Alfalfa pula merupakan serat yang berfungsi membawa keluar segala lemak berlebihan itu dari badan melalui perkumuhan. Manakala ESP pula merupakan sumber protein yang rendah lemak dan kolesterol, membantu membina otot agar tubuh si ibu tidak terus menggeleber selepas penurunan berat badan. ESP juga membantu menghilangkan selulit, mencantikkan kulit dan memberikan rasa kenyang agar si ibu tidak makan secara keterlaluan akibat menyusukan bayi.

Jap, nak belanja gambar buat motivasi ibu-ibu yang baru lepas bersalin atau yang sedang berusaha kembali ke berat dan figura asal, termasuklah saya. haha.


Ini gambar selepas confinement okeh! Jelous mak. 

Dan kita tunggu pulak penampilan pertama Che Ta selepas berpantang...

Anda berminat? Jangan segan hubungi kami dan kami akan berikan konsultasi percuma eksklusif untuk pelanggan MAIA..




Pertanyaan? Hubungi:


Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

5 comments:

Unknown said...

adoii…cantek n flat je perut dia. jeles jugak.. T_T

nurrazali.blogspot.com said...

cantiknye perut :) flat & bersih je..huhu

Min Aina Ila Aina said...

Kann? selulit pun tak nampak. Untung la jadi Duchess.hehe.

Kita pun boleh dengan Shaklee:-)

Unknown said...

Memang untung dapat perut kempis ni :-P

Yus said...

Untunglah... jeles2